• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Ini resipi untuk gambar potret padu guna telefon, hanya 5 “bahan” ini diperlukan

  • OLEH Penaja
  • 5:07 pm
  • 26/09/2024
  • Komen
Ini resipi untuk gambar potret padu guna telefon, hanya 5 “bahan” ini diperlukan
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh vivo

Telefon kini telah berintegrasi dengan kehidupan kita kerana ia seribu satu fungsi dalam satu. Salah satu daripada fungsi tersebut adalah kamera dan ia antara fungsi paling kerap digunakan. Kalau anda gemar ambil gambar potret wajah, ini saya beritahu yang siri vivo V40 Pro penuhi 5 kriteria sebuah telefon perlu anda untuk gambar potret itu cantik ataupun tidak.



5 kriteria telefon yang mampu ambil gambar potret yang padu

Dalam kebanyakan situasi, anda tangkap gambar potret wajah tidak tentu masa. Ada masanya sewaktu makan tengah hari ataupun terjumpa “spot” cantik tanpa sengaja. Tidaklah setiap masa anda perlu bersolek hanya untuk situasi-situasi tertentu bukan?

Jadi kriteria pertama adalah telefon itu perlulah ada filter AI yang sekurang-kurangnya boleh hidupkan wajah sekiranya nampak pucat atau comot di dalam kamera.



Kriteria kedua pula, telefon mestilah ada pelbagai jarak fokal untuk pelbagai situasi. Anda boleh bertanya pada kenalan-kenalan yang mahir dalam fotografi DSLR ataupun kamera mirrorless tentang gambar potret.

Biasanya mereka akan sarankan lensa 35mm dan 50mm untuk fotografi jalanan (street photography) dan bila masuk studio mereka biasanya guna 85mm dan 100mm untuk lebih fokus pada subjek.

Kemampuan mengasingkan subjek daripada latar dengan baik adalah kriteria nombor tiga. Perkara ini amat susah dilakukan dan memerlukan algoritma kompleks untuk mengajar sistem kamera tentang yang mana satu subjek utama dan yang mana latar belakang. Sekiranya gagal, maka cacatlah keseluruhan gambar potret anda.

Beralih ke kriteria nombor empat . Kualiti bokeh yang terbaik adalah wajib untuk setiap gambar potret. Simulasinya perlulah semula jadi untuk replikasikan bebilah apertur yang ada dalam lensa fizikal yang kamera DSLR dan mirrorless.

Kriteria kelima: Ia mestilah sebuah vivo V40 Pro

vivo V40 Pro dengan teknologi kamera ZEISS adalah kriteria kelima untuk gambar potret padu. Telefon ini dilengkapi empat kamera berspesifikasi flagship, semuanya menggunakan sensor 50MP. Anda dapat kamera utama 50MP, kamera telefoto 50MP, kamera ultralebar 50MP dan kamera selfie pun 50MP. Jadi, tak kisahlah kamera apa anda guna, hasilnya tetap padu.

Dalam mode Portrait, anda ada pilihan lensa ZEISS 24mm, 35mm, 50mm, 85mm, dan 100mm untuk digunakan dalam pelbagai situasi. Simulasi bukaan apertur bole dilaras mengikut kesesuaian dan pilihan bebola bokeh juga ada seperti Biotar, B-speed, Sonnar, Planar, Distagon, Cine-flare, ataupun Cinematic.

Guna mode Portrait, tak semestinya kena tangkap gambar wajah semata-mata. Kalau anda ada subjek lain yang menarik, vivo V40 Pro boleh jadikannya super menarik.

Dapatkan vivo V40 Pro hari ini

vivo V40 Pro adalah varian tertinggi dalam sirinya dan yang paling premium. Ia diperkasa cip Mediatek Dimensity 9200+ dengan kombinasi RAM 12GB dan storan 512GB.

Menariknya telefon ini, ia maklumkan ada penawaran IP68 dan juga IP69. Maknanya bukan setakat ia kalis air untuk rendaman malahan ia juga air itu boleh ditembak padanya pada tekanan lebih tinggi daripada biasa.

Membekalkan tenaga kepada komponen elektronik vivo V40 Pro adalah sistem bateri 5,500mAh dengan teknologi pengecasan pantas 80W.

vivo V40 Pro boleh didapatkan pada harga RM3,299.

Anda boleh dapatkan vivo V40 Pro melalui vivo e-Store, Lazada, Shopee, dan TikTok. Layari laman promo siri vivo V40 untuk maklumat lanjut.

Tags: androidpenajatelefonvivovivo v40 pro
Penaja

Penaja

POPULAR

Ini resipi untuk gambar potret padu guna telefon, hanya 5 “bahan” ini diperlukan

Ini resipi untuk gambar potret padu guna telefon, hanya 5 “bahan” ini diperlukan

26 September 2024
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN