• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Laptop ASUS Zenbook S 14 berkuasa Lunar Lake ini ada hayat bateri 27 jam

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:16 pm
  • 26/09/2024
  • Komen
Laptop ASUS Zenbook S 14 berkuasa Lunar Lake ini ada hayat bateri 27 jam
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Malaysia telah mengumumkan ketibaan laptop Zenbook S 14 terbaharu. Ia merupakan laptop Copilot+ pertama di Malaysia yang dikuasakan cip Lunar Lake Intel, yang secara asasnya adalah siri ke-2 bagi cip pemproses Core Ultra. Oleh itu, laptop ini juga akan memiliki kemampuan memproses AI tinggi, serta didatangkan dengan rekaan menggunakan bahan Ceraluminium dengan badan ultra nipis.

Harga dan ketersediaan ASUS Zenbook S 14 di Malaysia

Zenbook S 14 boleh didapatkan oleh semua yang berminat mulai sekarang pada harga RM6,999 di kesemua pengedar sah ASUS di Malaysia. Terdapat juga tawaran bundle eksklusif untuk pembelian sehingga 30 September ini di stor ASUS eStore.



Pembelian dalam tempoh itu akan disertakan dengan hadiah seperti speaker wayarles Sony Neckband, tetikus ASUS dan lanjutan waranti satu tahun, yang kesemuanya bernilai RM947.

Spesifikasi Zenbook S 14

Zenbook S 14 adalah sebuah laptop kompak premium dengan tahap mudah alih tinggi. Ini kerana ia ada rekaan ultra nipis dengan badan berukuran hanya 1.1mm. Badannya diperbuat daripada bahan ‘Ceraluminium’ yang merupakan gabungan seramik dan aluminium untuk tawarkan rekaan teguh dan rupa yang sleek. Kemasan laptop ini disediakan dalam dua pilihan warna, iaitu kelabu dan putih.



Macam namanya, Zenbook S 14 memiliki skrin 14-inci jenis Lumina OLED dengan resolusi 3K dan kadar penyegaran 120Hz. Panel paparan ini menggunakan nisbah 16:10, sokong kecerahan puncak 500 nits, serta mampu untuk menawarkan warna cantik kerana panelnya memenuhi piawaian Pantone Validated dan True Black 500, di samping ada cakupan warna gamut DCI-P3 100%.

Laptop ini juga menampilkan sistem kuadspeaker dengan teknologi Harman Kardon dan Dolby Atmos yang menyediakan pengalaman mendengar berkualiti tinggi dan imersif.

Atas papan utama, Zenbook S 14 diperkasa SoC Intel Core Ultra 7 generasi kedua. Menurut ASUS, rekaan SoC ini dapat mengurangkan saiz papan utamanya sebanyak 27%, lantas dapat meningkatkan prestasi penyejukan laptop dan memendekkan jarak di antara CPU dan RAM untuk berkomunikasi menawarkan prestasi lebih stabil dan berlatensi rendah.

RAM yang disediakan adalah LPDDR5X seluas 32GB dan storan PCIe SSD sebesar 1TB. Selain itu, cip pemproses itu juga memiliki kemampuan memproses NPU sehingga 47 TOPS dan beroperasi pada paras TDP 28 watt. Ini membolehkan laptop untuk ada prestasi bateri sepanjang hari menggunakan 72Wh yang dilengkapi di dalamnya. ASUS dakwa jangka hayat bateri laptop boleh mencapai sehingga 27 jam. Untuk mengecas, laptop ini menyokong pengecasan 65W.

Papan kekunci ASUS ErgoSense pada laptop ini juga didatangkan dengan butang Copilot untuk membolehkan pengguna mengakses ciri AI dengan cepat, bersama-sama dengan pad sesentuh besar. Di atas skrin, laptop ini juga ada webcam infra-merah dengan ciri ‘Adaptive Lock’, membolehkan skrin dikunci apabila pengguna tidak berada di depan laptop. Kamera ini turut menyokong Windows Hello.

Walaupun nipis, penawaran port I/O laptop ini juga dilihat mencukupi. Ia ada dua port USB-C Thunderbolt 4, satu USB-A 3.2, satu HDMI 2.1 dan jek audio 3.5mm. Sambungan wayarles WiFi 7 dan Bluetooth 5.4 turut digunakan pada laptop ini.

Untuk maklumat lanjut anda boleh dapatkan di laman produk ASUS Zenbook S 14.

Bacaab berkaitan

  • Asus Vivobook S 15 dengan Snapdragon X Plus di Malaysia, harga bawah RM5,000
  • Laptop AI Asus tiba di Malaysia, Vivobook S 15 (Snapdragon X Elite) dan Zenbook S 16 (Ryzen AI 9)
  • Vivobook S 15: Laptop Copilot+ PC pertama Asus dengan Snapdragon X Elite
Tags: asusasus malaysiaAsus ZenBookzenbook
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Laptop ASUS Zenbook S 14 berkuasa Lunar Lake ini ada hayat bateri 27 jam

Laptop ASUS Zenbook S 14 berkuasa Lunar Lake ini ada hayat bateri 27 jam

26 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER