• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Xiaomi 14T: Telefon terpaling AI dan terpaling tahan lama daripada mereka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:53 pm
  • 26/09/2024
  • Komen
Siri Xiaomi 14T: Telefon terpaling AI dan terpaling tahan lama daripada mereka
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi hari ini mengemas kini penawaran telefon flagship mereka dengan pengumuman siri Xiaomi 14T. Sebanyak dua varian diperkenalkan iaitu:

  • Xiaomi 14T Pro
  • Xiaomi 14T

Pada segi spesifikasi, kedua-dua variani ini mempunyai komponen yang hampir sama. Kalau anda teliti helaian spesifikasi, perbezaannya adalah pada kamera utama, cip pemproses, dan sistem pengecasan. Lain-lain sama sahaja.



Siri Xiaomi 14T: Panel AMOLED CrystalRes 1.5K 144Hz

Siri Xiaomi 14T ada panel paparan AMOLED CrystalRes Display sebesar 6.67” pada resolusi (2712 x 1220) dan kadar segar semula setinggi 144Hz. Telefon ini mempunyai panel paparan paling cerah dalam keluarganya setakat ini pada paras 4,000nits dan panel tersebut memenuhi gamut warna DCI-P3 dan mampu paparkan warna dalam format 12-bit.

Siri Xiaomi 14T: Cip Dimensity 9300+ & Dimensity 8300-Ultra

Siri Xiaomi 14T diperkasa dua cip berbeza bergantung kepada varian. Xiaomi 14T Pro diberikan SoC MediaTek Dimensity 9300+ (4nm) 8 teras sementara Xiaomi 14T diberikan SoC MediaTek Dimensity 8300-Ultra yang sedikit berusia.



Semua varian diberikan RAM seluas 12GB dan storan sekurang-kurangnya 256GB dan varian 14T Pro boleh pergi sehingga 1TB.

Siri Xiaomi 14T: Sistem trikamera belakang Leica Summilux

Xiaomi 14T Pro ada tiga buah kamera belakang. Kamera utamanya diberikan sensor Light Fusion 900 50MP yang ditala oleh Leica. Sensor ini bersaiz 1/1.31” yang katanya mampu kumpulkan 32% lebih cahaya berbanding kamera utama Xiaomi 13T Pro.

Jadi anda boleh jangkakan prestasi malam yang lebih baik. Ia juga ada kamera ultralebar 50MP disamping satu lagi kamera telefoto 12MP. Kamera depan Xiaomi 14T Pro adalah kamera 32MP untuk anda ambil gambar selfie. Xiaomi 14T juga dilengkapi tiga buah kamera belakang. Semua spesifikasi 14T adalah mirip 14T Pro kecuali kamera utamanya. 14T mengguna pakai IMX906 50MP.

Xiaomi AISP seperti yang diperkenalkan pada Xiaomi 14 Ultra turut hadir pada siri Xiaomi 14T ini. Selain daripada zum optikal yang ada pada sistem kameranya, Xiaomi turut gunakan PotraitLM untuk berikan jarak fokal digital 23mm hingga 75mm dengan hasil gambar setara kualiti zum optikal khususnya pada kualiti bokeh.

Siri Xiaomi 14T: Telefon AI paling canggih Xiaomi

Menurut Xiaomi, siri Xioami 14T kali ini adalah telfon AI paling canggih mereka pernah keluarkan. Ia tidaklah mengejutkan kerana Apple, Samsung, dan semua pesaing mereka yang lain sudahpun melangkah masuk ke dalam arena AI.

Gemini, menurut Xiaomi, akan sedia terpasang dalam siri Xiaomi 14T sejurus keluar kotak. Selain itu, antara beberapa ciri bertunjangkan AI yang didemonstrasikan adalah seperti AI Notes dan AI Recorder untuk rakaman suara dengan kemudahan speech-to-text secara automatik, malahan ia mampu untuk bezakan beberapa orang penutur dan hasilkan rumusan kepada perbincangan yang didengari.

AI Film dan AI Eraser pula memberikan pengguna alat yang berkuasa untuk hasilkan video cinematic serta kemudahan penyuntingan gambar yang komprehensif.

Siri Xiaomi 14T: Hayat bateri paling panjang

Xiaomi 14T dikatakan telefon flagship Xiaomi yang ada hayat bateri paling panjang setakat ini. Xiaomi 14T diiklankan mempunyai tempoh berkhidmat lebih 15 jam dengan penggunaan biasa.

Apabila perlu dicas, Xiaomi 14T Pro boleh menerima kuasa daripada blok Xiaomi HyperCharge 120W sementara Xiaomi 14T boleh menerima 67W. Mengisi penuh telefon ini mengambil masa kurang daripada 19 minit.

Satu perakara yang pertama kali diperkenalkan pada Xiaomi siri T adalah sistem pengecasan wayarles namun hanya 14T Pro sahaja diberikan ciri pengecasan wayarles 50W.

Siri Xiaomi 14T: Harga jualan Eropah

Dilancarkan di Berlin, buat masa ini kita hanya ada harga untuk pasaran Eropah. Xiaomi 14T Pro dijual pada tanda harga EUR799 sementara Xiaomi 14T dijual pada tanda harga EUR649. Perlu diingatkan yang harga pasaran Eropah sentiasa lebih tinggi daripada pasaran Malaysia. Oleh sebab itu, jangkakan harga yang lebih rendah apabila ia diumumkan di Malaysia.

Tempahan awal Xiaomi 14T di Malaysia

Tempahan awal Xiaomi 14T sudahpun dibuka untuk pasaran Malaysia. Dengan deposit RM100 untuk menempat varian Xiaomi 14T, anda bakal beroleh rebat RM300 keatas harga telefon dan anda bakal mendapat hadiah bernilai RM2,276. Antara hadiah yang menanti adalah Redmi Buds 5 Pro dan Xiaomi HyperCharge Combo USB Type-A.

Sebaliknya, kalau anda tempah seunit Xiaomi 14T Pro, anda akan beroleh Xiaomi OpenWear Stereo dan seunit Xiaomi HyperCharge Combo USB Type-A.

Tak cukup dengan itu, Xiaomi juga berikan penempah awal langganan Google One 100GB untuk 6 bulan, Spotify Premium 4 bulan, dan pas akses DragonPass untuk ruang menunggu VIP lapangan terbang.

Anda boleh layari laman rasmi siri Xiaomi 14T Malaysia untuk maklumat lanjut.

Tags: androidtelefonxiaomixiaomi 14txiaomi 14t pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Siri Xiaomi 14T: Telefon terpaling AI dan terpaling tahan lama daripada mereka

Siri Xiaomi 14T: Telefon terpaling AI dan terpaling tahan lama daripada mereka

26 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER