• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi MIX Flip dilancar secara global, akan tiba di Malaysia tidak lama lagi

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:24 pm
  • 26/09/2024
  • Komen
Xiaomi MIX Flip: Telefon lipat dengan kamera Leica dan bateri paling besar 4,780mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dua bulan Xiaomi MIX Flip diumumkan di China, kini Xiaomi telah melancarkan telefon lipat flip mereka itu di pentas antarabangsa. Ia merupakan telefon flip pertama yang dihasilkan Xiaomi untuk bertembung dengan Galaxy Z Flip 6 dan Oppo Find N3 Flip.

Spesifikasi dan rupa MIX Flip telah pun didedahkan sewaktu pelancarannya di China, jadi pelancaran ini hanyalah menyaksikan ketibaan telefon lipat flip pertama Xiaomi ini tiba secara meluas ke lebih banyak pasaran.



Harga Xiaomi MIX Flip di Eropah

Xiaomi MIX Flip akan dijual di pasaran Eropah pada harga bermula EUR1,299 (~RM5,992) untuk varian RAM 12GB dan storan 512GB. Nampaknya pasaran Eropah tidak ditawarkan dengan storan lebih kecil 256GB seperti di China.

Untuk perbandingan, harga penjualan MIX Flip di Eropah juga jauh lebih mahal berbanding di pasaran China untuk varian sama kerana dijual pada harga CNY6,499 (~RM4,190) di sana.



Xiaomi MIX Flip akan tiba di Malaysia

Bagaimanapun, berita baiknya, Xiaomi MIX Flip juga akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi selepas pelancaran globalnya. Ini kerana, Xiaomi Malaysia melalui laman Facebook mereka telah pun mengumumkan bahawa pelancaran telefon lipat flip pertama mereka itu akan diadakan pada 27 September 2024, sehari selepas pelancaran global.

Buat masa ini, harga MIX Flip di Malaysia masih belum diketahui, tetapi anda boleh jangkakan harganya di Malaysia lebih murah daripada pasaran Eropah.

Spesifikasi MIX Flip

MIX Flip didatangkan dengan skrin besar 4-inci yang meliputi keseluruhan bahagian luaran telefon, dengan terdapat potongan bagi dua modul kameranya. Skrin tersebut menggunakan panel AMOLED serta ada resolusi 1.5k, kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 3,000 nits. Menariknya, disebabkan skrin luaran besar, ia ada sokongan untuk penggunaan lebih daripada 200 aplikasi.

Sementara itu, membuka lipatan pula akan memperlihatkan skrin LTPO AMOLED seluas 6.86-inci beresolusi 1.5K dan kadar penyegaran adaptif 1-120Hz. Kecerahan puncak yang disokong adalah sama dengan skrin luaran iaitu 3,000 nits, tetapi skrin dalaman memiliki sokongan PWM setinggi 2,160Hz, manakala skrin luarannya tidak.

Xiaomi memaklumkan yang MIX Flip menggunakan engsel yang memiliki ketahanan sehingga 500,000 lipatan. Skrinnya juga boleh ditutup rapat tanpa ada ruang di tengah skrin, serta boleh dibuka separa di antara 45 darjah hingga 120 darjah. Daripada segi rekaan telefon, MIX Flip hadir dengan sisi rata dengan ketebalan 15.99mm semasa tertutup dan 7.8mm dalam keadaan skrin terbuka.

Di dalam, MIX Flip diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 3 yang bergandingan dengan RAM LPDDR5X seluas 12GB dan storan UFS 4.0 sebesar 512GB. Untuk menampung prestasi setinggi ini dalam badan cukup kompak, MIX Flip menampilkan penggunaan 3D Vapour Chamber seluas 3500mm² untuk berikan peralihan haba yang efisien.

Berkenaan tenaga, telefon ini dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 4,780mAh, jauh lebih besar daripada 4,000mAh yang terdapat di Galaxy Z Flip 6. Malah, paling besar dalam mana-mana telefon lipat flip. Tenaga bateri boleh diisi semula dengan kuasa 67W secara berwayar, tiada pengecasan wayarles disediakan.

Sistem pengimejan di MIX Flip turut mengguna pakai sistem kamera Leica Summilux, sama macam peranti flagship Xiaomi lain. Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Light Fusion 800 dan kamera telefoto 50MP, menyokong zum optikal 2x. Untuk dimuatkan dalam badan kompak, kamera telefoto ini mengguna pakai lensa telefoto terapung Leica 47mm.

Sistem operasi yang digunakan pada MIX Flip adalah HyperOS berasaskan Android 14. Ia didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu hitam, putih, ungu dan ungu edisi nylon fiber.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh layari laman produk Xiaomi MIX Flip.

Bacaan berkaitan

  • Siri Xiaomi 14T: Telefon terpaling AI dan terpaling tahan lama daripada mereka
  • Xiaomi TV A 2025, Google TV terbaru dengan paparan QLED 4K UHD lebih mampu milik
  • Xiaomi Smart Band 9 dilancar, jejak kecergasan dan kesihatan hanya RM159
Tags: xiaomiXiaomi MIX Flip
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Xiaomi MIX Flip: Telefon lipat dengan kamera Leica dan bateri paling besar 4,780mAh

Xiaomi MIX Flip dilancar secara global, akan tiba di Malaysia tidak lama lagi

26 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER