• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Pandu uji Leapmotor C10: Ruang belakang boleh buat “gajah”

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:40 am
  • 27/09/2024
  • Komen
Pandu uji Leapmotor C10: Ruang belakang boleh buat “gajah”
Share on FacebookShare on Twitter

Leapmotor C10 akan lakukan kemuncilan pada pertengahan Oktober 2024 ini. Ia adalah sebuah SUV elektrik yang akan bersaing dengan model-model seperti BYD Atto 3, Chery Omoda E5, Xpeng G6, GAC Aion Y Plus, Ora Good Cat, dan sebagainya.

Secara ringkasnya, Leapmotor adalah jenama baru daripada China. Sangat muda. Ia ditubuhkan dalam tahun 2015 tapi 2024 mereka dahpun “mendunia”. Sebenarnya Leapmotor berada di bawah payung Stellantis, syarikat automotif yang turut memiliki jenama seperti Jeep dan Maserati.



Malah, sistem suspension Leapmotor C10 ini katanya ditala oleh team maserati yang membikin MC20. Untuk sesi previu ini, maklumat spesifikasi yang diberikan sangat terhad.

Daripada luar kita boleh nampak ia adalah SUV bersaiz penuh, macam saiz Honda HRV. Lampu depan Leapmotor C10 mengingatkan saya pada Smart #1.



Secara keseluruhannya rekaan C10 lebih konservatif. Pada mata saya, tak nampak macam sebuah EV pun. Ia ada wheelbase lagi panjang daripada semua pesaing yang saya sebutkan tadi. Ia adalah SUV 5 tempat duduk yang ada wheelbase macam sebuah Proton X90.

Jadi bila saya masuk ke bahagian penumpang belakang, memang terasa lapang dan lega. Saya boleh lunjur kaki seluas-luasnya. Malangnya untuk bagi ruang kaki luas ini, but belakang macam agak sempit. Saya rasa kurang daripada 400L, lebih kecil berbanding Atto 3.

Saya suka keadaan kabin Leapmotor C10. Daripada pandangan pemandu, kemasan kabinnya memang teratur, banyak material soft touch digunakan terutamanya separuh atas kabin. Roda stereng 2 spoke EV ini tak halang pemandangan ke odometer dan ia sangat membantu.

Skrin inforia dia bersaiz 15” menggunakan SoC Qualcomm Snapdragon. Skrin terang tapi tak boleh pusing macam di Atto 3. Kurang best, ia tiada Android Auto dan Apple Carplay. Pemandu perlu bergantung pada APP navigasi terbina dalam.

Sesi pandu uji agak terhad dalam kompound. Walaupun tak sempat nak uji pecutan daripada motor 170kW RWD, saya sempat rasa keselesaan memandu Leapmotor C10. Berbanding Omoda E5 yang saya cuba tempoh hari, C10 ini lebih rintang daripada body roll. Maksudnya, penumpang belakang tak terasa membuang kiri dan kanan sewaktu selekoh.

Satu lagi, disebabkan ia pacuan roda belakang, saya sendiri boleh rasa yang kereta ini hampir drift kalau tiada sistem keselamatan yang terbina. Jadi, bakal pemilik C10 ini kena berhati-hati dengan kekuatan memecut SUV elektrik ini. Sebagai kereta keluarga, saya boleh nampak yang ia selesa untuk semua orang terutamanya penumpang bahagian belakang.

Kalau ikut spesifikasi global, kapasiti baterinya adalah sekitar 70kWh dan ada jarak kembara 420km ikut WLTP. Specs pengecas AC dan DC saja kita masih belum ada. Bila masuk Malaysia kelak, Leap Motor C10 perlu diletakkan pada tanda harga yang strategik kerana slot SUV elektrik bawah RM200 masa ini agak sesak.

  • BYD Atto 3 (2024) – RM149,800
  • Omoda E5 – RM146,800
  • Ora Good Cat:
    • RM113,800 (400 Pro)
    • RM143,800 (500 Ultra)
  • XPeng G6:
    • RM165,820 (580 Pro)
    • RM185,820 (755 Pro)
  • GAC Aion Y Plus:
    • RM119,800 (Elite)
    • RM135,800 (Premium)
Tags: EVleapmotorleapmotor c10
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pandu uji Leapmotor C10: Ruang belakang boleh buat “gajah”

Pandu uji Leapmotor C10: Ruang belakang boleh buat “gajah”

27 September 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER