• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Xiaomi 14T masuki Malaysia, ini harganya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:02 pm
  • 27/09/2024
  • Komen
Siri Xiaomi 14T masuki Malaysia, ini harganya
Share on FacebookShare on Twitter

Sehari selepas pelancaran global, Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan penjualan siri Xiaomi 14T dalam pasaran kita.

Harga siri Xiaomi 14T di Malaysia

Berikut adalah harga jualan siri Xiaomi di Malaysia:



Xiaomi 14T Pro

  • 12GB + 256GB – RM2,599
  • 12GB + 512GB – RM2,999
  • 12GB + 1TB – RM3,499

Xiaomi 14T



  • 12GB + 256GB – RM1,899
  • 12GB + 512GB – RM2,199

Terdapat promo pembelian awal berjalan sehingga stok masih ada bila anda membeli mana-mana siri Xiaomi 14T. Pembelian Xiaomi 14T Pro akan disertai dengan pemberian percuma:

  • Xiaomi Open Wear Stereo Earphones (RM599)
  • Xiaomi 120W HyperCharge COmbo (Type-A) (RM199)

Pembelian Xiaomi 14T akan disertakan dengan pemberian percuma:

  • Redmi Buds 5 Pro (RM299)
  • Xiaomi 67W HyperCHarge Combo (Type-A) (RM99)

Di atas pemberian percuma itu, Xiaomi juga akan berikan hadiah bernilai RM1,478 yang merangkumi:

  • Pembaikian skrin one-off dalam masa 6 bulan selepas pembelian (RM546)
  • Percuma kos labor untuk pembaikian di luar tempoh jaminan selepas 12 bulan pembelian (RM60)
  • Langganan Google One selama 6 bulan (RM51)
  • Langganan Spotify Premium selama 4 bulan (RM64)
  • Dragonpass Airport Exclusive/VIP (RM158)
  • Jaminan 24 bulan (RM599)
  • Servis VIP ekslusif
  • Alat ganti tersedia dalam tempoh 24 bulan
  • Pembaikian secara hassle-free dalam tempoh 24 bulan

Spesifikasi siri Xiaomi 14T

Siri Xiaomi 14T mempunyai fizikaliti hampir sama antara satu sama lain. Cara untuk kenalinya adalah pada panel belakang yang ada sisi melengkung pada varian 14T Pro berbanding sisi rata pada varian 14T.

Mereka berkongsi banyak komponen yang sama kecuali di beberapa bahagian. Pertama sekali, Xiaomi 14T Pro diberikan SoC Mediatek Dimensity 9300+ sementara Xiaomi 14T diberikan Dimensity 8300-Ultra. Kedua-dua telefon ini dilengkapi RAM 12GB dan storan sekurang-kurangnya 256GB kecuali varian 14T Pro ada sehingga 1TB.

Tiga unit sistem kamera Leica dan seunit kamera selfie muncul di kedua-dua varian. Kombinasi kamera yang diberikan adalah kamera utama 50MP, kamera telefoto 50MP dengan 3 kali zum optikal dan kamera ultralebar 12MP. Satu lagi kamera di depan untuk selfie dilengkapi sensor 32MP. Sementara resolusi kamera adalah sama untuk kedua-dua telefon, kamera utama untuk 14T Pro diperkasa sensor Light Fusion 900 manakala kamera utama 14T mengguna pakai sensor IMX906.

Sistem bateri 5,000mAh membekalkan tenaga kepada semua komponen elektronik siri Xiaomi 14T. Xiaomi HyperCharge 120W mampu mengecas 14T Pro daripada sifar ke 100% dalam masa 19 minit sahaja. Sistem pengecasan varian 14T adalah HyperCharge 67W. Sistem pengecasan wayarles juga ada tapi hanya pada 14T Pro.

Satu ciri yang ingin diketengahkan Xiaomi pada siri 14T ini adalah keupayaan AI. Gemini, menurut Xiaomi, akan sedia terpasang dalam siri Xiaomi 14T sejurus keluar kotak. Selain itu, antara beberapa ciri bertunjangkan AI yang didemonstrasikan adalah seperti AI Notes dan AI Recorder untuk rakaman suara dengan kemudahan speech-to-text secara automatik, malahan ia mampu untuk bezakan beberapa orang penutur dan hasilkan rumusan kepada perbincangan yang didengari.

Anda boleh layari laman rasmi siri Xiaomi 14T Malaysia untuk maklumat lanjut.

Tags: androidphonetelefonxiaomixiaomi 14txiaomi 14t pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Xiaomi 14T masuki Malaysia, ini harganya

Siri Xiaomi 14T masuki Malaysia, ini harganya

27 September 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER