• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi MIX Flip tiba di Malaysia, harga lebih murah daripada Galaxy Z Flip 6

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:16 pm
  • 27/09/2024
  • Komen
Xiaomi MIX Flip: Telefon lipat dengan kamera Leica dan bateri paling besar 4,780mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijanjikan, Xiaomi Malaysia hari ini secara rasmi telah melancarkan telefon lipat flip pertama mereka, MIX Flip untuk pasaran Malaysia.

Harga dan promosi Xiaomi MIX Flip di Malaysia

Hanya ada satu varian MIX Flip yang dibawa masuk ke Malaysia dan berikut adalah harga jualannya:



  • Xiaomi MIX Flip (RAM 12GB dan storan 512GB) – RM4,999

Harga MIX Flip dilihat lebih murah berbanding Galaxy Z Flip 6. Untuk rujukan anda, varian RAM 12GB dan storan 512GB Galaxy Z Flip 6 dijual pada harga RM5,599, iaitu RM600 lebih mahal daripada penawaran telefon lipat Xiaomi ini. Tetapi Galaxy Z Flip 6 tersedia dengan storan lebih kecil 256GB pada harga RM4,999.

Sempena pelancarannya, Xiaomi Malaysia turut menawarkan promosi pembelian awal yang menyertakan jam pintar Xiaomi Watch S3 bernilai RM699 secara percuma. Terdapat banyak lagi hadiah yang akan pembeli MIX Flip terima, ini termasuk:



  • Percuma penggantian skrin sekiranya rosak dalam masa 6 bulan selepas pembelian (bernilai RM159)
  • Percuma kos labour untuk pembaikian di luar tempoh waranti dalam masa 12 bulan selepas pembelian (bernilai RM60)
  • Langganan Google One selama 6 bulan (bernilai RM51)
  • Langganan Spotify Premium selama 4 bulan (bernilai RM64)
  • Akses Dragonpass untuk ke lounge VIP di lapangan terbang (bernilai RM158)
  • Waranti 24 bulan (bernilai RM599)
  • Alat ganti tersedia dalam tempoh 24 bulan
  • Pembaikian secara hassle-free dalam tempoh 24 bulan

Spesifikasi Xiaomi MIX Flip

MIX Flip didatangkan dengan skrin besar 4-inci yang meliputi keseluruhan bahagian luaran telefon, dengan terdapat potongan bagi dua modul kameranya. Skrin tersebut menggunakan panel AMOLED serta resolusi 1.5K, kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 3,000 nits. Menariknya, disebabkan skrin luaran besar, ia ada sokongan untuk penggunaan lebih daripada 200 aplikasi.

Sementara itu, membuka lipatan pula akan memperlihatkan skrin LTPO AMOLED seluas 6.86-inci beresolusi 1.5K dan kadar penyegaran adaptif 1-120Hz. Kecerahan puncak yang disokong adalah sama dengan skrin luaran iaitu 3,000 nits, tetapi skrin dalaman memiliki sokongan PWM setinggi 2,160Hz, manakala skrin luarannya tidak.

Xiaomi memaklumkan yang MIX Flip menggunakan engsel yang memiliki ketahanan sehingga 500,000 lipatan. Skrinnya juga boleh ditutup rapat tanpa ada ruang di tengah skrin, serta boleh dibuka separa di antara 45 darjah hingga 120 darjah. Daripada segi rekaan telefon, MIX Flip hadir dengan sisi rata dengan ketebalan 15.99mm semasa tertutup dan 7.8mm dalam keadaan skrin terbuka.

Di dalam, MIX Flip diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 3 yang bergandingan dengan RAM LPDDR5X seluas 12GB dan storan UFS 4.0 sebesar 512GB. Untuk menampung prestasi setinggi ini dalam badan cukup kompak, MIX Flip menampilkan penggunaan 3D Vapour Chamber seluas 3500mm² untuk berikan peralihan haba yang efisien.

Berkenaan tenaga, telefon ini dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 4,780mAh, jauh lebih besar daripada 4,000mAh yang terdapat di Galaxy Z Flip 6. Malah, paling besar dalam mana-mana telefon lipat flip. Tenaga bateri boleh diisi semula dengan kuasa 67W secara berwayar, tiada pengecasan wayarles disediakan.

Sistem pengimejan di MIX Flip turut mengguna pakai sistem kamera Leica Summilux, sama macam peranti flagship Xiaomi lain. Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Light Fusion 800 dan kamera telefoto 50MP, menyokong zum optikal 2x. Untuk dimuatkan dalam badan kompak, kamera telefoto ini mengguna pakai lensa telefoto terapung Leica 47mm.

Sistem operasi yang digunakan pada MIX Flip adalah HyperOS berasaskan Android 14. Ia didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu hitam, putih, ungu dan ungu edisi nylon fiber.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh layari laman produk Xiaomi MIX Flip.

Bacaan berkaitan

  • Xiaomi MIX Flip dilancar secara global, akan tiba di Malaysia tidak lama lagi
  • Siri Xiaomi 14T: Telefon terpaling AI dan terpaling tahan lama daripada mereka
  • Xiaomi TV A 2025, Google TV terbaru dengan paparan QLED 4K UHD lebih mampu milik
Tags: MIX FlipxiaomiXiaomi MIX Flip
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Xiaomi MIX Flip: Telefon lipat dengan kamera Leica dan bateri paling besar 4,780mAh

Xiaomi MIX Flip tiba di Malaysia, harga lebih murah daripada Galaxy Z Flip 6

27 September 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER