• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

TNB Electron aktifkan pengecas EV kedua di Terengganu, ini lokasinya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:09 am
  • 30/09/2024
  • Komen
TNB Electron aktifkan pengecas EV kedua di Terengganu, ini lokasinya
Share on FacebookShare on Twitter

Subsidiari kepada TNB, TNBX, mengumumkan telah mengaktifkan stesen TNB Electron dengan pengecas EV DC yang letaknya di Petron Kg. Gemuroh dalam negeri Terengganu. Berdasarkan aplikasi Go To-U APP, pengecas ini beroperasi pada output 34kW.

Spesifikasi pengecas EV DC TNB Electron Kg. Gemuroh

Lagi maklumat yang kita perolehi daripada aplikasi Go To-U APP adalah pengecas DC di Kg. Gemuroh itu menawarkan dua nozel CCS2 dan pengguna boleh mengisi bateri EV mereka pada kadar harga RM1.35/kWh.



Daripada gambar yang dikongsikan di akaun Facebook TNB CareLine, ia adalah pengecas jenis 47kW Autel DC, unit yang sama mereka pasang di Aeon Mall Kota Bharu, Seri Manjung, dan Taiping.

Perlu diingatkan yang 34kW yang diiklankan adalah jumlah output dan ia mungkin akan dibahagikan, secara optimum, sekiranya kedua-dua nozel digunakan serentak.



Pengecas EV DC kedua TNB Electron di Terengganu

Pengaktifkan stesen pengecas ini menandakan yang Terengganu kini ada dua pengeca DC kendalian TNB Electron selepas stesen pengecas di R&R Paka (Arah Selatan) yang mula beroperasi dalam tahun 2023. Jarak antara stesen Kg. Gemuroh dan Paka tidaklah terlalu jauh iaitu 100km antara satu sama lain dan Kg. Gemuroh letaknya di penghujung lebuhraya LPT2.

Strategiknya pengecas ini adalah ia boleh jadi stesen isian semula EV sebelum pemandu memasuki Kuala Terengganu kerena di dalam bandar, hanya sebuah stesen pengecas DC sahaja yang ada iaitu di Mydin Mall, Kuala Terengganu. Lebih parah, stesen pengecas AC hampir tiada di dalam Bandaraya Kuala Terengganu, menurut laman PlugShare.

Pengecas EV TNB Electron beroperasi menggunakan aplikasi telefon pintar Go To-U yang boleh anda muat turun di Android dan iOS.

Sumber: TNB CareLine

Bacaan berkaitan

TNB umum 6 lokasi baru stesen pengecas EV akan dibina tahun ini

Tags: automotiveEVPengecas EVTNBTNB Electron
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

TNB Electron aktifkan pengecas EV kedua di Terengganu, ini lokasinya

TNB Electron aktifkan pengecas EV kedua di Terengganu, ini lokasinya

30 September 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN