• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TNB umum 6 lokasi baru stesen pengecas EV akan dibina tahun ini

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:57 pm
  • 14/03/2023
  • Komen
TNB umum 6 lokasi baru stesen pengecas EV akan dibina tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mendedahkan enam lagi lokasi stesen pengecas DC sekali gus akan meluaskan lagi rangkaian pengecas Electron di Malaysia. Sebelum ini, TNB ada mengumumkan pelannya untuk membina stesen pengecasan terus (DC) TNB Electron di seluruh Malaysia dengan peruntukkan sebanyak RM90 juta. Oleh itu, tiga lokasi stesen pengecasan DC telah sedia untuk digunakan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di R&R Tapah Perak, Paka Terengganu dan Ayer Keroh Melaka. Pertambahan enam lagi stesen ini akan diletakkan di R&R Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Lokasi stesen pengecas yang sedang dibangunkan adalah seperti di bawah:



  • R&R Machap (Arah Selatan)
  • R&R Rawang (Arah Utara)
  • R&R Gunung Semanggol (Arah Selatan)
  • R&R Gurun (Arah Selatan)
  • R&R Gurun (Arah Utara)
  • R&R Paka (Arah Selatan)

Lokasi stesen pengecas TNB Electron yang boleh digunapakai sekarang adalah seperti berikut:

  • R&R Ayer Keroh (Arah Utara)
  • R&R Tapah (Arah Utara)
  • R&R Paka (Arah Utara)

Kesemua penambahan stesen pengecas ini dijangka siap pada hujung tahun 2023. Ia menjumlahkan 9 stesen pengecas yang akan tersedia. Mengikut laporan The Edge, ada 10 rangkaian stesen pengecas DC yang akan dibina. Jadi, baki satu lokasi masih tidak diketahui di mana ia akan ditempatkan.



Berkaitan harga pula, pengguna perlu membayar mengikut harga per minit bergantung pada output pengecasan. Lagi tinggi output, lagi tinggi harga. TNB mengenakan caj RM2.05 per minit untuk 80kW, RM2.20 untuk 90kW dan RM2.35 per minit untuk 100kW. Bagi sesiapa yang ingin mengakses pengecas TNB Electron ini, boleh memuat turun aplikasi Go To-U di AppStore dan PlayStore.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: EVTNBTNB Electron
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
TNB umum 6 lokasi baru stesen pengecas EV akan dibina tahun ini

TNB umum 6 lokasi baru stesen pengecas EV akan dibina tahun ini

14 Mac 2023
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER