• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TNB akui gangguan sistem bil melambatkan bacaan meter pengguna

  • OLEH Najib
  • 6:58 pm
  • 31/05/2019
  • Komen
TNB akui gangguan sistem bil melambatkan bacaan meter pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini membuat persidangan media bagi menerangkan dan menjawab persoalan berkenaan aduan orang ramai yang berhadapan kenaikan bil yang mendadak. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan membentangkan kenyataan tersebut.

Ia bermula dengan akujanji dari TNB untuk meneliti dan memperinci aduan dan laporan yang diterima. Jika terbukti berlakunya lebihan caj, TNB akan memulangkan semula kepada pengguna dalam bil seterusnya.



Kepada pengguna yang berhadapan masalah bil atau yang lain, digalakkan untuk pergi ke Kedai Tenaga berhampiran atau menghubungi TNB Careline di talian 1300-88-5454 untuk membuat aduan. Perkara ini penting untuk TNB memperahalusi dan menyiasat punca permasalahan pengguna.

Pada bulan April, TNB telah menerima sebanyak 5,621 aduan. Bagi bulan Mei, aduan tersebut meningkat kepada 9,028 menjadikannya berjumlah 14,469 sepanjang dua bulan ini. Sebanyak 11,331 aduan telah berjaya diselesaikan dengan baki 3,318 aduan masih dalam siasatan.



Bagi menerima kedatangan pengguna untuk membuat aduan, TNB telah menambah tenaga kerja dan melanjutkan waktu operasi Kedai Tenaga, dari pukul 8 pagi hingga 6 petang pada setiap hari bekerja dan hari Sabtu, kecuali cuti umum. Manakala aduan di talian TNB Careline, akan diterima dari pukul 7 pagi hingga 11 malam termasuk cuti umum dan hari raya, kecuali hari Ahad.

Untuk itu, seramai 9,300 warga kerja TNB ditugaskan sepanjang Hari Raya supaya pengguna dapat menyambut aidilfitri dengan penuh meriah dan lancar.

Memandangkan Hari Raya semakin dekat, bagi mengurangkan kerunsingan dan bebanan pengguna terhadap masalah ini, TNB memberi jaminan bahawa bekalan elektrik tidak akan diganggu. Pemotongan bekalan elektrik akan ditangguh selama dua minggu.

TNB juga memaklumkan, mereka telah berhadapan dengan masalah teknikal dalam sistem pengebilan antara 15 hingga 20 Mei yang lepas. Sistem tersebut telah pulih sepenuhnya dan tiada gangguan data ditemui. Bagaimanapun, sesetengah pelanggan akan menerima bil yang dicatat lebih lama dari biasa, sehingga 5 hari tambahan.

Untuk melancarkan lagi penyelesaian isu bil ini, TNB telah menubuhkan pasukan khas Tangani Bil Tinggi yang diketuai oleh Ketua pegawai Runcit TNB, Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan. Pasukan ini akan memantau dan menyemak semua laporan atau aduan yang diterima dan memastikan ia diselesaikan.

Menurut beliau, antara masalah yang ditemui ialah penggunaan meter lama dan rosak, apabila diganti membuatkan bil meningkat. Ada juga pengguna yang menambah peralatan rumah membuatkan kenaikan bil. Terdapat juga pengguna yang mengubah meter dan TNB akan menganalisa dan menyemak semula, kemudian mengenakan caj sebenar yang tertunggak.

Sekali lagi, pengguna yang berhadapan masalah bil atau yang lain, dinasihatkan untuk pergi ke Kedai Tenaga berhampiran atau menghubungi TNB Careline di talian 1300-88-5454 untuk membuat aduan.

Akhir sekali, TNB mengucapkan selamat Hari Raya dan menasihatkan orang ramai yang balik ke kampung, untuk menutup semua suis peralatan elektrik yang tidak diperlukan. Gunakan juga peralatan elektrik yang diiktiraf SIRIM sahaja. Ia bagus untuk penjimatan elektrik serta lebih selamat.

Gambar: Malay Mail

Tags: TNB
Najib

Najib

POPULAR

TNB akui gangguan sistem bil melambatkan bacaan meter pengguna

TNB akui gangguan sistem bil melambatkan bacaan meter pengguna

31 May 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER