• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony lancar 3 LinkBuds sekaligus di Malaysia, pratempah bermula November

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:58 pm
  • 02/10/2024
  • Komen
Sony lancar 3 LinkBuds sekaligus di Malaysia, pratempah bermula November
Share on FacebookShare on Twitter

Sony kini telah memperluas barisan LinkBuds mereka dengan pengenalan tiga produk baharu, iaitu LinkBuds Fit, LinksBuds Open dan LinkBuds Speaker. Menurut Sony, barisan LinkBuds terbaharu ini membawakan penambahbaikan berdasarkan maklum balas daripada pelanggan untuk tawarkan tahap keselesaan dan pengalaman mendengar lebih baik.

Sony LinkBuds Open

LinkBuds Open secara asasnya adalah generasi kedua kepada LinkBuds asal yang Sony lancar tahun 2022, bermakna ia tiada fungsi penyaring hingar aktif (ANC). Model terbaru ini masih meneruskan rekaan open-ring seperti LinkBuds asal. Namun, LinkBuds Open kini dilengkapkan dengan bentuk cangkuk telinga baharu yang lebih ringan untuk tawarkan keselesaan sepanjang masa kepada pemakai.



Untuk audio, fon putik ini menggunakan pemacu berbentuk cincin bersaiz 11mm yang digandingkan dengan ‘high-compliance diaphgram’ dan magnet neodymium. Kombinasi ini dikatakan mampu untuk berikan penghasilan bunyi yang jelas pada frekuensi ‘mid’ dan juga ‘high’. Sony turut memuatkan cip pemproses V2 yang ada di WF-1000XM5 ke dalam LinkBuds Open ini, serta teknologi DSEE pada fon putik dapat meningkatkan lagi kualiti audio di fon putik.

Selain itu, LinkBuds Open ini turut hadir dengan pelbagai fungsi kawalan termasuk melalui suara, pergerakan kepala dan sentuhan Wide Area Tap, membolehkan anda mengentikan lagu dengan hanya tap dihadapan telinga tanpa menyentuh fon putik. Fon putik ini turut menyokong sambungan berbilang peranti.



Hayat bateri LinkBuds Open didakwa Sony dapat bertahan sehingga 22 jam dan ia fon putik ada tahap kalis air IPX4. Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu hitam, putih dan ungu.

Sony LinkBuds Fit

LinkBuds Fit pula adalah fon putik dengan tip silikon seperti LinkBuds S terdahulu, tetapi didatangkan dengan badan fon putik baharu yang lebih kecil dengan cangkuk sokongan telinga yang dikenali sebagai ‘Air Fitting Supporters’. Rekaan cangkuk ini dikatakan Sony dapat mengurangkan tekanan dalam telinga sambil memberikan keserasian yang ketat, menjadikannya sesuai digunakan semasa berlari atau aktiviti kecergasan.

Di dalam, cip pemproses V2 turut hadir di dalam LinkBuds Fit untuk bantu berikan tahap ANC yang optimum, manakala audionya dikeluarkan oleh pemacu Dynamic X, iaitu pemacu sama yang terdapat di fon putik WF-1000XM5. Selain ANC, LinkBuds Fits ada fungsi mod Auto Ambient Sound yang dapat melaraskan audio yang masuk di fon putik berdasarkan bunyi persekitaran.

Dalam masa sama, fon putik ini turut menyokong penstriman audio Hi-Res dan kualiti audio boleh dipertingkatkan lagi dengan adanya sokongan DSEE Extreme. Seperti LinkBuds Open, LinkBuds Fit ini turut menyokong sentuhan Wide Area Tap, kawalan melalui suara dan pergerakan kepala untuk menjawab panggilan.

Menurut Sony, LinkBuds Fit boleh berikan masa penggunaan sehingga 21 jam dan ia turut ada tahap kekalisan air IPX4. Terdapat empat warna yang ditawarkan iaitu putih, hitam, hijau dan ungu.

Sony LinkBuds Speaker

Ahli ketiga dalam siri ini adalah LinkBuds Speaker. Seperti namanya, ia merupakan sebuah speaker dengan saiz mudah alih yang lengkap tali yang boleh ditanggalkan. Badan speaker juga kalis air IPX4. Untuk audio, bunyi LinkBuds Speaker dihasilkan menggunakan unit speaker X-Balanced, satu tweeter dan komponen radiator pasif yang katanya telah ditala untuk tawarkan bunyi seimbang.

Satu ciri penting pada LinkBuds Speaker adalah ia memiliki fungsi Auto Switch. Fungsi ini membolehkan sumber audio bertukar secara automatik di antara fon putik Sony lain termasuklah LinkBuds Open dan LinkBuds Fit. Pengguna juga boleh melakukan panggilan menggunakan speaker ini dan speaker dapat tawarkan masa penggunaan sehingga 25 jam lamanya. Terdapat dua warna yang disediakan iaitu hitam dan kelabu.

Selain daripada fon putik dan speaker baharu, Sony turut mengumumkan aplikasi Sound Connect terbaru bagi menggantikan aplikasi Headphone Connect sebelum ini. Aplikasi ini serasi dengan tiga produk baharu Sony LinkBuds ini dan melaluinya, anda boleh mengawal dan melaraskan tetapan fon putik dan speaker.

Harga dan ketersediaan LinkBuds Fit, LinkBuds Open dan LinkBuds Speaker

Buat masa ini, tiga produk LinkBuds baharu ini masih belum tersedia untuk dibeli di Malayia. Namun, maklumat harga LinkBuds Fit dan LinkBuds Open sudah pun didedahkan di laman web Sony, dengan ia disenaraikan pada harga RM999, manakala LinkBuds Speaker pula belum.

Tetapi di pasaran Amerika Syarikat, LinkBuds Speaker dijual pada harga USD180 (~RM750). Untuk perbandingan, LinkBuds tahun 2022 sekarang dijual pada harga RM849.

Tempahan awal untuk fon putik LinkBuds Open dan LinkBuds Fit akan dibuka bermula 1 November 2024, sementara LinkBuds Speaker akan tersedia untuk dipratempah bermual 1 Januari 2025.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk LinkBuds Fit, LinkBuds Open dan LinkBuds Speaker.

Tags: SonySony LinkBuds FitSony LinkBuds OpenSony LinkBuds SpeakerSony Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Sony lancar 3 LinkBuds sekaligus di Malaysia, pratempah bermula November

Sony lancar 3 LinkBuds sekaligus di Malaysia, pratempah bermula November

2 October 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER