• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boost Bank tawar kadar faedah simpanan 5%, ini perkara anda perlu tahu tentangnya

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:23 pm
  • 04/10/2024
  • Komen
Boost Bank tawar kadar faedah simpanan 5%, ini perkara anda perlu tahu tentangnya
Share on FacebookShare on Twitter

Selain melancarkan kad debit pertama mereka, Boost Bank juga memperkenalkan promosi terbaharu menawarkan kadar faedah setinggi 5% untuk masa terhad. Kadar faedah ini boleh dinikmati pemilik akaun hanya jika mereka mendeposit wang ke dalam tabung ‘Special Jars’.

Namun, terdapat beberapa tabung ‘Special Jars’ yang disediakan dan setiap daripadanya didatangkan dengan tempoh kempen, serta terma dan syarat berbeza. Jadi, jika anda mahu memaksimakan kadar keuntungan simpanan anda dengan tawaran Boost Bank ini, ini adalah perkara yang anda kena tahu tentangnya.



6 tabung ‘Special Jars’ Boost Bank yang tawarkan 5%

Terdapat tiga tempat yang anda boleh depositkan duit anda ke dalam akaun Boost Bank anda dan ia menawarkan kadar faedah berbeza. Yang pertama adalah akaun simpanan biasa yang anda boleh gunakan untuk perbelanjaan harian atau pindahan wang dan ia memberikan kadar faedah 2.5% dengan faedah akan dikredit ke dalam akaun setiap minggu.

Untuk simpanan jangka panjang, Boost Bank ada menyediakan ‘Savings Jar’ yang menawarkan kadar faedah 3.6% dan faedah juga akan dikredit ke dalam akaun setiap minggu. Kini, anda boleh mendapatkan kadar faedah lebih tinggi 5% melalui 6 tabung ‘Special Jars’ yang dinamakan Boost Birthday, CelcomDigi, Bataras, CKS, Farley dan Servay.



Tetapi, untuk mendapatkan kadar faedah di ‘Special Jars’ ini rumit sedikit kerana setiap tabung ada keperluan tertentu yang perlu dipenuhi untuk tabung boleh digunakan, tempoh kempen berlainan, kekerapan kadar faedah disalurkan dan deposit maksimum untuk setiap tabung ‘Special Jars’.

Boost Birthday Jar

Boost Birthday menawarkan kadar faedah 5% bermula dari 1 Oktober hingga 31 Oktober 2024, dengan kadar faedah akan dikredit setiap hari. Tetapi, perlu diingatkan yang setiap pelanggan hanya boleh deposit sehingga RM25,000 ke dalam Birthday Jar dan had maksimum keseluruhan kempen adalah RM200 juta, tertakluk kepada siapa cepat dia dapat.

Selepas dari tarikh 31 Oktober, tabung Birthday Jar ini masih ada tetapi kadar faedah akan diturunkan kepada 3.6%.

Anda boleh baca terma dan syarat penuh kempen Boost Birthday Jar di sini.

CelcomDigi Jar

Tabung CelcomDigi ini telah pun wujud sejak Ogos lalu dan ia menawarkan kadar faedah 4%. Untuk mengaktifkan tabung ini, anda perlu berbelanja RM20 dalam satu transaksi setiap bulan untuk akaun prabayar atau pascabayar anda menggunakan kad debit Boost Bank atau eWallet Boost. Pembayaran faedah akan diberikan setiap minggu.

Tetapi dengan kempen terbaru ini, Boost Bank menawarkan kadar faedah 5% untuk tabung CelcomDigi ini. Walaupun di dalam aplikasi ia menyatakan tempoh kempen adalah dari 5 Ogos sehingga 7 November 2024, sebenarnya kadar faedah 5% hanya diberikan dari 1 Oktober hingga 31 Oktober 2024. Kadar faedah akan diturunkan kepada 4% selepas 31 Oktober 2024.

Had deposit adalah sehingga RM50,000 dengan had keseluruhan kempen sebanyak RM50 juta, berdasarkan siapa cepat dia dapat bermula dari 8 Ogos sehingga 7 November 2024.

Anda boleh baca terma dan syarat penuh kempen CelcomDigi Jar di sini.

Bataras, CKS, Farley dan Servay Jar

Empat lagi tabung ‘Special Jars’ adalah Bataras, CKS, Farley and Servay Jars yang juga menyediakan kadar faedah 5%. Tabung ini boleh digunakan jika anda berbelanja sekurang-kurangnya RM50 setiap bulan di empat kedai yang disebutkan tadi (yang terletak di Sabah dan Sarawak) menggunakan kad debit Boost Bank atau Boost eWallet.

Tempoh kempen tabung ini berjalan dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2024, tetapi kadar faedah 5% boleh dinikmati pengguna sepanjang Oktober sahaja, bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober 2024. Selepas 31 Oktober, promosi kadar faedah akan diturunkan kepada 4%. Macam tabung Boost Birthday, pembayaran kadar faedah akan dikredit setiap hari.

Setiap pelanggan juga boleh mendeposit sehingga RM25,000 untuk empat tabung ini dengan had maksimum sebanyak RM25 juta untuk setiap tabung, menjumlahkan had maksimum keempat-empat tabung adalah RM100 juta. Ia juga tertakluk kepada siapa cepat dia dapat.

Anda boleh baca terma dan syarat penuh keempat-empat kempen di sini.

Kesemua 6 tabung ‘Special Jars’ dengan kadar faedah 5% dibuka untuk bulan Oktober

Bagaimanpun, nampaknya anda tidak perlu memenuhi keperluan yang ditetapkan setiap tabung ‘Special Jar’ untuk mengaktifkannya. Ini kerana semua tabung boleh digunakan tanpa perlu berbelanja semasa dalam bulan Oktober 2024. Ini bermakna pelanggan boleh mendapatkan kadar faedah 5% dengan jumlah deposit sehingga RM175,000 untuk semua tabung ‘Special Jar’.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • Boost Bank permudah cara nikmati faedah 4% p.a, CelcomDigi rakan niaga terbaru
  • Boost Bank umum faedah simpanan 4% setahun, tertinggi untuk bank digital
  • Boost Bank dapat kelulusan operasi Bank Digital, akan laksana ujian alfa
Tags: Bank DigitalBoostBoost Bank
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Boost Bank tawar kadar faedah simpanan 5%, ini perkara anda perlu tahu tentangnya

Boost Bank tawar kadar faedah simpanan 5%, ini perkara anda perlu tahu tentangnya

4 October 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER