• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Zero Flip tiba di Malaysia, ada hadiah RM499 menanti pembeli

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:41 pm
  • 04/10/2024
  • Komen
Pesaing Galaxy Z Flip6 daripada Infinix ini harganya cuma RM2,999
Share on FacebookShare on Twitter

Kewujudan telefon lipat pertama Infinix Zero Flip telah pun didedahkan sebelum ini. Kini ia telah tiba secara rasmi ke pasaran Malaysia, lantas menambahkan pilihan telefon lipat yang pengguna boleh dapatkan di Malaysia.

Zero Flip adalah telefon lipat jenis flip yang turut mewarisi keupayaan merakam vlog 4K seperti telefon ZERO mereka, dan hadir dengan skrin luaran besar dan cip MediaTek Dimensity siri 8000.



Harga dan promosi Infinix Zero Flip di Malaysia

Zero Flip boleh mula didapatkan oleh mereka yang berminat sekarang. Seperti yang didedahkan dalam laporan sebelum ini, Zero Flip dijual di Malaysia dalam satu varian dan berikut adalah harganya di Malaysia:

  • Infinix Zero Flip (RAM12GB dan storan 512GB) – RM2,999

Untuk perbandingan, Zero Flip dilihat lebih mahal daripada Nubia Flip yang kini berharga RM2,499, manakala jauh lebih murah daripada  Galaxy Z Flip 6 yang berharga RM4,999 dan Oppo Find N3 Flip yang harga bermula RM3,999.



Apa yang menariknya, Infinix turut menawarkan promosi pembelian. Setiap pembelian Zero Flip akan disertakan dengan pengering rambut mini yang bernilai RM499 secara percuma, sementara stok masih ada.

Selain itu, Infinix turut memberikan percuma penggantian skrin depan dan belakang sekiranya rosak dalam masa 365 hari, jaminan waranti selama 24 bulan, percuma perkhidmatan pembersihan selama-lamanya serta percuma penghantaran dan pengambilan peranti untuk perkhidmatan selepas jualan.

Sekiranya berminat, Zero Flip boleh didapatkan melalui pengedar sah Infinix di seluruh negara atau stor rasmi Infinix di Lazada, Shopee dan TikTok.

Lebih menarik, Infinix turut berkolaborasi dengan DirectD untuk tawarkan promosi cabutan bertuah. Dari 1 Oktober sehingga 30 November 2024, pembeli yang membeli Zero Flip melalui DirectD secara automatik akan menyertai cabutan bertuah dan berpeluang untuk memenangi pulangan tunai sehingga 50% untuk pembelian.

Keputusan cabutan bertuah itu akan diumumkan melalui laman Facebook Infinix Mobile Malaysia, dengan tarikhnya akan diberitahu kemudian.

Spesifikasi Infinix Zero Flip

Zero Flip didatangkan dengan skrin luaran besar bersama potongan pada bahagian kamera menyamai Xiaomi Mix Flip. Skrin luaran Zero Flip ini berukuran 3.64-inci menggunakan panel paparan AMOLED dengan resolusi 1056 x 1066 dan sokong kadar penyegaran 120Hz. Untuk perlindungan, kaca Corning Gorilla Glass 2 digunakan di skrin luaran dan panel belakangnya.

Apabila membuka lipatan, skrin dalaman Zero Flip ini menggunakan panel paparan LTPO AMOLED 6.9-inci beresolusi FHD+ dengan kadar penyegaran 120Hz. Kecerahan puncak yang disokong adalah setinggi 1,400 nits dan skrinnya dikatakan ada kesan lipatan minima serta boleh ditutup rapat tanpa ruang ditengah-tengah, menggunakan engsel yang dipanggil sebagai ‘Zero-Gap Hinge’.

Menurut Infinix, engsel Zero Flip juga boleh dibuka separuh di antara 30 hingga 150 darjah dan mampu bertahan sehingga 400,000 lipatan.

Atas papan utama, cip MediaTek Dimensity 8020 digunakan untuk menggerakkan Zero Flip dan ia adalah cip yang sama ada di telefon gaming Infinix GT 20 Pro. Cip itu dipadankan dengan RAM 12GB dan storan 512GB. Tenaga telefon disalurkan oleh bateri berkapasiti 4720mAh dengan pengecasan 70W melalui USB-C.

Sistem kamera Zero Flip terdiri daripada tiga kamera 50MP. Ia adalah kamera utama, kamera ultralebar dan kamera selfie, dengan kamera utamanya ada keupayaan untuk mengezum lossless 2x. Untuk rakaman, kamera hadapan dan belakangnnya mampu untuk merakam vlog pada resolusi 4K 60fps dan dibantu oleh teknologi ProStable bagi memastikan rakaman kekal stabil.

Selain itu, seperti telefon pintar Zero 40, Zero Flip ini turut dilengkapi fungsi GoPro terbina untuk sambungan lancar dengan kamera aksi GoPro. Speaker stereo ditala JBL turut dipasang di Zero Flip, serta ia dilengkapi dengan pembantu AI Gemini dan pengimbas cap jari di butang kuasa.

Namun, tiada pengiktirafan kalis air dan debu di telefon ini. Sejurus keluar kotak, Zero Flip akan menjalankan Android 14 dan Infinix menjamin kemas kini Android 2 kali dan keselamatan 3 tahun untuk Zero Flip. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan iaitu hitam dan pink.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman produk Infinix Zero Flip.

Bacaan berkaitan

  • Infinix Hot 50i, banyak naik taraf pada harga lebih murah bermula RM399
  • Infinix Hot 40 Pro dan Hot 40i dilancar, harga lebih mahal dengan storan besar
  • Infinix Smart 9 kini rasmi di Malaysia, telefon termurah ada skrin 120Hz dan speaker stereo
Tags: androidInfinixInfinix Zero FlipZero Flip
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Pesaing Galaxy Z Flip6 daripada Infinix ini harganya cuma RM2,999

Infinix Zero Flip tiba di Malaysia, ada hadiah RM499 menanti pembeli

4 October 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER