• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

Alternatif AirDrop dan Nearby Share yang lebih power patut anda cuba

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:25 pm
  • 07/10/2024
  • Komen
Alternatif AirDrop dan Nearby Share yang lebih power patut anda cuba
Share on FacebookShare on Twitter

Memindahkan fail antara peranti adalah mudah jika anda menggunakan platform yang sama, dengan adanya teknologi macam AirDrop dan Nearby Share. Tetapi, kalau nak pindah fail melibatkan platform yang berbeza, mungkin akan timbul masalah kerana teknologi yang digunakan tidak serasi antara satu sama lain.

Ya, sudah tentulah anda boleh gunakan platform seperti WhatsApp atau Telegram, tetapi ia akan membabitkan penggunaan data. Namun, sebenarnya ada solusi paling mudah yang anda boleh pertimbang, iaitu dengan gunakan LocalSend.



Bagi yang tidak tahu, LocalSend adalah platform sumber terbuka yang percuma dan anda boleh hantar fail rentas pelbagai peranti. Jadi, dalam artikel ini saya nak terangkan cara untuk gunakan LocalSend.

Cara untuk gunakan LocalSend untuk pindah fail

Untuk mula gunakan LocalSend, anda perlu pasangnya terlebih dahulu di peranti anda, dan ia boleh dimuat turun di peranti Android, iOS, Windows atau MacOS. Bermakna, anda boleh pindahkan fail merentasi keempat-empat platform dengan mudah.



Anda boleh muat turun LocalSend di melalui laman web LocalSend, atau melalui App Store bagi peranti iOS dan MacOS, manakala di Google Play Store untuk peranti Android.

Android ke Android

Penghantaran fail Android ke Android

iOS ke iOS

Penghantaran fail iOS ke iOS

Android ke iOS

Penghantaran fail Android ke iOS

Android/iOS ke Windows

Penghantaran fail Android ke Windows

Android/iOS ke MacOS

Penghantaran fail Android ke MacOS

Cara untuk gunakan LocalSend mudah sahaja dan tidak memerlukan internet. Namun, perlu untuk diingatkan yang anda masih kena menggunakan sambungan WiFi yang sama untuk lakukan penghantaran fail di antara peranti. Sebagai contoh, di sini saya tunjukkan cara penghantaran fail dari peranti MacOS ke Android. 

Selepas memuat turun aplikasi LocalSend di kedua-dua peranti, anda perlu pergi ke pilihan ‘Send’ di peranti MacOS untuk mulakan penghantaran fail. Anda boleh pilih fail yang ingin di hantar di bahagian ‘Selection’ dan pilih sama ada ingin menghantar fail, folder atau teks. 

Tetapi pastikan anda juga buka sudah membuka aplikasi LocalSend di telefon Android anda terlebih dahulu. Jika tidak, LocalSend di MacOS tidak akan dapat mengesan peranti Android anda.

Seterusnya, tekan nama peranti Android anda jika ianya muncul di skrin MacOS. Tetapi jika tiada, anda boleh tekan ikon ‘refresh’ dan sepatutnya nama peranti Android anda akan muncul. Tekan ‘Accept’ di telefon Android dan kemudiannya fail akan terus disimpan dalam galeri telefon anda.

Kalau anda mahu menghantar fail merentasi iOS/Android ke Windows, Windows ke  iOS/Android atau Android ke iOS sekalipun, caranya sama sahaja, malah antaramuka LocalSend di platform Android, iOS, MacOS dan Windows juga adalah lebih kurang sama.

Ada tiga mod penghantaran fail di LocalSend

Terdapat tiga mod penghantaran yang anda boleh guna di LocalSend, iaitu sama ada hantar pada satu penerima, beberapa penerima atau hantar menggunakan link. Ianya sama merentas semua platform Android, iOS, MacOS dan Windows. Mod ini boleh ditukar dan dipilih dengan menekan ikon ‘settings’ yang bersebelahan dengan ikon hati.

Katakanlah anda memilih untuk menghantar dalam mod beberapa penerima, sebalik memaparkan ikon penghantaran antara dua peranti, halaman utama akan kekal sama dan anda boleh pilih beberapa penerima untuk menghantar fail.

Kalau gunakan mod penghantaran melalui link pula, sesudah memilih fail untuk dihantar, aplikasi akan memaparkan link dan link tersebut boleh disalin seterusnya boleh dibuka dalam pelayar. Selain link, terdapat juga pilihan untuk mengimbas kod QR yang turut akan membawa ke laman web yang sama.

Kelebihan LocalSend

LocalSend sememangnya menawarkan banyak kelebihan kepada pengguna serta dapat memudahkan pengguna untuk memindah fail merentas platform berbeza. Tetapi selain itu, kelebihan LocalSend juga ia boleh digunakan secara percuma, tiada iklan, serta sokong pelbagai jenis fail termasuk video, audio, gambar dan dokumen. Fail besar pun boleh dihantar tanpa masalah, cuma ambil masa sedikit lama.

Setakat saya mengujinya, pemindahan fail melalui LocalSend ada pengalaman yang lancar. Malah, pemindahan fail juga boleh dilakukan tanpa internet seperti AirDrop dan QuickShare. Ia merupakan solusi untuk penghantaran fail yang mudah dan cepat merentasi pelbagai platform.

Tags: AirDropandroidHantar failiOSLocalSendmacoswindows
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Alternatif AirDrop dan Nearby Share yang lebih power patut anda cuba

Alternatif AirDrop dan Nearby Share yang lebih power patut anda cuba

7 October 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER