• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Proton e.MAS 7: Tempahan dibuka, deposit RM500 diperlukan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:01 am
  • 07/10/2024
  • Komen
Proton e.MAS 7 sertai perarakan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya
Share on FacebookShare on Twitter

Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), kumpulan pengedar Proton terbesar Malaysia dikesan telah membuka laman tempahan EV Proton e.MAS 7. Ia menunjukkan yang hari pengumuman rasmi kereta ini sudah semakin hampir malah peminat boleh mula menempahnya dengan meletakkan deposit sebanyak RM500.

Walau bagaimanapun, kami tidak menemui dokuman T&C untuk dirujuk bagi memahami lebih lanjut proses tempahan ini. Soalan utama yang ingin dijawab adalah sama ada deposit ini boleh dipulangkan sekiranya penempah berubah fikiran pada masa hadapan. Kami sudahpun bertanyakan pada pihak yang berkenaan dan sedang menunggu jawapan.



Sebagai maklumat anda, amalan deposit tidak boleh dipulangkan telah mula ada dalam pasaran automotif Malaysia. Misalnya, Tesla mengutip deposit yang tidak boleh dipulangkan sebanyak RM1,000.

Senarai pengedar Proton e.MAS 7 di Malaysia

Dalam persiapan Proten e.MAS melancarkan EV pertama mereka di Malaysia, sekumpulan pengedar sah sudahpun dilantik untuk mengendalikan aspek jualan. Berikut adalah senarai rasmi pengedar Proton e.MAS 7 berdasarkan laman EON.



LokasiNama PengedarNombor telefon
CherasAapico Motors012-3010908
MasaiAG Autoworld (EV)017-7765332
Iskandar PutriAG Autoworld (EV)017-7765333
Bandar UtamaAMOne Auto019-4799999
TaipingAsia Premium Selection012-2171795
PuchongAtiara Johan012-3377873
SegambutCahaya Automotif012-7665227
JelutongEleganz Lifestyle012-4852128
ButterworthEleganz Lifestyle012-4852129
DamansaraEON013-9334500
GlenmarieEON Glenmarie013-9334500
Kota KinabaluFook Loi016-8332686
Kampung TembokGB Auto012-4103331
Jalan KamparGerak Roda012-5219936
Kota KinabaluHarapan Maju012-8381778
KuantanHoi Keen Service012-9877998
Kuala TerengganuIndah Sari012-2068323
BalakongJawira012-5165996
Seri KembanganJaya Johan012-3377873
Kota BharuJM Otomobil (EV)012-9888500
SerembanKlinik Kereta Tampin013-6101111
NilaiLHM One Stop Car Service Centre (M)017-6709966
MuarMayang Holding012-2256353
Jalan Tun RazakMBf Automobile+61 449 154 691
Genting KelangIgreen Premium012-3046855
KuchingMelinau Auto013-8338999
Sungai PetaniMercu Usaha012-4017077
MelakaNHL Auto Tech016-6628501
RawangPantai Bharu Autohaus016-2060777
KajangProauto Drive (SL)012-3366996
Alor SetarRahmat Jutamas019-4778188
S13 Petaling JayaRegal Motors EV019-2718677
S15 Shah AlamSG Car018-2842222
Taman TampoiSM Supreme012-7705558

Proton e.MAS 7 Tour kembara ke Negeri Sembilan, Melaka, Johor

Seperti yang kami laporkan hujung September 2024 yang lalu, Proton kini sedang membawa Proton e.MAS 7 mengembara ke seluruh Malaysia untuk menempuhi perjalanan lebih 2,000km.

Hari pertama kembara telah ditetapkan pada 5 Oktober 2024 daripada Proton Shah Alam turun ke selatan masuki Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Kemudian daripada selatan ia akan naik ke utara melalui Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum pergi semula ke pantai barat Semenanjung Malaysia melalui Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis. Ia melengkapkan kembara Semenanjung Malaysia dengan kembali semula ke Lembah Klang dan seterusnya pergi ke Sabah dan Sarawak.

Sungguhpun program kembara itu sedang berjalan, jadual lengkap perjalanan tidak pula dikongsikan dengan lengkap. Jadi pengguna yang berminat harus mengikuti saluran rasmi Proton e.MAS 7 dengan lebih rapat untuk mengetahinya. Berikut adalah persinggahan setakat yang dikongsikan pada 7 Oktober 2024.

Negeri Sembilan / Melaka – 5 Okt

  • 1 PM – Mansor Kopitiam
  • 2 PM – Muzium Minangkabau
  • 7 PM – Amy Heritage Nyonya Cuisine

Melaka / Johor – 6 Okt

  • 8 AM – Roti Canai Kayu Arang
  • 9 AM – Dataran Pahlawan
  • 12 PM – Atlantic Nyonya
  • 8 PM – Puteri Harbour

Konvoi juga mengambil kesempatan untuk singgah ke beberapa pengedar Proton e.MAS dalam perjalana disamping mengambil peluang untuk mengisi semula bateri kereta. Berikut adalah lokasi yang terlibat:

  • 6 Okt – 10 AM: Proton NHL Automobil Bukit Palah
  • 6 Okt – 4 PM: Proton AG Autoworld Skudai
  • 7 Okt – 9 AM: Proton SM Supreme Johor Bahru
  • 7 Okt – 1 PM: Proton Mayang Holdings Muar

Proton e.MAS 7 akan diumum 26 Oktober 2024?

Buat masa ini, gambar ataupun video rasmi bahagian dalam Proton e.MAS 7 masih disimpan di bawah arahan embargo. Dikhabarkan yang pada 26 Oktober 2024, Proton e.MAS 7 akan diumumkan secara rasi sewaktu acara Auto Car Expo di Setia City COnvention Centre.

Bacaan berkaitan

Proton e.MAS 7 mulakan kembara 2,000km kelilingi Malaysia, Oktober 2024 ini

Proton e.MAS 7 diuji secara intensif, lepasi banjir 400mm

Proton e.MAS 7 sertai perarakan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya

Tags: automotifEVprotonproton emas 7
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Proton e.MAS 7 sertai perarakan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya

Proton e.MAS 7: Tempahan dibuka, deposit RM500 diperlukan

7 October 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER