• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kabel pertama USB4 2.0 didedahkan, ada kelajuan dua kali ganda lebih pantas dari USB 4.0

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:19 pm
  • 08/10/2024
  • Komen
Kabel pertama USB4 2.0 didedahkan, ada kelajuan dua kali ganda lebih pantas dari USB 4.0
Share on FacebookShare on Twitter

Teknologi USB4 2.0 telah pun diperkenal sebelum ini dan ia merupakan versi USB4 yang lebih baharu dengan kelajuan peralihan data lebih pantas. Namun, masih belum ada produk yang serasi dengan USB4 2.0 sejak ia wujud dua tahun lepas. Tetapi kini, nampaknya produk yang serasi dengannya mula muncul di pasaran.

Syarikat jepun, Elecom mengumumkan mereka telah menghasilkan kabel diiktiraf USB4 2.0 yang dikatakan adalah pertama di dunia. Kabel USB4 2.0 ini akan dilancarkan pada Disember akan datang, dengan pada mulanya hanya tersedia di Jepun. Masih tidak jelas sama ada ia akan dilancarkan di pasaran luar Jepun kelak.



Sumber gambar: TechSpot

Menurut sumber, terdapat dua versi kabel USB4 2.0 yang akan diperkenalkan oleh Elecom. Pertama adalah kabel yang didakwa ada kelajuan peralihan data 80Gbps dan sokong penghantaran kuasa 60W, manakala kedua adalah kabel dengan kemampuan penghantaran kuasa lebih tinggi 240W pada 48V/5A.

Kabel-kabel yang akan Elecom akan lancar ini juga akan menyokong DisplayPort dengan keupayaan output video sehingga resolusi 8K pada 60Hz.



Meskipun generasi pertama USB4 sudah cukup pantas ada kelajuan 40Gbps, kelajuan yang USB4 2.0 ada dua kali ganda lagi pantas. Ini sekali gus akan membenarkan pengguna untuk mengalih fail besar jauh lebih cepat, mengecas peranti yang memerlukan kuasa tinggi dan menawarkan output video beresolusi tinggi.

Selain itu, USB4 juga menyokong beberapa sambungan digital lain untuk output video. Misalnya, standard USB4 di peranti Mac menyokong DisplayPort, Mini DisplayPort, DVI, HDMI or VGA jika disambung dengan adapter yang sesuai.

Bagaimanapun, USB4 2.0 terbaharu ini sepatutnya boleh mencecah kelajuan peralihan data sehingga 120Gbps. Tetapi untuk mencapai pada tahap itu, ia mungkin memerlukan sedikit masa disebabkan teknologi sekarang masih cuba mengadaptasi kelajuan 80Gbps.

Namun buat masa ini, masih belum ada papan utama komputer atau peranti lain yang menyokong standard USB4 2.0. Perlu untuk dinyatakan juga yang Microsoft telah mula menyediakan Windows 11 untuk USB4 2.0 dalam binaan sebelum ini, tetapi sesebuah PC itu perlulah ada sambungan PCI-Express 5.0 untuk memanfaatkan USB4 2.0.

[Sumber: Tomsguide]

Tags: ElecomUSB4USB4 2.0
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Kabel pertama USB4 2.0 didedahkan, ada kelajuan dua kali ganda lebih pantas dari USB 4.0

Kabel pertama USB4 2.0 didedahkan, ada kelajuan dua kali ganda lebih pantas dari USB 4.0

8 October 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER