iPhone 16 Pro telah pun masuki Malaysia untuk beberapa ketika pada harga bermula RM4,999 untuk model 16 Pro dan pada harga bermula RM5,999 untuk model 16 Pro Max. Berikut adalah senarai harga keluarga iPhone 16 Pro:
iPhone 16 Pro Max
- 256GB – RM5,999
- 512GB – RM6,999
- 1TB – RM7,999
iPhone 16 Pro
- 128GB – RM4,999
- 256GB – RM5,499
- 512GB – RM6,499
- 1TB – RM7,499
Buat yang tergolong dalam golongan yang beli paling murah, kekangan storan 128GB sudah tentu cepat dirasai terutamanya yang gunakan telefon untuk hasilkan kandungan. Kalau nak gandakan storan, sehingga RM1,000 perlu dibelanjakan untuk dapatkan storan lebih besar.
Hampir RM8,000 untuk sebuah telefon berstoran 1TB kedengaran tak masuk akal. Jadi apa pilihan yang pengguna ada?
iCloud+ nampak macam solusi menarik tapi tidak
Semua pengguna iPhone diberikan pelan percuma iCloud 5GB. Ia adalah storan asas untuk menyimpan gambar, video, dan data sandaran aplikasi-aplikasi berkaitan. Kalau anda tanya Apple, sudah tentu mereka nak ketengahkan servis langganan storan awan mereka iaitu iCloud+.
Pada harga antara RM3.90/bulan hingga RM269.90/bulan, anda boleh nikmati ruang storan antara 50GB hingga 12TB untuk buat semua perkara tadi ciri tambahan seperti:
- iCloud Private Relay: Ciri seperti VPN yang memastikan kerahsiaan sewaktu melayari laman web menggunakan Safari dengan cara menyembunyikan alamat IP dan lokasi
- Hide My Email: Ciri menjana emel sementara untuk jadi pengganti kepada emel sebenar sewaktu melanggan servis-servis tertentu
- Custom Domain di Email: Bolehkan anda suaikan nama domain pada emel.
- HomeKit Secure Vide: Simpan, analisis, dan tonton video daripada kamera keselamatan
- Family Sharing: Kongsi ciri-ciri iCloud+ dengan 5 orang pengguna lain.
Kelemahan iCloud+ sebagai solusi storan
Kedengaran menarik apa yang ditawarkan iCloud+. Walau bagaimanapaun, disebabkan ia menyimpan data di awan, ia masih bergantung kepada capaian Internet yang stabil dan memerlukan anda mempunyai langganan perkhidmatan Internet berkuota banyak.
Itu belum anda ambil kira kebolehgunaan merentasi platform. Contohnya, iCloud tidak mempunyai aplikasi Android mahupun Windows. iCloud hanya mesra untuk gajet berjenama Apple seperti iPhone, iPad, dan Mac.
Jadi, ada tak solusi storan untuk iPhone 16 Pro yang:
- tak perlu langganan bulanan?
- boleh berfungsi tanpa Internet?
- beri storan luas?
- boleh diguna tanpa mengira platform?
Kingston XS1000R boleh penuhi semua keperluan itu
iPhone 16 Pro dan 16 Pro Max, mereka mengguna pakai sambungan USB-C dengan spesifikasi USB 3 dengan jalur perpindahan sehingga 10Gbps, sama seperti iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Maka dengan sebab itu, storan kilat seperti Kingston XS1000R sangat berguna sebagai pelengkap kepada storan sedia ada dalam telefon.
Kami telah menyarankan XS1000 sewaktu iPhone 15 Pro Max dilancarkan tahun lepas dan untuk tahun ini, varian berwarna merah pula dilancarkan dengan kod model XS1000R. Ia masih kekalkan spesifikasi yang sama tapi kali ini dalam badan berwarna merah menyala.
Kingston XS1000R ditawarkan dalam kapasiti sehingga 2TB. Port USB-C yang ada pada badannya mengguna pakai piawaian USB 3.2 Gen 2 yang ada jalur perpindahan sehingga 1,050MB/s (baca) dan 1,000MB/s (tulis). Badannya kompak dan boleh dimuatkan di dalam poket seluar ataupun beg aksesori.
Daripada percubaan, saya perhatikan yang pemacu kilat ini perlukan kurang daripada 30 saat untuk pindahkan satu fail zip bersaiz 10GB ke masuk ke dalam pemacu. Untuk membawa keluar daripada pemacu ke desktop pula mengambil masa sekitar 50 saat.
Ujian penanda aras CrystalDiskMark 8.0.5 juga menunjukkan prestasi hampir sama seperti yang diiklankan. SEQ1M Q8T1 dan Q1T1 dalam kategori baca/tulis melebihi 900MB/s menunjukkan yang perpindahan satu fail bersaiz besar mampu mencapai kelajuan sebegitu.
RDN4K Q32T1 dan Q1T1 menunjukkan prestasi sekiranya ia perlu pindahkan saiz file yang besar tapi dalam pecahan lebih kecil, contohnya 10GB yang terdiri daripada 1000 fail adalah lebih perlahan berbanding 10GB yang terdiri daripada 1 fail.
Seperti saya cadangkan pemacu kilat untuk iPhone 15 Pro Max, saya juga ingin sarankan untuk iPhone 16 Pro Max kerana ia lebih praktikal berbanding melanggan storan awan secara bulanan. Ditambah pula dengan ciri-ciri baru pada kamera yang pastinya memerlukan storan yang luas.
iPhone 16 Pro ada 4K 120fps Dolby Vision
iPhone 16 Pro Max kini ciri 4K 120 fps Dolby Vision. Ia adalah ciri merekam video gerak perlahan 120 bingkai sesaat dalam resolusi 4K hasil penggunaan kamera 48MP Fusion yang bergandingan bersama cip A18 Pro.
Memang ia berikan potensi kandungan baharu yang lebih menarik. Namun, ia menelan ruang storan yang luas. Secara kasarnya, video 4K 120fps Dolby Vision menggunakan kira-kira 2 kali ganda lebih banyak storan untuk setiap saat berbanding 4K 30fps.
Keupayaan iPhone 16 Pro telah diuji dalam projek berskala besar. Contohnya dalam projek video muzik The Weeknd bertajuk “Dancing in the Flames”. Erik Henriksson selaku sinematografer telah memanfaatkan 4K 120 fps Dolby Vision untuk hasilkan visual gerak perlahan dalam video tersebut.
Jadi pemilik iPhone 16 Pro berstoran kecil perlu hati-hati dalam menggunakan ciri kamera berprestasi tinggi ini kerana storan cepat habis digunakan. Kalau guna pemacu kilat, storan rakaman boleh diperluas sekali ganda lagi tanpa korbankan storan terbina. Contoh dalam gambar dibawah adalah pada iPhone 16 Pro Max 1TB, storan dalaman itu cukup untuk rekod video 4K60 selama 32 minit sebaliknya dengan Kingston XS1000R 2TB, 66 minit boleh dirakam dengan tetapan yang sama.
Kingston XS100R manfaatkan port USB-C iPhone 16 Pro Max
Kingston XS1000R boleh membantu menjayakan projek seperti ini dengan cara merakam terus ke dalam pemacu kilat melalui sambungan USB-C yang dimiliki iPhone 16 Pro Max. Bila anda sambungkan pemacu kilat, sistem telefon akan terus mengesan storan tersebut.
Selain jadi storan menyimpan gambar ataupun video, ia juga boleh dijadikan storan untuk simpan apa-apa saja dokumen daripada telefon. Sejurus disambungkan kepada telefon, ia terus dikesan aplikasi Files di iPhone/iPad.
Seperti yang dikatakan tadi, pemacu kilat seperti ini tidak perlukan sambungan Internet untuk berfungsi dan anda boleh sambungkan ke mana-mana platform yang menyokongnya sama ada Android, Mac, ataupun Windows.
Storan 128GB pun tiada masalah kalau ada Kingston XS1000R
Jadi, jangan membazir wang untuk dapatkan iPhone 16 Pro storan yang lebih besar sedangkan anda boleh dapatkan SSD seperti Kingston XS1000R ini pada harga lebih murah. Mujurklah varian 16 Pro Max ditawarkan dengan storan minimum 256GB tapi untuk iPhone 16 Pro, kalau anda dapatkan varian 128GB, lagilah anda perlu pertimbangkanlah Kingston XS1000R ini.
Sekiranya anda berminat untuk dapatkannya Kingston XS1000R (Lazada, Shopee) boleh didapatkan pada harga seperti berikut:
- Kingston XS1000R 1TB – RM369
- Kingston XS1000R 2GB – RM594
Anda boleh layari laman rasmi Kingston XS1000R untuk maklumat lanjut.