• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Laman web rasmi Poco global bakal ditutup pada Disember nanti

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:12 pm
  • 14/10/2024
  • Komen
Laman web rasmi Poco global bakal ditutup pada Disember nanti
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya Poco bakal menutup laman web global mereka di bawah domain www.po.co/global/. Ini selepas Poco memaklumkan mereka bakal mengalihkan laman produk, perkhidmatan pelanggan, perkhidmatan selepas jualan dan semua penawaran perkhidmatan Poco sedia ada ke laman web rasmi global Xiaomi di bawah domain www.mi.com/global/.

Berdasarkan kenyataan di laman web global Poco, laman web Poco global akan di ditutup pada hujung tahun ini, pada 31 Disember 2024. Poco turut menegaskan bahawa pelanggan yang membeli produk poco melalui laman web rasmi Poco atau aplikasi Poco Store akan masih boleh terus menerima perkhidmatan pelanggan dan selepas jualan daripada Xiaomi.



Pengguna boleh mengaksesnya di laman web Xiaomi melalui https://www.mi.com/global/support/ untuk dapatkan perkhidmatan pelanggan, atau https://www.mi.com/global/support/warranty/ untuk keperluan tuntutan waranti.

Menurut Poco lagi, selepas penutupan laman web Poco global, mana-mana pengguna yang melayari laman web tersebut akan dialihkan ke ke laman web Xiaomi.



Poco kini bukan jenama bebas?

Dengan langkah ini, dilihat Poco akan tidak lagi akan beroperasi sebagai jenama bebas seperti yang mereka umumkan empat tahun lepas. Namun begitu, langkah Poco sebagai jenama bebas adalah tidak jelas kerana sehingga kini, Poco masih lagi sebuah jenama yang diuruskan oleh Xiaomi. Malah, beberapa telefon pintar Poco juga adalah model yang dikitar daripada Xiaomi.

Poco C65
Redmi 13C
Jenama Poco yang dikitar daripada Xioami

Bagaimanapun, tidaklah pasti sama ada laman media sosial Poco global di Facebook, Instagram dan X turut akan terkesan dengan penutupan laman web ini. Tetapi setakat ini, ia masih ada dan boleh diakses pengguna.

Untuk pengetahuan anda, Poco tidak memiliki laman web tersendiri di Malaysia dan produknya boleh ditemui di laman web Xiaomi Malaysia.

[Sumber: Poco]

Bacaan berkaitan

  • Jualan gila POCO F6 Pro, turun harga sehingga RM340
  • Poco M6 dilancar di Malaysia, harga mahal dari Redmi 13 tapi lebih murah untuk masa terhad
  • Poco mahu jadi jenama bebas dan berdikari dengan sokongan peminat
Tags: Pocopoco globalPoco Malaysiaxiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Laman web rasmi Poco global bakal ditutup pada Disember nanti

Laman web rasmi Poco global bakal ditutup pada Disember nanti

14 October 2024
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN