Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Poco mahu jadi jenama bebas dan berdikari dengan sokongan peminat

Poco adalah satu jenama telefon pintar di bawah Xiaomi, menawarkan fungsi dan prestasi pada harga yang lebih mengancam dari Xiaomi sendiri. Mereka telah melancarkan empat peranti di pentas global, bermula dengan Poco F1, diikuti Poco F2 Pro, Poco X3 NFC dan terbaru Poco M3.

Kini Poco memaklumkan mereka mahu memulakan era baru sebagai jenama bebas, setelah melihat kejayaan yang mereka capai. Poco telah menembusi 35 pasaran antarabangsa, dengan jualan lebih dari 6 juta unit telefon pintar di seluruh dunia.

Poco berjanji untuk kekal teguh sebagai jenama berkaitan teknologi, mencipta produk berasaskan maklum balas pengguna dan sentiasa berkembang. Kesemua ini dilakukan dengan sokongan dari komuniti Poco antarabangsa.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Poco ini, mereka tidak menyebut tentang kebebasan dari Xiaomi. Dalam hal ini, langkah Poco sebagai jenama bebas agak samar dan tidak jelas. Sama ada mereka mahu berjalan sendiri tanpa Xiaomi, atau hanya dalam beberapa aspek sahaja.

Tiada lagi logo Xiaomi di telefon pintar Redmi

Ini kerana Xiaomi pernah mengumumkan perkara yang hampir serupa, untuk jenama Redmi. Pada awal 2019, Xiaomi menyatakan bahawa Redmi diumumkan sebagai jenama berasingan dari Xiaomi. Tetapi ia hanya menonjolkan nama Redmi yang lebih besar, dengan penjualan dan pemasaran masih diuruskan oleh Xiaomi.

Poco pada awalnya, melancarkan Poco F1 sebagai peranti pembunuh flagship, dengan rekaan serba baru yang tidak digunakan di mana-mana telefon pintar Xiaomi. Tetapi model selepas itu, Poco F2 Pro dan Poco X3 NFC dikitar dari telefon pintar Redmi. Poco M3 yang baru dilancarkan pula, dikatakan datang dari telefon Redmi 10 yang akan dilancarkan kemudian.

Agak mengecewakan jika Poco mahu bergerak bebas tetapi masih mengitar rekaan telefon Xiaomi, seperti dilakukan oleh Realme dan Oppo. Poco F1 semasa dilancarkan mendapat sambutan hangat sehingga timbul kempen #BaikBeliPoco kerana keaslian rekaan, prestasi tinggi dan harga yang sangat murah.

BACA  AirPods Pro edisi Tahun Baru Cina, fungsi sama tetapi tampil lebih eksklusif

Tetapi jika benar Poco mahu mencipta produk berdasarkan maklum balas peminat, diharapkan ia akan membuat rekaan serba baru, selain mengekalkan pretasi tinggi dengan harga lebih rendah dari yang lain. Permintaan yang agak tinggi tetapi Poco pernah membuktikannya ia boleh dilakukan semasa Poco F1 dahulu.

[Sumber: Poco]