• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelancaran Xiaomi 15 Pro dalam bulan Oktober 2024? Ini rupa parasnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:41 am
  • 14/10/2024
  • Komen
Xiaomi 15 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Maklumat tentang Xiaomi 15 Pro yang akan dilancarkan tak lama lagi mula menular. Antaranya adalah gambar-gambar janaan 3D siri flagship Xiaomi tahun 2025 yang akan menemui pengguna. Tarikhnya belum konkrit, walau bagaimanapun, khabar angin bertiup kencang yang 20 Oktober 2024 adalah hari pelancaran Xiaomi 15 Pro dalam pasaran China.

𝗘𝗫𝗖𝗟𝗨𝗦𝗜𝗩𝗘: Here is a comprehensive look at the renders of the upcoming Xiaomi 15 Pro in collaboration with @Smartprix.

Featuring a triple camera set-up in square camera deco with four circles and flash outside of the deco. pic.twitter.com/9S1SZDVlO9

— Kartikey Singh (@That_Kartikey) October 4, 2024

Imej janaan 3D Xiaomi 15 Pro

Secara kasar, rekaan Xiaomi 15 Pro tidak banyak perubahan berbanding Xiaomi 14 Pro. Ciri ketara adalah pulau kamera di penjuru kiri yang menempatkan 4 buat kamera diperkasa Leica. Kelihatan juga bahagian sisi yang sedikit melengkung yang mencadangkan telefon ini tidak berbadan kekotak tajam.



Xiaomi 15 Pro

Dalam satu utusan di Weibo, VP Xiaomi Wang Xiaoyan dikesan menggunakan telefon yang dipercayai Xiaomi 15 Pro berdasarkan kedudukan lampu flash yang tidak sama dengan Xiaomi 14 Pro.

VP Xiaomi dipercayai menggunakan Xiaomi 15 Pro
VP Xiaomi dipercayai menggunakan Xiaomi 15 Pro

Spesifikasi Xiaomi 15 Pro

Perlu diingatkan yang untuk siri lepas, pasaran kita tidak menerima varian Pro sebaliknya yang ditawarkan di Malaysia ialah Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra. Walau bagaimanapaun, spesifikasi Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Pro tak banyak beza, jadi bolehlah kita jangkakan apakah spesifikasim model yang akan masuki pasaran kita kelak.



Xiaomi 14 Malaysia: telefon flagship kompak gempak, ada percuma jam pintar

Xiaomi 15 Pro dikatakan diperkasa Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 yang dipadankan bersama-sama RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB. Di bahagian muka, panel paparan AMOLED 6.78” digunakan dengan resolusi 2K. Untuk pengimjean, ia ada tiga kamera belakang iaitu kombinasi kamera utama 50MP, kamera ultralebar 50MP, dan kamera tele-makro 50MP (3.5x) 50MP. Ia juga ada satu kamera selfie 32MP.

Untuk bateri, Xiaomi 15 Pro dilengkapi bateri 6,000mAh dengan pengecasan berkabel 90W dan pengecasan wayarles 80W.

Sebagai perbandingan, Xiaomi 14 dahulu miliki spesifikasi hampir serupa terutamanya di bahagian kamera. Ia masuki Malaysia dalam bulan Mac 2024 pada harga bermula RM3,499.

Sumber: Smartprix

Tags: xiaomixiaomi 15
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Xiaomi 15 Pro

Pelancaran Xiaomi 15 Pro dalam bulan Oktober 2024? Ini rupa parasnya

14 October 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER