• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 14 Malaysia: telefon flagship kompak gempak, ada percuma jam pintar

  • OLEH Najib
  • 12:40 pm
  • 07/03/2024
  • Komen
Xiaomi 14 Malaysia: telefon flagship kompak gempak, ada percuma jam pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak sampai dua minggu selepas dilancarkan di MWC 2024 di Barcelona, Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon flagship terbaru mereka, Xiaomi 14. Ia mengekalkan kerjasama dengan pakar kamera Leica dan dikuasakan cip terbaik masakini, Snapdragon 8 Gen 3.

Xiaomi 14 dilancarkan serentak dengan telefon pintar Xiaomi 14 Ultra yang lebih perkasa, bersama beberapa peranti lain iaitu Xiaomi Smart Band 8 Pro, Xiaomi Watch 2 dan Xiaomi Watch S3.



Harga dan Promosi Xiaomi 14

Xiaomi Malaysia akan menjual Xiaomi 14 mulai 22 Mac 2024. Dua varian boleh dibeli di Malaysia dengan harga rasmi berikut:

  • Xiaomi 14 (RAM 12GB+ Storan 256GB) – RM3,499
  • Xiaomi 14 (RAM 12GB+ Storan 512GB) – RM3,999

Peminat setia Xiaomi pasti mengetahui, Xiaomi akan memberikan tawaran luar biasa untuk tempahan awal. Untuk Xiaomi 14, tempahan awal dibuka dsri 8 Mac sehingga 21 Mac, memberikan pembeli hadiah percuma bernilai RM1647 iaitu:



  • Jam Pintar Xiaomi Watch S3 (bernilai RM 699)
  • Langganan storan awan Google One 100GB selama 6-bulan (bernilai RM 50.94)
  • Jaminan lanjutan 1+1 tahun (bernilai RM 599)
  • 1 kali penggantian skrin percuma dalam 6 bulan pertama (bernilai RM299)

Selepas itu, mulai 22 Mac pula pembeli akan mendapat hadiah berupa:

  • Kotak hadiah Xiaomi 14 (barnilai RM399)
  • Langganan storan awan Google One 100GB selama 6-bulan plan (bernilaiRM 50.94)
  • Jaminan lanjutan 1+1 tahun (bernilai RM 599)
  • 1 kali penggantian skrin percuma dalam 6 bulan pertama (bernilai RM299)

Semua hadiah percuma ini diberikan selagi stok masih ada.

Saiz Kompak, Prestasi Gempak

Mengekalkan saiz kompak seperti model sebelumnya, Xiaomi 14 datang bersama skrin sebear 6.36-inci sahaja, berbeza dengan kebanyakan telefon pintar lain yang memiliki skrin lebih 6.7-inci. Walaupun kecil, skrin ini tetap berada di tahap flagship.

Ia merupakan skrin CrystalRes AMOLED 1.5K (2670×1200) 120Hz LTPO, bermakna kadar penyegarannya boleh pergi serendah 1Hz dan pantas sehingga 120Hz untuk penjimatan tenaga lebih cekap. Ia juga memiliki kecerahan puncak setinggi 3,000nits, antara tertinggi di telefon pintar. Lapisan atas skrin dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus.

Prestasi juga di tahap tertinggi untuk Xiaomi 14. Ia menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 4nm terbaru. Ia diperkasakan lagi dengan penggunaan RAM LPDDR5X sebesar 12GB, serta storan terpantas UFS 4. sehingga 512GB.

Kamera Leica Summilux Generasi Terbaru

Kerjasama Xiaomi dan paka kamera Leica diteruskan lagi di Xiaomi 14 dan kini ia dilengkapi teknologi kamera Leica Summilux generasi baru. Terdapat tiga kamera di belakang iaitu kamera utama 50MP F1.6 23mm, menggunakan sensor Light Fusion 900.

Kamera kedua pula adalah kamera ultra lebar 50MP F2.2 14mm dengan sudut pandang seluas 115-darjah. Kamera ketiga dan lebih menarik adalah kamera telefoto ‘terapung’ 50MP F2.0 75mm. Pengguna akan dapat menggunakan dua gaya istimewa Leica di kamera Xiaomi 14 iaitu Leica Authentic Look dan Leica Vibrant Look.

Pengecas pantas, wayar dan wayarles

Untuk saiz yang kecil, bateri berkapasiti 4,610mAh di dalam Xiaomi boleh dikatakan agak besar. Xiaomi juga memasang sistem pengecas baru iaitu HyperCharge 90W untuk sambungan berwayar USB-C, serta wireless HyperCharge 50W untuk mengecas tanpa wayar.

Selain itu, Xiaomi 14 turut menyokong teknologi terbaru WiFi 7, bersama Bluetooth 5.4 serta NFC. Ia datang bersama sistem bunyi stereo dan diiktiraf Dolby Atmos. Telefon ini juga kalis air dan debu IP68.

Sistem Operasi Serba Baharu

Xiaomi 14 menjadi peranti pertama Xiaomi di peringkat antarabangsa dikuasakan sistem operasi terbaru, Xiaomi HyperOS. Xiaomi 14 juga dijamin akan menerima sehingga 4 kemaskini OS bersama 5 tahun kemaskini keselamatan. Xiaomi turut memberikan langganan Google One 100GB percuma selama 6-bulan, serta YouTube Premium percuma selama 3-bulan untuk pengguna Xiaomi 14.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Xiaomi 14 iaitu hitam, hijau dan putih. Untuk mengenali dengan lebih lanjut, layari laman produk Xiaomi 14.

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi 14 Ultra Malaysia: Kamera Leica super hebat, pesaing Galaxy S24 Ultra
  • [MWC 2024] Xiaomi 14 kekal kompak, prestasi gempak dengan kamera Leica terapung
  • [MWC 2024] Xiaomi 14 Ultra, empat kamera Leica bergabung dengan HyperOS
  • Xiaomi 13 dan 13 Pro dilancar dengan Google One Premium 2TB percuma, akan tiba ke Malaysia
Tags: leicaxiaomiXiaomi 14
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Xiaomi 14 Malaysia: telefon flagship kompak gempak, ada percuma jam pintar

Xiaomi 14 Malaysia: telefon flagship kompak gempak, ada percuma jam pintar

7 March 2024
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN