• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

BYD M6 Malaysia: MPV 7 tempat duduk lebih murah daripada Proton X90

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:19 pm
  • 15/10/2024
  • Komen
BYD M6 Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

BYD Malaysia hari ini telah lancarkan sebuah MPV elektrik pertama daripada jenama itu pasaran kita. BYD M6 terus menjadi MPV elektrik 7 tempat duduk paling mampu milik. Jelas ia mensasarkan untuk pengguna berkeluarga terutamanya untuk musim Hari Raya dan Tahun Baru Cina 2025 nanti.

BYD M6 Malaysia

Harga jualan BYD M6 di Malaysia

BYD M6 ditawarkan dalam 2 varian untuk pasaran kita iaitu BYD M6 Standard dan BYD M6 Extended. Berikut adalah harga jualannya:



  • BYD M6 Standard – RM109,800
  • BYD M6 Extended – RM123,800
BYD M6 Malaysia

300 pembeli terawal BYD M6 Extended akan terima Home Charger percuma sementara 100 pembeli terawal sebarang varian akan terima kredit mengecas Gentari bernilai RM800.

Setiap BYD M6 dilindungi jaminan:



  • 6 tahun atau 150,000km untuk kereta
  • 7 tahun atau 160.000km dengan SOH atas 70% untuk bateri
  • 8 tahun atau 150,000km untuk unit pemacu

Harga BYD M6 adalah menarik kerana bersaing dengan model-model ICE dengan sangat hebat. Antara yang boleh akan ia berdepan adalah seperti:

  • Mitsubishi Expander – RM109,980
  • Proton X90 – bermula RM123,800
  • Toyota Veloz – RM95,000
  • Toyota Innova – bermula RM138,8800

Spesifikasi BYD M6

Bahagian depan BYD M6 katanya diinspirasikan daripada muka naga namun ia mengingatkan saya pada muka depan Proton Exora. Sebagai sebuah kereta keluarga, M6 menumpukan pada ruang boleh guna yang luas, sehingga 580L apabila kerusi bahagian penumpang belakang dilipat.

BYD M6 Malaysia

Bermula dengan varian Standard, MPV ini diberikan motor elektrik 120kW (161hp) dengan tork separas 310Nm. Ia memecut ke 100km/j dalam masa 10.1 saat. Berbekalkan bateri 55.4kWh, jarak kembara yang dimilikinya adalah 420km (NEDC). Ia menerima arus DC pada paras 89kW dab AC paras 7kW.

BYD M6 Malaysia

Selain daripada motor yang kurang kuasa dan bateri lebih kecil, ada beberapa lagi kekurangn varian Standard berbanding Extended. Pertama sekali adalah ia tiada sunroof dan yang kedua ia tiada pad pengecas wayarles 15W untuk telefon. Suite ADAS yang ia ada juga tiada beberapa ciri seperti AEB, ICC, FCW/RCW, BSD, dan LDA.

Buat pembeli varian Extended, anda terima motor yang lebih berkuasa, pada 120kW (201hp) dengan tork 310Nm. Pecutan abad mengambil masa 8.6s dengan jarak kembara 530km (NEDC) berbekalkan bateri berkapasiti 71.8kWh.

Bahagian dalam, anda boleh temukan skrin ikonik BYD iaitu skrin boleh kilas sebesar 12.8” yang menyokong Apple Carplay dan Android Auto. Odometer pula adalah campuran analog dan digital di bahagian tengah. Kerusi pemandu varian Extended juga ada motor elektrik untuk penyesuaian dilakukan pemandu.

Kalau anda nak tengok kereta ni depan-depan datang ke Dataran Karnival Stadium Shah Alam antara 18 hingga 20 Oktober 2024 ini.

Tags: BYDbyd m6EVMPVmpv elektrik
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
BYD M6 Malaysia

BYD M6 Malaysia: MPV 7 tempat duduk lebih murah daripada Proton X90

15 October 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER