Dibawakan oleh HONOR
Ini dia foldable paling nipis, ringan, dan pintar daripada HONOR. Magic V3 sarat dengan spesifikasi flagship dari tiga kamera belakang beresolusi tinggi, cip Snapdragon 8 Gen 3, bateri 5,150mAh terbesar dalam kelasnya, dan banyak lagi. Semua manfaat dalam pakej seperti sebuah telefon candybar. Kenapa anda masih belum berhijrah ke foldable terbaik tahun 2024 daripada HONOR? Tonton untuk maklumat lanjut.
Honor Magic V3 ternipis dalam kelasnya
Honor Magic V3 adalah telefon boleh lipat paling nipis dalam kelasnya. Dalam keadaan terlipat, ketebalannya cuma 9.2mm tanpa mengira bonjolan kamera yang dimiliknya. Rekod sebelum ini dipengang oleh Magic V2 9.9mm.
Ia malahan lebih ringan berbanding Magic V2 (226g vs 231g). Sebagai perbandingan Samsung Galaxy Z Fold 6 mempunyai ketebalan 12.1mm dalam keadaan terlipat dan seberat 238g.
Spesifikasi skrin luar dan dalam Magic V3 didapati sama sahaja dengan Magic V2. Di bahagian luar, Honor Magic V3 ada paparan luar 6.43” 120Hz FHD+ OLED berkecerahan 5,000nits. Resolusi paparan dalam yang dimilikinya ialah 2376 x 1050.
Apabila dibuka, anda beroleh skrin lebih luas berukuran 7.92” FHD+ LTPO OLED pada resolusi 2344 x 2156. Untuk generasi kali ini, Honor membawa masuk stailus rasmi, jadi anda boleh pertingkatkan tahap produktiviti apabila menggunakan Honor Magic V3.
Honor Magic V3 dengan Harcourt Portrait Mode
Honor Magic V3 membawakan perubahan pada rekaan kamera belakang. Berbanding diletakkan di penjuru kiri telefon, kamera kini terletak di bahagian tengah dalam modul berbentuk oktagon.
Untuk kamera utama telefon ini dilengkapi sensor 50MP F1.6, diikuti kamera telefoto 3.5x zum optila 50MP dan akir sekali kamera ultralebar 40MP. Kamera depan Magic V3 diberikan sensor 20MP dan mampu merakam video dalam resolusi 4K.
Pembaharuan yang dibawa Honor pada kali ini adalah mereka memasukkan Harcourt Portrait Mode yang diwarisi dadripada Honor 200 ke dalam telefon boleh lipat ini.
Honor Magic V3 ditawar dengan RAM 12GB
Atas papan utama, Honor Magic V3 dikuasakan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 yang digandingkan bersama RAM 12GB serta storan 512GB. Sebagai perbandingan, Honor Magic V2 dahulu mengguna pakai Snapdragon 8 Gen 2 dan varian terendah sewaktu itu hanya ada RAM 16GB dan apabila masuki Malaysia, harganya ketika itu adalah RM6,999.
Walaupun kian menipis, kapasiti bateri tidak pula terjejas. Honor berjaya memasukkan bateri berkapasiti 5,150mAh ke dalam telefon ini menggunakan teknologi Silicon-carbon Battery.
HONOR AI dikuasakan Google Cloud
Sejurus keluar kotak, Honor Magic V3 menjalankan sistem operasi MagicIS 8.0.1 berasaskan Android 14. Sistem operasi kali ini banyak dimasukkan ciri-ciri AI berasaskan Google Cloud.
Salah satu fungsi menarik adalah AI Face to Face Translation kerana ia menyokong Bahasa Melayu. Sebagai perbandingan, fungsi Live Translator pada Samsung Galaxy AI tidak menyokong Bahasa Melayu.
Magic Portal juga telah ditambah baik. Fungsi knucle screeshot kini boleh digunakan bersama Magic Portal. Contohnya, hasil tangkap layar boleh terus dileretkan kepada Magic Portal untuk arahan tambahan.