• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Meta AI akan datang ke Malaysia dan sokong lebih banyak bahasa

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:11 pm
  • 16/10/2024
  • Komen
Meta AI akan datang ke Malaysia dan sokong lebih banyak bahasa
Share on FacebookShare on Twitter


Meta, syarikat induk kepada Facebook telah mengumumkan Meta AI akan tersedia di lebih banyak negara dan bahasa. Menurut Meta, fungsi Meta AI akan ditawarkan di 21 negara di seluruh dunia termasuklah Malaysia, dengan permulaannya akan diberikan di enam negara. Ia adalah United Kingdom (UK), Brazil, Bolivia, Guatemala, Paraguay dan Filipina.

Kemudian pada masa akan datang, Meta AI akan dilancarkan di negara Timur Tengah dan Asia. Ini termasuk seperti negara Algeria, Mesir, Indonesia, Iraq, Jordan, Libya, Malaysia, Morocco, Arab Saudi, Sudan, Thailand, Tunisia, United Arab Emirates, Vietnam and Yemen



Bagi sokongan bahasa, dalam kemas kini terbaru, Meta memaklumkan Meta AI akan ditambah beberapa sokongan bahasa lain bermula dengan Tagalog, dan diikuti dengan bahasa Arab, Indonesia, Thai dan Vietnam pada minggu akan datang. Walau bagaimanapun, tiada sokongan untuk bahasa Melayu yang diberikan buat masa ini.

Dengan pemakluman terbaru ini, Meta AI akan boleh diakses di 43 buah negara dengan lebih banyak sokongan bahasa. Meta turut mengatakan mereka kini ada hampir 500 juta pengguna aktif dan berada di landasan yang tepat untuk menjadi pembantu AI paling banyak digunakan menjelang akhir tahun ini.



Sekiranya anda terlepas, Meta AI dilancarkan pada September 2023 dan merupakan pembantu maya AI yang dibangunkan berasaskan model bahasa tercanggih Meta, iaitu Meta Llama 3. Penggunaannya diintegrasikan ke dalam semua produk Meta termasuk Facebook, Instagram, WhatsApp, dan Messenger.

Anda boleh aksesnya dengan menekan ikon Meta AI atau menaip “@Meta AI” semasa dalam chat, atau boleh aksesnya melalui laman web meta.ai jika ia tersedia nanti. Selain itu, Meta AI juga mampu untuk menjana imej AI dan mengedit semula imej yang telah dijana.

Dalam kenyataan yang sama, Meta turut memaklumkan mereka telah melancarkan Meta AI pada cermin mata Ray-Ban Meta di UK dan Australia, dengan sokongan melalui suara sahaja di untuk peringkat awal di UK.

Sebelum ini pada bulan Julai 2024, Meta telah memberikan akses Meta AI kepada 22 negara di Amerika Latin seperti Argentina, Chile, Colombia dan banyak lagi. Buat masa ini, selain daripada tambahan bahasa terkini, Meta AI sokong untuk digunakan dalam bahasa Inggeris, Perancis, Hindi, Itali, Portugis and Sepanyol.

[Sumber: Meta]

Bacaan berkaitan

  • Meta AI sertai arena chatbot lawan Gemini, ChatGPT, dan Copilot
  • Meta Quest 3S gogal mixed reality harga bawah RM1,300
  • Facebook, Instagram dan FB Messenger terjejas, tidak boleh digunakan atau daftar masuk
Tags: Facebookmetameta ai
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Meta AI akan datang ke Malaysia dan sokong lebih banyak bahasa

Meta AI akan datang ke Malaysia dan sokong lebih banyak bahasa

16 October 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER