• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Meta Quest 3S gogal mixed reality harga bawah RM1,300

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:51 am
  • 26/09/2024
  • Komen
Meta Quest 3S gogal mixed reality harga bawah RM1,300
Share on FacebookShare on Twitter

Meta di acara Connect telah mengumumkan Meta Quest 3S, set kepala mixed reality paling mampu milik daripada syarikat itu. Ia adalah versi lite kepada Meta Quest 3 dengan beberapa penyesuaian komponen untuk memungkin harga jualan lebih rendah. Nampaknya, Meta ingin memberi fokus pada pengguna “berbajet ketat” untuk produk ini.

Perbandingan Meta Quest 3S dengan Meta Quest 3

Sebenarnya, Meta Quest 3S berkongsi banyak persamaan dengan Meta Quest 3. Berikut adalah ringkasannya.



  • Kedua-dua model menggunakan SoC Snapdragon XR2 Gen 2, jadi jangkakan prestasi hampir sama antara kedua-duanya.
  • Alat kawalan Touch Plus juga digunakan oleh Meta Quest 3S.
  • Meta Quest 3S miliki resolusi paparan lebih rendah untuk setiap mata (1832×1920 vs. 2064 x 2208) dan lensa optiknya adalah jenis Fresnel yang lebih ekonomi.
  • POV Meta Quest 3S lebih sempit pada 96°/90° sementara Meta Quest 3 pada 104°/96°.
  • Pilihan storan dalam Meta Quest 3S adalah bermula 128GB manakala Meta Quest 3 adalah 512GB.
  • Hayat bateri Meta Quest 3S lebih panjang pada 2.5 jam (2.2 jam pada Quest 3)

Meta Quest 3S terima kemas kini Meta Horizon OS

Sejurus keluar kotak, Meta Quest 3S menjalankan sistem operasi Meta Horizon OS versi 2024 yang telah ditambah baik. Pembangunnya telah mengoptimumkan sistem operasi ini untuk spatial computing dan juga beberapa aplikasi popular lain seperti YouTube dan Facebook.

Ciri Passthrough juga telah ditambah baik yang katanya berikan rona visual lebih baik dan tahap kontras lebih tinggi untuk keselesaan pemakai yang melihat kandugnan realiti dan kandungan maya secara serentak. Permainan seperti Batman: Arkham Shadow katanya berjalan lebih pantas pada segi waktu loading malah kualiti imej juga lebih baik.



Harga Meta Quest 3S

Harga Meta Quest 3S untuk pasaran Amerika Syarikat (A.S) adalah USD299 (~RM1,240) untuk varian 128GB manakala varian 256GB ditawarkan pada harga USD400 (~RM1,660). Meta turut mengumumkan penurunan harga Meta Quest 3 daripada USD650 kepada USD500 (~RM2,070).

Produk Meta Quest tidak dijual di Malaysia secara rasmi. Namun, pihak ketiga ada membawa masuk Meta Quest daripada luar pada pelbagai harga. Sekiranya anda ingin rasai headset mixed reality, Pico 4 Ultra ada ditawarkan di Malaysia pada harga RM2,799.

Anda boleh dapatkan Pico 4 Ultra di Shopee pada harga RM2,579 ataupun di Lazada pada harga RM2,699 dengan baucar tertentu.

Bacaan berkaitan

Pico 4 Ultra Malaysia: Alternatif Apple Vision Pro yang tak rabak poket

Tags: metameta questmeta quest 3meta quest 3s
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Meta Quest 3S gogal mixed reality harga bawah RM1,300

Meta Quest 3S gogal mixed reality harga bawah RM1,300

26 September 2024
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN