• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Terbang dengan Sonic! AirAsia x SEGA sedia penerbangan bertema permainan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:19 pm
  • 16/10/2024
  • Komen
Terbang dengan Sonic! AirAsia x SEGA sedia penerbangan bertema permainan
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia dan SEGA, menerusi subsidiarinya ATLUS, mengumumkan kerjasama yang membawakan imej kartun permainan digital ikonik terus ke kapal terbang peneraju penerbangan tambang murah ASEAN itu. Sebanyak dua francais ikonik telah dipilih iaitu Sonic the Hedgehog dan Persona 5.

Dua kapal terbang AirAsia akan menggunakan livery berwarna warni bertemakan dua IP yang disebutkan tadi. Pesawat Airbus 330 (9M-XXU) akan membelah awan dengan imej Sonic the Hedgehog sementara pesawat Airbus A320 (9M-AFF) memperagakan tema Persona 5.



Kedua-dua pesawat ini akan terbang ke laluan-laluan servis AirAsia, lebih 100 destinasi semuanya. Antara lokasi yang akan dilawati adalah Bangkok, Tokyo, Seoul, Taipei, Shanghai, dan Sydney.

Kalau dua unit sahaja kapal terbang yang ada tema kartun, kapal terbang lain bagaimana? Penumpang masih berpeluang untuk merasai tema kartun itu. AirAsia ada sediakan santapan dalam kapal terbang bertemakan Sonic dan Persona 5. Contohnya, penumpang akan makan kek Sonic’s Golden Ring dan mereka juga boleh beli cenderahati seawal 2025.



Kek berperisa campuran mangga dan lemon ini boleh ditempah di semua penerbangan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dan AirAsia X Malaysia (kod penerbangan D7) pada harga RM13 setiap satu. Dalam kombo tersebut, selain kek berpersia buah, anda turut akan terima minuman bergas berperisa Yuzu.

Tags: AirAsiasonic the hadgehog
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Terbang dengan Sonic! AirAsia x SEGA sedia penerbangan bertema permainan

Terbang dengan Sonic! AirAsia x SEGA sedia penerbangan bertema permainan

16 October 2024
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN