• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan YouTube Premium Lite kini kembali diuji semula Google

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:49 pm
  • 18/10/2024
  • Komen
Youtube kini berikan kualiti video lebih baik untuk pelanggan Premium & beberapa ciri menarik lain
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda rasa langganan YouTube Premium terlalu mahal, mungkin anda akan ada pilihan yang lebih mampu milik pada masa depan. Ini setelah terdapat laporan terbaru mendedahkan bahawa Google disahkan menguji semula pelan Premium Lite, iaitu pelan yang pernah mereka batalkan pada hujung 2023 dan dikesan diuji seawal tahun 2021.

Menurut sumber, Google mengesahkan kepada mereka ujian versi berbeza pelan Premium Lite sedang dijalankan Google di tiga buah negara, iaitu Australia, Jerman dan Thailand. Jadi, beberapa pengguna dari tiga buah negara ini mungkin akan melihat pilihan untuk melanggan Premium Lite.



Untuk pengetahuan anda, pelan Premium Lite ini merupakan pelan Premium dengan harga separuh lebih murah dengan menawarkan penstriman YouTube tanpa iklan. Tetapi tidak memiliki ciri lain di langganan Premium seperti main video di latar belakang, akses YouTube Music dan muat turun video untuk tontonan luar talian.

Seorang pengguna Threads di Australia ada menjumpai pilihan langganan Premium Lite di laman web YouTube-nya. Berdasarkan tangkap layar yang diberikan, langganan Premium Lite ini berharga AUD8.99/bulan dan memaparkan iklan dalam kuantiti terhad dan bukannya tiada iklan sepenuhnya seperti langganan Premium.



Bagaimanapun, masih tidak pasti sama ada pelan Premium Lite ini akan diperkenalkan ataupun tidak, kerana ia hanya dalam fasa percubaan buat masa ini. Sebelum ini, pelan Premium Lite dilancar di beberapa negara Eropah seperti Belgium, Denmark, Finland dan Luxembourg, sebelum Google menghentikannya pada Oktober 2023, dua tahun selepas pengenalannya.

Pelan ini dilancarkan di Eropah sekitar EUR6.99 (~RM32) sebulan. Walaupun nampak mahal, ia adalah separuh harga daripada pelan individu Premium yang kini berharga EUR14 di pasaran Eropah.

Sebagai perbandingan, pelan individu Premium di Malaysia pada hujung September boleh dilanggan pada harga RM20.90 sebulan, iaitu peningkatakan RM3. Pelan lain seperti Family dan Student juga mengalami peningkatan dan kini boleh dilanggan pada harga berikut:

  • YouTube Premium Family – RM41.90/bulan
  • YouTube Premium Student – RM12.90/bulan

Peningkatan harga pada bulan September adalah kenaikan buat kali kedua untuk tahun ini, dengan kali pertamanya dilakukan pada bulan Mei 2023. Pada ketika itu, pelan YouTube Premium Family naik daripada RM26.90 kepada RM33.90.

[Sumber: Android Authority]

Bacaan berkaitan

  • YouTube Shorts sokong video 3 minit bermula 15 Oktober 2024
  • YouTube Premium naik harga, kali kedua dalam tempoh 2 tahun
  • YouTube Premium Murah di Malaysia? Ini cara dapatkan harga terbaik
Tags: GoogleYouTubeYouTube Premiumyoutube premium lite
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Youtube kini berikan kualiti video lebih baik untuk pelanggan Premium & beberapa ciri menarik lain

Pelan YouTube Premium Lite kini kembali diuji semula Google

18 October 2024
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN