• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung & Sunway Medical Centre lancar program kesihatan dikuasakan Galaxy Watch 7

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:47 pm
  • 18/10/2024
  • Komen
Samsung & Sunway Medical Centre lancar program kesihatan dikuasakan Galaxy Watch 7
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia mengumumkan kolaborasi bersama Sunway Medical Centre untuk lancarkan program kesihatan yang dinamakan ‘Time to Move’. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan lagi kesedaran orang ramai tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan membantu mereka untuk mencapai matlamat kecergasan menjelang Januari 2025.

Menurut Samsung, lebih daripada 200 orang telah mendaftar dalam program dan 60 peserta telah pun disenarai pendek dan akan memulakan perjalanan mereka dalam program ini. Program ‘Time to Move’ ini akan diadakan selama 90 hari ini dan berlangsung bermula 19 Oktober 2024.



Dengan kolaborasi Samsung, peserta dalam program akan disediakan dengan jam pintar Galaxy Watch 7. Jam pintar tersebut akan digunakan untuk tujuan pemantauan aktiviti harian, tahap kalori terbakar, komposisi badan, tekanan darah dan kualiti tidur peserta semasa program berjalan. Selain jam pintar, bimbingan daripada pihak perubatan profesional Sunway Medical Centre kepada peserta.

Melalui Samsung Health, peserta turut akan diberikan cabaran untuk menjalani aktiviti fizikal dan perlu mencapai markah tidur yang disasarkan. Ianya bertujuan untuk mengekalkan motivasi peserta sepanjang tempoh program berlangsung.



Selain itu, semasa program berjalan, peserta dikehendaki menghantar screenshot cabaran bulanan mereka serta menghadiri taklimat yang diadakan pihak profesional bagi membantu mereka mencapai sasaran kecergasan. Gambar makanan yang diambil dan senaman juga perlu dikongsi dalam kumpulan WhatsApp untuk memotivasikan peserta lain.

Program 90 hari ini direka untuk individu berumur 18 tahun dan ke atas yang berhasrat untuk menambah baik kesihatan mereka dan tidak mengambil sebarang ubat dalam jangka panjang. Untuk sertainya, peserta perlulah menjalani ujian kesihatan seperti ujian komposisi badan dan darah bagi menentukan tahap kesihatan seseorang dan dijalankan di Sunway Wellness Centre.

Di hujung program, pemeriksaan akhir akan dilakukan ke atas peserta untuk melihat sejauh mana perbezaan yang diperoleh peserta. Pemenangnya akan diumumkan pada 18 Januari 2025. Kriteria pemenang akan ditentukan berdasarkan penurunan berat badan, kiraan langkah, lemak terbakar, tahap kolestrol dan penyertaan kecergasan aktif dalam kumpulan.

Yang menariknya, mereka yang peroleh markah 70% dan ke atas akan dapat menyimpan Galaxy Watch 7 yang digunakan dan berpeluang untuk menang hadiah seperti Galaxy Z Flip 6, serta percutian untuk 2 orang selama 3 hari dua malam di The Banjaran Hotsprings Retreat dan Lost World of Tambun.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan Galaxy Watch 7, ia boleh dibeli dalam beberapa varian dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:

  • Galaxy Watch 7 44mm (LTE) – RM1,599
  • Galaxy Watch 7 40mm (LTE) – RM1,499
  • Galaxy Watch 7 44mm (BT) – RM1,299
  • Galaxy Watch 7 44mm (BT) – RM1,199

Pembelian boleh dibuat melalui stor rasmi Samsung di Lazada dan Shopee.

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh layari laman web Sunway Medical Centre’s Time to Move.

Tags: galaxy watch 7samsungSamsung galaxy watch 7samsung malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Samsung & Sunway Medical Centre lancar program kesihatan dikuasakan Galaxy Watch 7

Samsung & Sunway Medical Centre lancar program kesihatan dikuasakan Galaxy Watch 7

18 October 2024
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER