• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Google

Google Flight perkenal tab ‘Cheapest’, tawarkan alternatif penerbangan termurah

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:46 pm
  • 21/10/2024
  • Komen
Google Flight perkenal tab ‘Cheapest’, tawarkan alternatif penerbangan termurah
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda selalu menggunakan Google Flights, kini Google ada memperkenalkan fungsi baharu padanya yang memudahkan pengguna untuk mendapatkan tiket dengan harga termurah. Dalam pengumuman terbaru, Google memaklumkan mereka telah menambah tab baharu bernama ‘Cheapest’ ke dalam fungsi Google Flights.

Tab itu akan memaparkan lebih banyak pilihan tiket penerbangan pada harga lebih murah, dengan ianya direka bagi membantu pelancong yang lebih mengutamakan penjimatan berbanding keselesaan.



Selalunya, carian biasa di Google Flights menunjukkan pilihan seimbang antara keselesaan dan harga di tab ‘Best’. Tetapi tab ‘Cheapest’ akan mengumpulkan alternatif paling murah merentasi beberapa laman web tempahan pihak ketiga dan syarikat penerbangan untuk membolehkan pengguna peroleh tawaran yang paling murah.

Untuk mengaksesnya, tab baharu ini akan terdapat bersebelahan dengan tab ‘Best’ sedia ada. Namun, perlu untuk dinyatakan pilihan di bawah tab ‘Cheapest’ ini mungkin memerlukan perancangan lebih kreatif kerana ia akan melibatkan pembelian tiket berbeza, pertukaran lapangan terbang serta tempoh layover yang lebih panjang.



Oleh itu, jika penjimatan adalah lebih penting berbanding keselesaan bagi anda, pilihan baharu ini membolehkan anda untuk melihat harga penerbangan terendah dengan menyesuaikan perjalanan penerbangan.

Sekiranya anda masih tidak nampak tab ‘Cheapest’ ini lagi, jangan risau kerana ia akan dilancarkan secara berperingkat di pasaran global dalam masa dua minggu.

[Sumber: Google]

Bacaan berkaitan

  • Pixel 9 Pro akhirnya dijual di Malaysia, siap dengan potongan harga
  • Pelan YouTube Premium Lite kini kembali diuji semula Google
  • YouTube Shorts sokong video 3 minit bermula 15 Oktober 2024
Tags: Googlegoogle flight
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Google Flight perkenal tab ‘Cheapest’, tawarkan alternatif penerbangan termurah

Google Flight perkenal tab ‘Cheapest’, tawarkan alternatif penerbangan termurah

21 October 2024
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN