• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Periksa OPPO AI Studio Reno 12 F 5G anda untuk filter Venom

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:04 pm
  • 21/10/2024
  • Komen
Periksa OPPO AI Studio Reno 12 F 5G anda untuk filter Venom
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan filem Venom: The Last Dance yang akan ditayangkan di Malaysia pada 24 Oktober 2024 ini, Oppo tidak mahu terlepas peluang untuk menyertai kehangatannya. Oppo mengetengahkan Reno12 F 5G dalam materi promosi mereka dengan satu pertambahan ciri menarik pada AI Studio.

Filter Venom dalam AI Studio Oppo Reno12 F 5G

Sambil menunggun hari tayangan, cuba anda periksa aplikasi AI Studio Oppo Reno12 F untuk filter Venom yang boleh mengubah selfie anda jadi raksasa symbiote. Sekiranya anda masih belum ada telefon Oppo, Reno 12 F 5G ditawarkan pada harga promosi sehingga 31 Oktober 2024. Varian RAM 8GB dan storan 256GB Reno 12 F 5G ditawarkan pada harga RM1,299 sementara varian RAM 12GB dan storan 512GB ditawarkan pada harga RM1,599.



Spesifikasi Oppo Reno12 F 5G

Oppo Reno12 F 5G adalah sebuah telefon dengan paparan sebesar 6.67”. Ia mengguna pakai panel AMOLED beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula setinggi 120Hz. Atas papan utama, telefon ini diperkasa cip pemproses MediaTek Dimensity 6300 dengan kombinasi RAM dan storan sama ada 8GB/256GB ataupun 12GB/512GB.

Di jabatan pengimejan, Reno12F 5G ada tiga buah kamera belakang. Kombinasi kamera yang diguna pakai adalah kamera utama 50MP, kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP. Di bahagian depan, anda boleh gunakan kamera 32MP untuk mengambil gambar selfie.



Sistem bateri berkapasiti 5,000mAh memberikan kuasa kepada semua komponen elektronik telefon ini. Apabila perlu dicas, ia menyokong sistem pengecasan Oppo SuperVOOC 45W.

Anda boleh layari laman rasmi Oppo Reno 12 F 5G untuk maklumat lanjut.

Tags: androidoppoOppo Reno 12 Foppo reno 12 f 5gtelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Periksa OPPO AI Studio Reno 12 F 5G anda untuk filter Venom

Periksa OPPO AI Studio Reno 12 F 5G anda untuk filter Venom

21 October 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER