• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ciri Pantau AFib Samsung Galaxy Watch 7 Kini Aktif di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:12 pm
  • 22/10/2024
  • Komen
Ciri Pantau AFib Samsung Galaxy Watch 7 Kini Aktif di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah mengumumkan ciri notifikasi degupan jantung tidak teratur (IHRN) kini tersedia di aplikasi Samsung Health Monitor di Malaysia bermula hari ini. Ciri ini berfungsi dengan menggunakan kombinasi pemantauan tekanan darah dan Electrocardiogram (ECG) yang ada di siri Galaxy Watch untuk mengesan degupan jantung yang menunjukkan tanda-tanda fibrilasi atrium (AFib).

Jika anda tertanya apakah (AFib), ia adalah gangguan ritma jantung yang berdegup secara abnormal, sama ada tidak teratur ataupun cepat. Ia juga dikenali sebagai Aritmia. Dengan adanya IRHN di siri Galaxy Watch, ia membolehkan pemakai untuk menerima amaran sekiranya jam mengesan berlakunya aktiviti AFib. Kemudian jam akan menggalakkan pemakai untuk lakukan ujian ECG bagi mendapatkan hasil lebih jelas.



Galaxy Watch yang menyokong ciri IRHN

Galaxy Watch 7 dan Galaxy Watch Ultra

Ciri ini akan berjalan di latar belakang menggunakan sensor BioActive yang terdapat di jam Galaxy Watch. Sementara Samsung tidak menyatakan keseluruhan model yang menyokongnya, ia sepatunya disokong Galaxy Watch dengan fungsi ECG dan pemantauan tekanan darah seperti Galaxy Watch 6, Galaxy Watch 7 dan Galaxy Watch Ultra.

Menurut Samsung, aplikasi Samsung Health telah dikembangkan ke 74 pasaran di seluruh dunia, dengan lebih 15 juta pengguna menjejak tekanan darah dan ECG menggunakan Galaxy Watch. Buat pengetahuan anda, fungsi IRHN telah pun mendapat kelulusan Kementerian Keselamatan Makanan dan Dadah Korea (MFDS) serta Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) di Ameria Syarikat.



Baru-baru ini, Samsung dan Sunway Medical Centre juga telah melancarkan program kesihatan ‘Time to Move’, inisiatif untuk tingkatkan kesedaran orang ramai tentang penjagaan kesihatan. Program tersebut menyaksikan penggunaan Galaxy Watch 7 sebagai peranti penjejak kesihatan dan kecergasan seperti tahap kalori terbakar, komposisi badan, tekanan darah dan kualiti tidur peserta.

Promosi jam Galaxy Watch Ultra dan Watch 7

Galaxy Watch 7 dan Galaxy Watch Ultra

Dalam masa sama, Samsung turut mengadakan promosi untuk jam pintar terkini mereka, Galaxy Watch 7 dan Galaxy Watch Ultra. Untuk pembelian sehingga 31 Disember 2024, Samsung menawarkan barangan percuma bernilai RM407 seperti Smart Tags 2, kepala pengecas 15W dan powerbank wayarles, bersama-sama rebat tukar beli RM200 untuk Galaxy Watch Ultra.

Sementara itu, pembeli Galaxy Watch 7 akan disertakan dengan Galaxy Tag 2 bernilai RM149 secara percuma. Berikut adalah harga jualan untuk Galaxy Watch Ultra dan Galaxy Watch 7:

  • Galaxy Watch 7 44mm (LTE) – RM1,599
  • Galaxy Watch 7 40mm (LTE) – RM1,499
  • Galaxy Watch 7 44mm (BT) – RM1,299
  • Galaxy Watch 7 44mm (BT) – RM1,199
  • Galaxy Watch Ultra 47mm (LTE) – RM3,399

Alternatif jam yang ada selain Samsung

Apple Watch Ultra

Selain Galaxy Watch, terdapat beberapa jam pintar lain yang turut ada fungsi seakan IRHN. Apple Watch Series 4 adalah jam pintar pertama yang peroleh kelulusan FDA untuk mengesan AFib, kemudian diikuti dengan Apple Watch Series 5, Watch SE dan Watch Ultra.

Fungsi mengesan AFib juga terdapat di jam Garmin dan ini termasuk model dalam siri Garmin Venu 3, siri Fenix 7 Pro, Quatic 7 Pro dan siri Fenix 8.

[Sumber: Samsung]

Tags: ecgGalaxy Watchgalaxy watch 7galaxy watch ultraIRHNsamsungsamsung galaxy watchSamsung galaxy watch 7Samsung galaxy watch ultrasamsung health monitorsamsung malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Ciri Pantau AFib Samsung Galaxy Watch 7 Kini Aktif di Malaysia

Ciri Pantau AFib Samsung Galaxy Watch 7 Kini Aktif di Malaysia

22 October 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER