• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme GT 7 Pro, telefon Snapdragon 8 Elite pertama yang masuki Malaysia November 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:14 pm
  • 22/10/2024
  • Komen
Realme GT 7 Pro, telefon Snapdragon 8 Elite pertama yang masuki Malaysia November 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Realme hari ini mengumumkan yang mereka akan bawa masuk telefon Snapdragon 8 Elite pertama di Malaysia dalam bulan November 2024 nanti. Model yang mereka maksudkan adalah Realme GT 7 Pro. Teaser tentang model ini telah pun diutuskan beberapa ketika untuk pasaran China dan majlis pelancarannya dikatakan berlaku dalam bulan Oktober 2024.

Untuk pasaran Malaysia pula, carian di pengkalan data SIRIM mengesahkan yang telefon ini sudahpun mendapat perakuan daripada pihak berkuasa pensijilan tersebut.



Realme GT 6: Yang paling berkuasa di Malaysia setakat ini

Sementara menanti ketibaan Realme GT 7 Pro, model Realme yang paling berkuasa boleh anda dapatkan dalam pasaran Malaysia buat masa ini adalah Realme GT 6. Ia ditawarkan pada harga bermula RM2,799.

Digelar pembunuh flagship, Realme GT 6 dikuasakan cip hebat Qualcomm iaitu Snapdragon 8s Gen 3. Kuasanya dipertingkat lagi dengan penggunaan RAM LPDDR5X sehingga 16GB, serta storan UFS4.0 ‘overclock’ sehingga 512GB.



Skrinnya terbaik masakini, jenis AMOLED LTPO dengan sokongan Pro-XDR dan kecerahan sehingga 6,000 nits, tertinggi ada di telefon pintar buat masa ini. Ia juga memiliki ‘DC Dimming’ dan PWM Dimming setinggi 2,160Hz. Pengimbas capjari turut ada di dalam skrin, serta dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus 2.

Realme di Shopee
Realme di Lazada

Ia datang bersama kamera hadapan 32MP di dalam lubang kecil di dahi skrin. Serta tiga kamera belakang iaitu kamera utama 50MP F1.69 dengan sensor Sony LYT-808 OIS, kamera ultralebar 8MP F2.2 dengan sensor Sony IMX355 dan kamera telefoto 50MP F2.0 dengan sensor Samsung S5KJN5.

Bateri di dalamnya lebih besar dari biasa, berkapasiti 5,500mAh. Ia menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 120W berteknologi GaN, berupaya mengisi bateri dari 0 ke 50% dalam masa 10 minit sahaja.

Realme GT 6 menggunakan sistem operasi Realme UI 5.0 berasaskan Android 14. Ia turut dilengkapi sistem bunyi stereo melalui dua speaker, pemancar infra merah dan sensor NFC 360-darjah.

Selain itu, Realme menambah keupayaan Next AI ke dalam Realme GT 6. Antaranya kebolehan AI ini adalah membuang subjek daripada gambar, mengesan lokasi berdasarkan teks dan mempertingkat tangkapan gambar waktu malam.

Terdapat dua warna disediakan untuk Realme GT 6, antara hijau dan perak. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Realme GT 6.

Tags: androidRealmerealme gt 7 prosnapdragon 8 elite
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Realme GT 7 Pro, telefon Snapdragon 8 Elite pertama yang masuki Malaysia November 2024

Realme GT 7 Pro, telefon Snapdragon 8 Elite pertama yang masuki Malaysia November 2024

22 October 2024
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN