• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Snapdragon 8 Elite: Qualcomm kata boleh tapau Apple A18 Pro, ini skornya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:57 am
  • 22/10/2024
  • Komen
Snapdragon 8 Elite: Qualcomm kata boleh tapau Apple A18 Pro, ini skornya
Share on FacebookShare on Twitter

Qualcomm telah umumkan Snapdragon 8 Elite, SoC yang akan perkasakan barisan flagship 2025. Akhirnya, flagship Qualcomm mengguna pakai proses 3nm berbanding 4nm untuk beberapa ketika. Kini ia boleh duduk sebaris dengan Apple A18 Pro.

Dalam majlis pembentangan yang sama, Xiaomi turut mengumumkan siri Xiaomi 15 adalah pertama akan gunakan cip ini dan pelancaran akan diadakan hujung Oktober 2024.



Snapdragon 8 Elite 3nm dengan teras Oryon

Perubahan yang ia bawa kali ini adalah ia tidak lagi ada teras Kryo CPU sebaliknya digantikan dengan teras Oryon generasi baharu, teras ini digunakan Qualcomm pada SoC Snapdragon X Elite mereka untuk SoC laptop.

Seperti yang dikatakan tadi, Snapdragon 8 Elite menggunakan proses 3nm dan membawakan naik taraf prestasi dan kecekapan tenaga yang memang sudah dijangka penguna. Antara angka-angka yang Qualcomm kongsikan adalah:



  • Prestasi 45% lebih baik berbanding Snapdragon 8 Gen 3 pada segi skor ekateras dan multiteras
  • Kelajuan melayar web 62% lebih pantas
  • Kecekapan tenaga 44% lebih baik

Dalam ujian yang dijalankan pada peranti rujukan Snapdragon 8 Elite mencatatkan skor ekateras 3,221 dan multiteras 10,426 dalam Geekbench 6. Sebagai rujukan, iPhone 16 Pro Max dengan Apple A18 Pro mencatatkan skor 3,562 dan 8,814 masing-masing untuk ujian ekateras dan multiteras.

Snapdragon 8 Elite SoC mudah alih pertama sokong Nanite Unreal Engine 5

Nanite adalah ciri baharu pada Unreal Engine 5. Objektifnya adalah untuk berikan kualiti grafik lebih baik tanpa korbankan prestasi. Cara kerjanya adalah dengan lakukan render objek yang penonton nampak berbanding lakukan render keseluruhan bingkai. Jadi sumber boleh difokuskan pada kawasan tertentu bingkai.

Jadi, untuk kes Snapdragon 8 Elite yang merupakan SoC pertama sokong Nanite ini, pengguna boleh jangkakan kualiti game tahap konsol walaupun dalam pakej mudah alih. Selain itu, GPU Adreno juga menerima naik taraf dan berikut adalah angka-angkanya:

  • Prestasi GPU 40% lebih baik berbanding generasi sebelumnya
  • Hayat bateri 2.5 jam lebih lama ketika bermain
  • Ray tracing ditambah baik 35%

Menurut Qualcomm, cip ini mencatatkan 159fps dalam ujian penanda aras 3DMark Wild Life Unlimited. Seperti biasa, mereka bandingkan dengan iPhon 16 Pro Max yang catatkan 107.5fps.

Snapdragon 8 Elite: Flagship 2025 Android pertama yang akan gunakannya

Selain daripada siri Xiaomi 15 yang katanya akan jadi telefon Android global pertama gunakan Snapdragon 8 Elite akhir Oktober 2024 ini, ada beberapa lagi pengeluar telefon umumkan akan lancarkan telefon dengan SoC ini tak lama lagi. Dalam kenyataan media, mereka senaraikan jenama seperti Asus, Honor, iQoo, OnePlus, Oppo, Realme, Samsung, Vivo, dan banyak lagi.

Tapi yang mengumumkan di atas pentas adalah Honor. Siri Honor Magic 7 akan dilancarkan dalam pasaran China pada 30 Oktober 2024 ini di Shenzhen. Honor Magic 6 Pro pun dah hebat seperti yang kami laporkan dulu, tak sabar untuk cuba Honor Magic 7 Pro pula.

Asus juga menguar-uarkan ROG Phone 9 akan dilancarkan pada 19 November 2024 ini apabila mereka mula menjemput netizen menonton majlis pelancaran pada jam 7 malam waktu Malaysia.

Powered by Snapdragon@ 8 Elite, the ROG Phone 9 Series is Coming Soon!

Join us live, November 19, 12:00 PM CET
👉https://t.co/DewzmoTYsX#ROGPhone9 #AiOnGameOn pic.twitter.com/jwVMRNgHXm

— ROG Global (@ASUS_ROG) October 21, 2024

Sumber: Qualcomm, 2, Tom’s Guide

Tags: QualcommQualcomm Snapdragonqualcomm snapdragon 8 elitesnapdragon 8 elite
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Snapdragon 8 Elite: Qualcomm kata boleh tapau Apple A18 Pro, ini skornya

Snapdragon 8 Elite: Qualcomm kata boleh tapau Apple A18 Pro, ini skornya

22 October 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER