• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini ciri baru YouTube 2024 yang perlu anda cuba

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:23 pm
  • 24/10/2024
  • Komen
Ini ciri baru YouTube 2024 yang perlu anda cuba
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube telah mengumumkan beberapa pembaharuan yang akan dilakukan merentasi platform mereka termasuk laman web, telefon pintar, TV dan YouTube Music. Pembaharuan ini dikatakan direka untuk tambah baik pengalaman penonton dan pencipta kandungan.

Ada banyak perkara baharu yang diberikan pada antara muka, playlist dan keseluruhan fungsi. Tertanya apakah pembaharuan tersebut? Dalam artikel ini kami akan terangkan.



Pelarasan kelajuan playback lebih versatil

Pertama sekali, anda kini boleh melaraskan kelajuan main balik video dengan kenaikan 0.05. Ini berkmaksud, melajukan atau memperlahankan sesuatu video boleh dilakukan dengan lebih tepat dengan jurang yang lagi kecil.

Selain itu, mod landscape di aplikasi YouTube iOS turut akan ditambah baik untuk lebih responsif, ada thumbnail dan teks lebih besar bagi memberikan pengalaman penggunaan yang dipertingkatkan. Khususnya kemas kini ini akan dilancarkan kepada pengguna iOS hujung tahun ini.



Untuk anda yang sering menatal halaman YouTube sambil menonton video, kini miniplayer di aplikasi telefon pintar telah diperbaharui membolehkan anda membesar atau menggerakannya dengan lebih bebas. Maka, anda boleh buat carian video sambil menonton dengan lebih mudah.

Pembaharuan besar pada playlist

Kemas kini besar turut diberikan pada playlist YouTube. Sekiranya anda mahu berkongsikan playlist YouTube anda kepada kawan-kawan atau keluar, kini anda boleh lakukannya. Anda boleh mengajak orang lain untuk sertai playlist tersebut sama ada menggunakan pautan ataupun kod QR. Tetapi kod QR hanya akan dilancarkan di platform TV.

Selain daripada berkongsi, playlist juga kini boleh diperibadikan kerana anda boleh menghasilkan thumbnail playlist tersendiri sama ada menggunakan gambar yang dimuat naik atau imej yang dijana AI. Untuk lakukannya, anda boleh tekan ikon pen di bucu kiri di bawah thumbnail, kemudian pilih pilihan yang anda mahukan.

Bukan itu sahaja, video di playlist akan tampil fungsi undi, membolehkan anda dan kawan anda mencipta barisan video paling menarik. Fungsi ini juga akan memberikan manfaat kepada pencipta kandungan kerana mereka boleh melihat kedudukan video berdasarkan kegemaran penonton.

Kini ada ‘Sleep timer’ dan lencana

Katakanlah anda mahu menonton video sebelum tidur, kini YouTube ada memperkenalkan fungsi Sleep Timer. Dengannya, anda boleh menetapkan masa untuk video dihentikan. Sebenarnya fungsi ini sudah ditawarkan pada pelanggan Premium, tetapi kini disediakan kepada lebih ramai pengguna. Anda boleh akses fungsi ini di bahagian tetapan di bawah ‘Lock screen’.

Lagi menarik, aplikasi YouTube dan YouTube Music di telefon pintar juga akan didatangkan dengan lencana. Ia adalah untuk meraikan perjalanan dan pencapaian unik anda dalam komuniti YouTube, misalnya komen anda disukai oleh pencipta kandungan atau menjawab kuiz dengan betul. Fungsi lencana ini boleh diakses dengan pergi ke halaman ‘You’ dan ‘badges’.

Kemas kini pada YouTube TV

Sementara itu, Shorts di TV juga ada antara muka baharu menawarkan tontonan tanpa gangguan pada bingkai sekiranya anda ingin membuka bahagian komen. Jika anda membuka sesuatu saluran, terdapat juga video teaser yang bermain secara automatik membolehkan pengguna melihat pratonton kandungan.

[Sumber: YouTube]

Tags: GoogleYouTubeyoutube malaysiaYouTube MusicYouTube Shorts
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Ini ciri baru YouTube 2024 yang perlu anda cuba

Ini ciri baru YouTube 2024 yang perlu anda cuba

24 October 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER