• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GT Book, laptop pertama Infinix diperkasa Core i9 & RTX 4060 dipamerkan di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:20 pm
  • 27/10/2024
  • Komen
GT Book, laptop pertama Infinix diperkasa Core i9 & RTX 4060 dipamerkan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Infinix membuka reruai di UTM KL sempena berlangsungnya musim ke-2 kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Academy League (MAL MY). Selain menayangkan barisan-barisan telefon pintar mereka di sana, yang menariknya, Infinix turut mempamerkan laptop gaming pertama mereka, iaitu GT Book.

Ini kali pertama GT Book membuat kemunculan di Malaysia, sejak ia diperkenal pada Mei lepas di pasaran tertentu. Untuk makluman anda, GT Book didatangkan dalam tiga konfigurasi dengan cip pemproses dan GPU berbeza. Bagaimanapun, kesemuanya memiliki rekaan sama dipanggil sebagai Cyber Mecha, iaitu tema yang sama digunakan telefon pintar Infinix GT 20 Pro.



GT Book diperkasa Intel Core i9-13900H, RTX 4060

Konfigurasi yang ditayangkan adalah varian tertingginya yang diperkasa Intel Core Ultra i9-13900H, RTX 4060, RAM LPDDR5X 32GB dan storan SSD PCle 4.0 1TB. Dua lagi varian GT Book diperkasa sama ada Intel Core i7-13620H dengan RTX 4050 atau Intel Core i5-12450H dengan RTX 3050. Bagaimanapun, kedua-dua model lebih rendah ini akan hadir dengan RAM LPDDR5X 16GB dan storan SSD PCle 4.0 512GB.

Semasa memegang laptop, binaan laptop terasa kukuh dan premium dengan casis diperbuat daripada aluminium aloi. Daripada segi dimensi, laptop ini ada rekaan boleh dikatakan nipis untuk sebuah laptop gaming, dengan ketebalan 18.9mm dan berat 1.99kg. Namun, laptop ini terasa agak berat untuk dipegang dalam satu tangan.



Skrin besar 16-inci 120Hz dimuatkan di GT Book

Ia bukanlah perkara mengejutkan kerana GT Book adalah laptop bersaiz 16-inci. Skrinnya menggunakan panel paparan IPS LCD dengan resolusi FHD+, ada kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 300 nits. Bezel skrinnya juga boleh dikatakan agak nipis kecuali pada bahagian bawah. Papan kekuncinya juga berlampu RGB dengan pad sesentuh yang diposisikan sedikit ke kiri.

Selain papan kekunci, terdapat bar lampu RGB di belakang laptop dan semua lampu RGB pada laptop juga boleh diubah suai menggunakan perisian GT Control Center. Perisian itu turut boleh digunakan untuk menetap atau memantau prestasi laptop. Terdapat juga penggunaan sistem dua kipas dan yang menariknya, ruang udara di bawah laptop ini ada rekaan menyerlah dengan gril berwarna oren terang.

Bateri 70Wh menghidupkan GT Book

Bateri yang dilengkapkan pada laptop adalah berkapasiti 70Wh dengan ia menyokong pengecasan 190W. Audio laptop ini menampilkan dua speaker dengan teknologi DTS dan pada segi sambungan I/O pula, laptop ini ada satu slot kad SD, satu HDMI2.1, satu USB 3.2 Gen 2, satu USB 3.2 Gen 1, satu USB-C, jek audio 3.5mm dan port pengecas DC. Di atas skrin juga tedapat kamera web beresolusi FHD.

Penawaran laptop gaming pertama Infinix ini sememangnya menarik perhatian ramai terutamanya pengunjung di acara tersebut. Malangnya, Infinix masih belum memberi kata putus sama ada akan melancarkan laptop GT Book di Malaysia. Jadi, sekiranya anda berminat, perlulah tunggu pengumuman yang dibuat Infinix jika ada.

Harga Infinix GT Book

Untuk rujukan anda, GT Book dilancarkan di India pada harga seperti berikut:

  • GT Book (i5-12450H, RTX 3050, RAM 16GB, SSD 512GB) – INR59,990 (~RM3,096)
  • GT Book (i7-13620H, RTX 4050, RAM 16GB, SSD 512GB) – INR79,990 (~RM4,126)
  • GT Book (i9-13900H RTX 4060, RAM 32GB, SSD 1TB) – INR99,990 (~RM5,161)
Tags: GT BookInfinixInfinix GT BookInfinix Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
GT Book, laptop pertama Infinix diperkasa Core i9 & RTX 4060 dipamerkan di Malaysia

GT Book, laptop pertama Infinix diperkasa Core i9 & RTX 4060 dipamerkan di Malaysia

27 October 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER