• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jom masuk dalam Proton e.MAS 7, EV nasional paling mampu milik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:40 pm
  • 28/10/2024
  • Komen
Jom masuk dalam Proton e.MAS 7, EV nasional paling mampu milik
Share on FacebookShare on Twitter

Proton pada tanggal 26 Oktober 2024 telah mempamerkan ruangan dalam Proton e.MAS 7 (Proton eMAS 7) kepada khalayak ramai yang menghadiri Auto Care Expo (ACE) 2024 bertempat di Setia City Convenction Centre. Ia diikuti dengan harga anggaran pada paras RM120,000 untuk EV nasional pertama itu. Maklumat tempahan awal pun sudahpun diumumkan kecuali bilakah ia akan dilancarkan kepada rakyat Malaysia.

Sementara menanti tarikh tersebut, mari kita lihat bahagian dalam Proton e.MAS 7.



Kabin Proton e.MAS 7 vs. Geely Galaxy E5

Benar, seperti yang anda maklum, Proton e.MAS 7 dan Geely Galaxy E5 dibangunkan dalam projek yang sama.

Kabin Geely Galaxy E5 (kiri) vs. Proton e.MAS 7 (kanan)
Kabin Geely Galaxy E5 (kiri) vs. Proton e.MAS 7 (kanan)

Jadi, anda boleh cam persamaan antara kedua-dua model termasuklah di bahagian kabin. Buat masa ini, warna komponen kabin Indigo Blue disahkan akan dijual di Malaysia. Kemasan berwarna putih seperti Galaxy E5 sedang dalam perancangan.



Ia mungkin dijual sekiranya ada permintaan daripada pengguna.

Kabin Proton e.MAS 7: Minimalis dan teratur

Minimalis adalah perkataan yang boleh kami gunakan untuk menggambarkan keadaan dalaman e.MAS 7. It tidak terlalu lompong macam kabin Tesla dan tidak terlalu bersepah macam BYD Atto 3. Tombol lampu isyarat dan mode shifter masih disediakan. Jadi penghijrahan anda daripada kenderaan petrol kepada elektrik dijangka licin.

Roda stereng Proton e.MAS 7 adalah rata di atas dan rata di bawah. Ia berikan ruang yang besar pada pemandu untuk masuk dan keluar kereta.

Selain dua tombol di stereng, konsol tengah juga ada beberapa butang kawalan. Tombol bulat boleh pusing diguna untuk kawal sistem inforia kenderaan ini. Disamping itu, ada beberapa butang untuk mengubah tetapan pendingin hawa. Anda juga boleh cas telefon menggunakan slot pengecas wayarles yang disediakan.

Proton e.MAS 7 Premium adalah varian yang lebih tinggi selepas e.MAS 7 Prime. Untuk bahagian kabin, e.MAS 7 Premium ada kelebihan pada segi kehadiran motor elektrik untuk mengubah kedudukan kerusi. Ia juga jenis ventilated seat yang menghembuskan udara sejuk ke belakang pemandu.

Sistem inforia Proton e.MAS 7 15.6” Flyme Auto OS

Paling mencuri tumpuan saya adalah skrin gergasi inforia pada Proton e.MAS 7. Ia ada skrin beresolusi tinggi 2.5K dengan panel paparan 15.4”. Atas papan utama, katanya sistem ini diperkasa SoC bergred automotif dan menjalankan sistem operasi Flyme Auto OS. Selama penggunaan saya, sistem operasinya memang lancar tanpa sebarang lag. Nanti saya berpeluang memandu uji kenderaan ini, saya kongsikan pengalaman lanjut saya.

Kalau anda dapatkan varian Prime, sistem speakernya lebih baik. Sistem audio Flyme Studio terdiri daripada 16 speaker dengan sepasang speaker masing-masing satu di tempat letak kepala kerusi pemandu dan penumpang depan. Output sistem kuasa 16 speaker ini dikatakan 1,000W yang menurut pengasas SoyaCincau.com, Amin Ashaari, adalah sistem audio terbaik dalam kelasnya.

Proton e.MAS 7 ada ruang kabin luas untuk keluarga

Kedua-dua varian Prime dan Premium memiliki ukuran yang sama iaitu 4,615 x 1,901 x 1,670 mm. Berikut adalah rujukan dimensi SUV elektrik yang sudahpun berada dalam pasaran dan akan bersaing dengannya:

  • BYD Atto 3 (4,455 x 1,875 x 1,615mm)
  • Chery Omoda E5 (4,400 x 1,830 x 1,590mm)
  • GAC Aion Y Plus (4,535 x 1,870 x 1,650mm)
  • Leapmotor C10 (4,739 x 1,900 x 1,680mm)
  • MG ZS EV (4,314 x 1,809 x 1,625mm)
  • Tesla Model Y (4,750 x 1,921 x 1,624mm)
  • Xpeng G6 (4,753 x 1920 x 1650mm)

Dalam kalangan 7 pesaing tadi, ia ke-4 paling panjang, ke-4 paling lebar, dan ke-3 paling tinggi. Jadi, anda boleh jangkakan ruang dalamannya.

Menurut Proton, e.MAS 7 ada 33 ruang storan yang boleh dimanfaatkan. Satu ruang storan yang unik adalah di bawah kerusi penumpang belakang. Ia boleh muatkan sepasang kasut ataupun lalin-lain barang sehingga 3.5kg beban.

Di bahagian but ia ada 461L ruang kargo dan di bawah lantai but, terdapat tambahan 51L lagi yang boleh muatkan lagi seorang individu di dalamnya. Kerusi penumpang belakang boleh dilipat untuk pertambahan storan kepada 1,887L.

Tempahan Proton e.MAS 7 sedang berjalan

Proton telahpun buka laman pendaftaran minat untuk memiliki EV ini. EON selaku pengedar Proton e.MAS 7 pun sudah mula menerima tempahan dengan deposit boleh pulang sebanyak RM500 di laman web mereka. Diumumkan yang harga anggaran Proton e.MAS 7 adalah RM120,000.

Walau bagaimanapun, Proton enggan mengesahkan sama ada itu adalah harga permulaan ataupun harga siling kerana EV ini datang dalam dua varian iaitu Proton e.MAS 7 Prime dan Proton e.MAS 7 Premium.

Untuk gelanggang EV berharga bawah RM200,000, ia sedia didominasi jenama-jenama China yang lain. Berikut adalah senarai harga 7 SUV elektrik sedia ada dalam pasaran kita dan yang perlu Proton e.MAS 7 bersaing:

  • BYD Atto 3 – RM149,800
  • Chery Omoda E5 – RM146,800
  • GAC Aion Y Plus – RM119,800 (Elite), RM135,800 (Premium)
  • Leapmotor C10 – RM159,000
  • MG ZS EV – RM125,999
  • Tesla Model Y – RM191,000 (RWD), RM238,000 (LR), RM280,000 (Performance)
  • Xpeng G6 – RM165,820 (580 Pro), RM185,820 (755 Pro)

Bacaan berkaitan

  • Proton e.MAS 7: Harga dianggar RM120,000 ini maklumat tempahannya
  • Proton e.Mas 7: Kabin didedah & Super APP dilancar 26 Oktober 2024
  • Proton e.MAS 7: Tempahan dibuka, deposit RM500 diperlukan
Tags: EVprotonProton e.MASproton e.mas 7
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Jom masuk dalam Proton e.MAS 7, EV nasional paling mampu milik

Jom masuk dalam Proton e.MAS 7, EV nasional paling mampu milik

28 October 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025
Honor 400 Lite kini di Malaysia, “pembunuh iPhone” bajet dengan kamera 108MP, harga RM1,299

Honor 400 Lite kini di Malaysia, “pembunuh iPhone” bajet dengan kamera 108MP, harga RM1,299

25 April 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER