• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Galaxy S24 FE: Kameranya mampu teman Alice dalam kegelapan Wonderland

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:24 pm
  • 29/10/2024
  • Komen
Galaxy S24 FE: Kameranya mampu teman Alice dalam kegelapan Wonderland
Share on FacebookShare on Twitter

Di gedung beli-belah The Exchange TRX kini sedang berlangsungnya satu pameran menarik. Dalam Alice Saves Wonderland, anda memainkan peranan sebagai Alice. Dia seorang hero yang ditugaskan untuk kembalikan keharmonian Wonderland.

Kisahnya bermula dengan anda masuki Rabbit Hole untuk pergi ke alam sakti. Di sana, anda mengecil dan membesar dek minuman magis yang anda minum akhir sebelum anda perlu menumpaskan Trash Dragon—makhluk yang terbitnya daripada sisa buangan dan misinya memusnahkan Wonderland.



Galaxy S24 FE “terjun” ke Wonderland sebagai pendamping Alice

Kami di SoyaCincau BM dibawa Samsung ke pameran Alice Saves Wonderland berbekalkan seunit Samsung Galaxy S24 FE. Sebagai salah satu ahli Galaxy S24, anda boleh jangkakan kemampuan pengimejan hanya yang terbaik daripada Samsung.

Telefon ini ada kamera utama 50MP yang hadir dengan ciri zum 2x setara optikal. Kamudian, ia juga ada kamera ultralebar 12MP, dan akhir sekali kamera telefoto 8MP untuk berikan zum 3x optikal.



Anda boleh baca lebih lanjut tentang Samsung Galaxy S24 FE dalam artikel kami terdahulu. Sebelum itu, mari kita lihat bagaimana hasil gambar daripada lensa Galaxy S24 FE. Ya, semua gambar (kecuali gambar telefon) dalam artikel ini adalah daripada telefon tersebut.

Galaxy S24 FE diumum, ini maklumat penjualannya di Malaysia

Lokasi-lokasi menarik dalam Alice Saves Wonderland

The Enchanted Forest

Anda bertemu dengan Talking Flower. Bunga ini berasa bahaya sedang membelengu Wonderland.

Anda diberikan satu misi yang berat untuk memastikan kesaktian dunia sakti ini tidak terkubur. Ada pelbagai bunga-bunga cantik boleh anda lihat dalam ruangan ini. Semuanya berwarna warni.

Rabbit House

Di rumah arnab ini, anda merasai bagaimana perasaan menjadi gergasi dan dalam masa yang sama kerdil.

Semuanya disebabkan tonik istimewa yang merubah fizikaliti anda.

Mystical Forest

Selepas rumah arnab, anda menapak masuk ke hutan mistik. Di situ, anda perlu memburu Cheshire Cat yang ada kemampuan halimunan. Dia akan berikan pembayang dan tip cara untuk menumpaskan Red Queen dan Trash Dragon.

Red Room

Face off with the Red Queen in a room of strategic challenges, where every move counts towards either restoring or risking the balance of Wonderland.

Pertarungan Akhir: Trash Dragon

Naga bengis ini lahir dari longokkan sampah dan perubahan iklim yang semakin teruk di Wonderland.

Hanya dengan menumpaskan naga sampah ini, keharmonian di alam sakti boleh dkembalikan.

Tiket ke pameran Alice Saves Wonderland

Sekiranya anda berminat untuk melawat pameran Alice Saves Wonderland berikut adalah harga tiket masuk.

Pas Weekday (Isnin hingga Khamis)

  • Single:
    • Dewasa (13-59 tahun): RM 65
    • Warga Emas (60+ tahun) / Pemegang Kad OKU: RM 45
    • Kanak-kanak (4-12 tahun): RM 45 (percuma untuk kanak-kanak bawah 3 tahun)
  • Kombo (sekali dengan 1x Wonderland Magic Potion + 1x Enchanted Bite):
    • Kombo Dewasa: RM 77
    • Kombo Kanak-kanak: RM 67
  • Berkumpulan:
    • Kombo keluarga 4 (2 dewasa + 2 kanak-kanak): RM 240
    • Kombo buddy (4 dewasa): RM 260

Pas hari minggu & cuti am (Jumaat hingga Ahad)

  • Single Tickets:
    • Dewasa (13-59 tahun): RM 75
    • Warga Emas (60+ tahun) / Pemegang Kad OKU: RM 55
    • Kanak-kanak (4-12 tahun): RM 55 (percuma untuk kanak-kanak bawah 3 tahun)
  • Kombo (sekali dengan 1x Wonderland Magic Potion + 1x Enchanted Bite):
    • Kombo Dewasa: RM 87
    • Kombo Kanak-kanak: RM 77
  • Berkumpulan:
    • Kombo keluarga 4 (2 dewasa + 2 kanak-kanak): RM 280
    • Kombo buddy (4 dewasa): RM 300
Tags: androidsamsungsamsung galaxySamsung Galaxy S24Samsung Galaxy S24 FEtelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Galaxy S24 FE: Kameranya mampu teman Alice dalam kegelapan Wonderland

Galaxy S24 FE: Kameranya mampu teman Alice dalam kegelapan Wonderland

29 October 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER