• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple iMac 2024: Prestasi lebih berkuasa dengan M4, harga bermula RM5,799

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:11 pm
  • 30/10/2024
  • Komen
Apple iMac 2024: Prestasi lebih berkuasa dengan M4, harga bermula RM5,799
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah mengumumkan iMac terbaharu untuk tahun 2024 yang kini diperkasa cip M4, bagi menggantikan iMac M3 tahun 2023. Beberapa pembaharuan juga diberikan untuk iMac 2024 termasuk pilihan skrin, penawaran port Thunderbolt 4, kamera dan kapasiti RAM-nya walaupun mengekalkan rekaan yang serupa.

Harga iMac M4 2024 di Malaysia

Apa yang menariknya, walaupun diberikan beberapa penambahbaikan, harga permulaan iMac 2024 kini lebih murah dijual bermula RM5,799 untuk model dengan RAM 16GB dan storan 256GB. Sebagai perbandingan, harga iMac 2023 dengan cip M3 dilancar bermula RM6,299 untuk storan 256GB sama tetapi dengan RAM lebih kecil 8GB.



Untuk lebih jelas, berikut adalah harga jualan rasmi iMac 2024 di Malaysia:

  • iMac 2024 M4 (storan 256GB, RAM 16GB, CPU 8 teras, 8 teras GPU) – RM5,799
  • iMac 2024 (storan 256GB, RAM 16GB, CPU 8 teras, 8 teras GPU) – RM6,699
  • iMac 2024 (storan 512GB, RAM 16GB, CPU 10 teras, GPU 10 teras) – RM7,549
  • iMac 2024 (storan 512GB, RAM 16GB, CPU 10 teras, GPU 10 teras) – RM8,399

Sekiranya anda mahukan konfigurasi tertinggi, iMac 2024 boleh dikonfigurasikan dengan storan 2TB, RAM 32GB, 10 teras CPU, 10 teras GPU dan harganya akan mencecah RM11,799. Tambahan RM850 akan diperlukan jika anda mahukan paparan nano-texture dan RM270 untuk Magic Trackpad dan Magic Keyboard, menjumlahkan harganya pada RM12,919.



Walau bagaimanapun, iMac 2024 masih lagi belum boleh dibeli di Malaysia walaupun sudah disenaraikan di laman web Apple Malaysia.

Cip M4 baharu sediakan prestasi lebih tinggi

Perkara utama yang dinaik taraf sudah tentunya pada cip pemprosesnya. Macam yang dinyata awal tadi, iMac 2024 menggunakan cip M4 dan Apple mendakwa iMac 2024 ada prestasi CPU 1.7x lebih pantas dan prestasi grafik 2.1x lebih tinggi berbanding iMac dengan cip M1.

Seperti tahun lepas, iMac 2024 hadir dengan pilihan sama ada CPU dan GPU 8 teras ataupun CPU dan GPU 10 teras. Kedua-duanya akan ada bilangan teras Neural Enjin yang sama iaitu 16. Menurut Apple. Neural Enjin M4 3x lebih pantas berbanding M1, sekali gus membolehkan iMac 2024 memproses tugasan AI dengan lagi cepat.

Kapasiti RAM permulaan yang iMac 2024 ada juga lebih besar iaitu 16GB berbanding 8GB di iMac M3 tahun 2023.

Kini didatangkan dengan paparan nano-texture

Apple kini telah membawakan pilihan paparan nano-texture untuk skrin iMac 2024. Paparan nano-texture ini diaktakan bantu untuk mengurangkan pantulan dan silau, dan ianya diguna pakai di peranti Apple lain seperti Pro Display XDR, Studio Display dan iPad Pro 11-inci dan 13-inci.

Namun, perlu diingatkan yang paparan nano-texture hanya boleh didapatkan di iMac 2024 dengan varian M4 ada CPU dan GPU 10 teras.

Kamera baharu, port Thunderbold 4 lebih banyak

Selain itu, kamera yang digunakan iMac 2024 adalah baharu, 12MP Centre Stage yang juga menyokong ciri Desk View. Ciri ini akan membolehkan anda menggunakan iPhone sebagai kamera tambahan untuk tunjukkan perkara di atas meja sambil kamera iMac merakam anda. Sementara itu, tiga mikrofon berkualiti studio dan sistem 6 speaker masih dikekalkan.

Lagi yang baru adalah pada port bahagian Thunderbold 4. Ini kerana iMac 2024 kini tersedia dengan sehingga 4 pilihan Thunderbolt 4 berbanding dua sahaja di iMac M3. Bagaimanapun, model terendah iMac 2024 masih terhad dengan dua Thunderbolt 4.

Berkenaan warna, terdapat tujuh warna yang disediakan di iMac 2024 iaitu biru, ungu, oren, kuning, hijau dan perak. Setiap iMac turut akan disertakan Magic Keyboard dan Magic Mouse dengan warna yang sepadan jika anda menambahnya.

Apple Intelligence akan tiba di iMac 2024

Fungsi Apple Intelligence turut akan hadir di iMac 202. Antara fungsi yang pengguna akan terima adalah seperti bantuan merumuskan teks, penjanaan imej AI atau Genmoji menggunakan Image Playground serta Siri dengan pemahaman bahasa lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk iMac 2024.

Tags: appleApple iMacApple iMac M4apple malaysiaimac
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple iMac 2024: Prestasi lebih berkuasa dengan M4, harga bermula RM5,799

Apple iMac 2024: Prestasi lebih berkuasa dengan M4, harga bermula RM5,799

30 October 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER