Infinix mengumumkan penganjuran Infinix Esports Tournament untuk musim ketiga. Kali ini, mereka bekerjasama dengan permainan Honor of Kings (HOK) dan Mediatek. Bagi menjayakan aspirasi tersebut, penganjur kejohanan menyediakan hadiah tunai terkumpul sebanyak RM10,000.
Infinix Esport Tournament Musim 3 dikuasakan Infinix GT 20 Pro
Infinix Esport Tournament Musim 3 akan bermula dengan pusingan kelayakan pada 18 hingga 21 November 2024. Ia akan disiarkan secara langsung di Facebook dan TikTok rasmi milik Infinix dan Honor of Kings. Pasukan yang layak akan pergi pula ke pusingan akhir pada 17 Disember untuk merebut trofi dan gelaran juara Inifnix Esports Tournament Musim 3.
Jadi, sepanjang kejohanan tersebut berlangsung, para peserta akan bertarung mengugnakan Infinix GT 20 Pro, sebuah telefon yang dikhusukan untuk gaming oleh Infinix. Telefon ini diperkasa SoC Dimensity 8200 Ultimate dan dengan batuan Pixelworks X5 Turbo Gaming Display Chip, pertembuangan antara pasukan dikatakan lancar dengan kadar segar semula tinggi.
8 universiti hantar 16 pasukan ke Infinix Esport Tournament Musim 3
Untuk musim ini, 8 universiti terkemuka Malaysia bakal berganding bahu mengadakan kejohanan mini di universiti masing-masing untuk memilih 2 pasukan terbaik yang akan menyetai 2 lagi pastukan daripada setiap universiti lain. Sebanyak 16 pasukan semuanya akan berentap sewaktu pusingan kelayakan dalam talian nanti.
Universiti yang telibat ialah:
- Management & Science University (MSU) Shah Alam
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- International Islamic University Malaysia
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- University Kuala Lumpur Business School
- Asia Pacific University (APU)
- Multimedia University (MMU) Cyberjaya
- Universiti Tun Abdul Razak
Infinix GT 20 Pro telefon esport pilihan
Ini bukanlah kali pertama GT 20 Pro jadi telefon pilihan untuk kejohanan esukan. Sebelum ini, ia juga digunakan sewaktu kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Academy League (MAL MY) musim kedua yang berlangsung antara 24 hingga 27 Oktober 2024 di Dewan Tan Sri Ainuddin, UTM KL.
Infinix GT 20 Pro akan beraksi di MAL MY, hadiah sehingga RM20,000 menanti pengunjung
Spesifikasi Infinix GT 20 Pro
Infinix GT 20 Pro hadir dengan paparan AMOLED 6.78-inci dengan resolusi FHD+. Skrinnya juga menyokong kadar penyegaran sepantas 144Hz dan kecerahan puncak pada 1,300 nits. Daripada segi rekaan, ia memiliki lampu LED pada panel belakang yang dipanggil Mecha Loop yang boleh disuaikan dan menyokong lapan warna dan empat kesan lampu khas.
Untuk menampung prestasi tinggi ini, Infinix telah melengkapkan GT 20 Pro dengan sistem penyejukan Vapor Chamber 73% lebih besar berbanding generasi sebelum ini. Terdapat juga kepingan grafit 68% lebih besar untuk tawarkan pengaliran haba yang lebih baik.
Di jabatan pengimejan, ia dilengkapkan dengan tetapan tiga kamera iaitu kamera utama 108MP mengguna pakai sensor Samsung HM6 dengan OIS, serta kamera makro dan depth yang masing-masing bersolusi 2MP. Di hadapan, terdapat lubang di skrin menempatkan kamera hadapan beresolusi 32MP.
Tenaga telefon disalurkan oleh bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 45W. Lagi ciri lain yang ada termasuk NFC, sokongan 5G, pengimbas cap jari dalam skrin dan speaker stereo yang ditala JBL. Infinix GT 20 Pro akan didatangkan dengan sistem operasi XOS 14 berasaskan Android 14 sejurus keluar kotak. Infinix turut menjanjikan kemas kini Android dua kali dan tiga tahun keselamatan.
Harga Infinix GT 20 Pro di Malaysia
Berminat untuk beli Infinix GT 20 Pro? Ia boleh didapatkan dalam satu varian dengan RAM 12GB dan storan 256GB pada harga RM1,299 di Lazada dan Shopee. Kalau anda nak tahu lagi lanjut tentangnya, anda juga boleh tonton ulasan penuh kami di YouTube.