• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mac Mini M4 Malaysia: Saiz kecil, prestasi besar, harga kekal

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:04 am
  • 30/10/2024
  • Komen
Mac Mini M4 Malaysia: Saiz kecil, prestasi besar, harga kekal
Share on FacebookShare on Twitter

Pada harga bermula RM2,499, tak mustahil Mac Mini M4 akan jadi mesin penghasil kandungan hangat dalam tahun 2025. Apple telah mengemas kini barisan Mac Mini mereka dengan cip M4 / M4 Pro sebagai pengganti Mac Mini M2 tahun 2022.

Harga Mac Mini M4 di Malaysia

Harga permulaan Mac Mini M4 adalah RM2,499 dan boleh pergi sehingga RM8,024 dengan semua komponen dimaksimumkan.



Mac Mini M4 Pro dijual pada harga bermula RM5,999 dan boleh pergi sehingga RM20,024.

Mac Mini M4 lebih kompak

Apple mereka cipta semula badan Mac Mini M4 untuk tampilkan rekaan kompak, seperti sebuah Mac Studio. Komputer kerdil ini berada dalam badan 5 x 5”, kira-kira 5cm lebih kecil berbanding model sebelum ini. Berat keseluruhannya cuma 670g (730g untuk Mac Mini M4 Pro).



Sungguhpun begitu, dilaprkan yang ia masih guna sistem penyejukkan aktif dengan hembusan angin panas ditembak ke bahagian bawah.

SoC M4 dan M4 Pro lebih berkuasa

Agak janggal kenapa Apple hanya bandingkan dengan versi M1. Walau bagaimanapun, maklumatnya adalah, ia 1.8x lebih pantas untuk CPU dan 2.2x lebih pantas untuk GPU. Dua varian Mac Mini dilancarkan, satu dengan cip M4 dan satu lagi M4 Pro.

Mac Mini M4 hadir dengan CPU dan GPU 10 teras serta 16 teras Neural Enjin. Varian ini saya lihat digunakan oleh pencipta kandungan yang ingin hasilkan kandungan video biasa sehingga 4K tanpa kesan-kesan khas. Pelajar universiti ataupun keluarga juga sesuai untuk gunakan apabila anak-anak perlu lunaskan tugasan ataupun kerja rumah.

Kalau perlukan sesuatu yang lebih berkaliber, varian Mac Mini M4 Pro ada sehingga 14 teras CPU, sehingga 20 teras GPU. Apple katakan varian ini mampu lakukan tugasan lebih berat macam 3D rendering.

Ketimbang pesaingnya Intel, Apple katakan yang Mac Mini M4 bersaing dengan sistem dengan Intel Core i7. Malangnya mereka tak beritahu generasi yang mana satu. Antara statistik yang dikongsikan adalah seperti:

  • 2.8x lebih berkuasa di Logic Pro
  • 13.3x lebih berkuasa dalam Wirld of Warcraft
  • Mac Mini M4 Pro sokong sehingga 3 paparan 6K 60Hz

Mac Mini M4 Pro sokong Thunderbolt 5

Pada segi ketersambungan, Mac Mini ada port I/O yang lengkap walaupun saiznya yang kerdil. Menghadap pengguna, ia ada 2 USB-C dan 1 jek audio 3.5mm. Di bahagian belakang, dia ada 3 USB-C yang menyokong Thunderbolt 5 (Thunderbolt 4 untuk Mac Mini M4) yang katanya ada kelajuan perpindahan data sepantas 120GB/s.

Mac Mini juga ditambah baik dengan Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3 untuk ketersambungan tanpa wayar.

Mac Mini M4 dengan Apple Intelligence

Bukan sahaja Mac paling kecil, Mac Mini juga adalah Mac pertama yang sokong Apple Intelligence. Pengguna boleh manfaatkan kemudahan seperti AI memperbetul teks untuk disuaikan dengan tona, perbetulkan tatabahasa, dan lakukan rumusan sesuatu perenggan. Image Playground pula mampu jana imej guna teknologi Generative AI untuk lebih keversatilan dalam penghasilan kandungan dan akhir sekali adalah Genmoji, inovasi terbaru Apple selepas Animoji.

Anda boleh pergi ke laman rasmi Apple Mac Mini M4 untuk maklumat lanjut.

Tags: applemac minimac mini m2mac mini m4
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Mac Mini M4 Malaysia: Saiz kecil, prestasi besar, harga kekal

Mac Mini M4 Malaysia: Saiz kecil, prestasi besar, harga kekal

30 October 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER