• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Xiaomi Pad 7: Diperkasa Snapdragon 8s Gen 3, kamera 50MP dan bateri 8,850mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:05 pm
  • 30/10/2024
  • Komen
Siri Xiaomi Pad 7: Diperkasa Snapdragon 8s Gen 3, kamera 50MP dan bateri 8,850mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Selain melancarkan siri Xiaomi 15, syarikat gergasi China itu turut memperkenalkan siri Xiaomi Pad 7. Ia merangkumi dua model iaitu Xiaomi Pad 7 dan Xiaomi Pad 7 Pro, serupa seperti siri Xiaomi Pad 6 yang dilancar sebelum ini. Kedua-dua model dalam dalam siri Pad 7 ini berkongsi perkakasan luaran yang lebih kurang sama, tetapi berbeza pada cip yang digunakan.

Spesifikasi Xiaomi Pad 7 dan Pad 7 Pro

Bermula dengan paparan, Xiaomi Pad 7 dan Pad 7 Pro ada saiz skrin yang sama berukuran 11.2-inci. Tiada beza daripada segi panel paparan yang digunakan. Kedua-duanya dilengkapi dengan skrin LCD beresolusi 3.2K yang menggunakan nisbah 3:2, serta sokong kadar penyegaran 144Hz dan kecerahan puncak 800 nits.



Membezakan kedua-dua tablet adalah perkakasan dalamannya. Pad 7 Pro adalah tablet lebih premium dengan prestasi berkelas flagship dikuasakan cip Snapdragon 8s Gen 3, naik taraf daripada Snapdragon 8+ Gen 1 di Pad 6 Pro terdahulu. Bersama cip itu, Pad 7 Pro dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan 512GB.

Manakala, Pad 7 pula menggunakan cip Snapdragon 7+ Gen 3 dengan kombinasi RAM sehingga 12GB dan storan lebih kecil sehingga 256GB sahaja. Sebagai perbandingan, Pad 7 menerima peningkatan besar pada prestasi berbanding Pad 6 terdahulu yang diperkasa cip Snapdragon 870, cip yang sudah berusia tiga tahun sewaktu Pad 6 dilancarkan.



Kapasiti bateri yang dimuatkan pada kedua-dua Pad 7 dan Pad 7 Pro adalah sama sahaja, iaitu 8,850mAh. Tetapi, sama seperti generasi sebelumnya, kuasa mengecasnya berbeza, dengan Pad 7 Pro sokong pengecasan lebih pantas pada 67W, sementara Pad 7 pula sokong pengecasan 45W.

Sistem pengimejan kedua-dua tablet juga berbeza. Pad 7 Pro dilengkapi kamera belakang 50MP dan kamera hadapan 32MP, manakala Pad 7 memiliki kamera yang sedikit turun taraf, iaitu kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP. Ciri lain yang ada pada kedua-dua tablet termasuk pengimbas cap jari di butang kuasa, sistem kuadspeaker dan sistem operasi HyperOS 2.0 berasaskan Android 15.

Harga Xiaomi Pad 7 dan Pad 7 Pro di China

Siri Xiaomi Pad 7 dilancarkan di China pada harga bermula CNY1,999 (~RM1,229). Ia boleh didapatkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan hijau. Setakat ini, masih tidak pasti bila Xiaomi akan lancarkannya ke pasaran luar China.

Berkemungkinan varian Pad 7 sahaja yang akan memasuki Malaysia memandangkan Pad 6 Pro tidak dilancarkan di pasaran tempatan. Untuk perspektif anda, Pad 6 dilancarkan di Malaysia pada harga berikut:

  • RAM 6GB + storan 128GB – RM1,299
  • RAM 8GB + storan 128GB – RM1,399
  • RAM 8GB + storan 256GB– RM1,499

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Xiaomi Pad 7.

Tags: xiaomixiaomi pad 7xiaomi pad 7 pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Siri Xiaomi Pad 7: Diperkasa Snapdragon 8s Gen 3, kamera 50MP dan bateri 8,850mAh

Siri Xiaomi Pad 7: Diperkasa Snapdragon 8s Gen 3, kamera 50MP dan bateri 8,850mAh

30 October 2024
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER