• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Magic 7 Pro: Snapdragon 8 Elite dan 200MP telefoto 3x optikal

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:14 pm
  • 01/11/2024
  • Komen
Honor Magic 7 Pro: Snapdragon 8 Elite dan 200MP telefoto 3x optikal
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti dimaklumkan semasa majlis Snapdragon Summit tempoh hari, Honor telah pun mengumumkan Magic 7 Pro untuk pasaran China. Telefon diperkasa SoC Snapdragon 8 Elite dan ia adalah antara telefon pertama dikuasakan cip ini selepas Xiaomi 15. Cip itu kemudiannya digandingkan pula bersama-sama RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan sehingga 1TB.

Spesifikasi Honor Magic 7 Pro

Di bahagian muka, telefon ini ada panel paparan 6.8” dengan panel OLED digunakan beresolusi FHD+ (1280 x 2800). Kadar segar semula yang dimilikinya adalah 1 hingga 120Hz bergantung kepada kandungan yang ingin dipaparkan. Kecerahan puncak panel ini adalah 1,600nits dan untuk kandungan HDR, ia boleh pergi sehingga 5,000nits.



Bergerak ke bahagian kamera, Honor Magic 7 Pro masih mengekalkan konfigurasi tiga buah kamera belakang.

Kombinasi kamera telefon ini adalah 50MP (kamera utama), 50MP (kamera ultralebar), dan 200MP (kamere telefoto) periskop yang ada3x zum optikal dan 100x zum digital. Bahagian depan, pengguna diberikan kamera selfie 50MP disamping 3D depth sensor untuk pengenalan biometrik.



Sistem bateri 5,850mAh membekalkan tenaga kepada semua komponen elektronik Honor Magic 7 Pro. Apabila perlu diisi, ia menyokong sistem pengecasan 100W melalui port USB-C yang dimilkinya ataupun 80W secara wayarles.

Harga Honor Magic 7 Pro China

Dalam pasaran China, Honor Magic 7 Pro ditawarkan dalam tiga varian berbeza pada segi keluasan RAM dan kapasiti storan. Berikut adalah harga jualannya di sana:

  • RAM 12GB + Storan 256GB – CNY5,699 (~RM3,500)
  • RAM 16GB + Storan 512GB – CNY6,199 (~RM3,800)
  • RAM 16GB + Storan 1TB – CNY6,699 (~RM4,100)

Di Malaysia, kita boleh jangkakan yang varian RAM 16GB berstoran 512GB akan masuki dan satu-satunya varian yang akan dijual. Ia berdasarkan cerita Honor Magic 6 Pro yang masuki Malaysia dalam bulan Mac 2024 lalu. Model tersebut ditawarkan di Malaysia pada harga RM4,499 untuk konfgiruasi RAM 12GB dan storan 512GB.

Anda boleh layari laman produk Honor Magic 7 Pro China untuk maklumat lanjut.

Honor Magic 7 Pro vs. Honor Magic 6 Pro

Daripada segi fizikaliti, beza merentasi generasi adalah minimum. Kemudian, tiada perubahan dbawakan pada panel paparan Magic 7 Pro berbanding Maigc 6 Pro. Paparan itu ada saiz, resolusi, kecerahan, dan kadar segar semula yang sama.

Tapi di bahagian dalam, anda boleh cerap perubahannya berdasarkan helaian spesifikasi. Selain daripada cip pemproses yang baharu, kapasiti bateri Magic 7 Pro adalah hampir 5% lebih besar (5,850mAh Vs. 5,600mAh). Jadi anda boleh jangkakan hayat guna lebih panjang.

Sistem pengecasan pun kini mampu terima kuasa lebih tinggi. Berbanding 80W pada Magic 6 Pro, model terbaharu ini boleh terima sehingga 100W.

Untuk kamera, didapati yang sebahagian kameranya masih kekalkan sensor yang sama. Kamera utama 50MP, kamera ultralebar 50MP, dan kamera selfie 50MP adalah sama berbanding Magic 6 Pro. Namun, kamera telefoto 180MP generasi sebelum ini digantikan dengan kamera 200MP serta jarak zum optikalnya naik kepada 3x berbanding 2.6x sebelum ini.

Tags: androidhonorhonor magichonor magic 7 protelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Honor Magic 7 Pro: Snapdragon 8 Elite dan 200MP telefoto 3x optikal

Honor Magic 7 Pro: Snapdragon 8 Elite dan 200MP telefoto 3x optikal

1 November 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER