• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siapa pemilik U Mobile, macam mana ia “tapau” CelcomDigi dan Maxis untuk 5G kedua?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:32 pm
  • 04/11/2024
  • Komen
Siapa pemilik U Mobile, macam mana ia “tapau” CelcomDigi dan Maxis untuk 5G kedua?
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan yang U Mobile telah diberikan mandat untuk membangunkan rangkaian 5G kedua Malaysia. Langkah ini lantas membawa proses penghijrahan Malaysia daripada model rangkaian tunggal (SWN) kepada model dwirangkaian selangkah ke hadapan.

Sebelum ini, empat rangkaian utama negara iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, dan Telekom Malaysia (TM) masing-masing telah menghantar kertas cadangan kepada pihak kerajaan. Ia bertujuan untuk menggariskan apakah strategi mereka dalam membangunkan rangkaian 5G kedua Malaysia, sekiranya terpilih.



ebab kenapa U Mobile SKMM pilih bangunkan 5G kedua

Pada ketika itu, CelcomDigi ataupun Maxis dilihat sebagai calon yang sesuai disebabkan pengalaman dan ketersediaan infrasturktur yang dimiliki mereka. Pemilihan telco yang berkaliber adalah penting kerana pemenang perlu sekurang-kurangnya menyaingi pencapaian pembangunan rangkaian 5G Digital Nasional Berhad (DNB) bagi mewujudkan sistem dwirangkaian 5G yang mampan.



Posisi U Mobile berbanding CelcomDigi dan Maxis

U Mobile dilancarkan dalam tahun 2007. Ia adalah telco keempat terbesar di Malaysia mengandungi lebih 9,000 lokasi pemancar dan 9 juta pelanggan dalam tahun 2023. Sebagai perbandingan:

  • CelcomDigi adalah telco terbesar Malaysia yang memiliki 25,000 lokasi pemancar dan 20.2 juta pelanggan. Mereka mensasarkan untuk memiliki 18,000 lokasi pemancar 5g-ready menjelang 2025.
  • Maxis adalah telco kedua terbesar Malaysia. Mereka ada lebih 11,000 lokasi pemancar yang berkhidmat untuk lebih 12.7 juta pengguna.

Berdasarkan laporan Macquarie Research, CelcomDigi dan Maxis mempunyai peratusan perolehan yang besar dalam pasaran telco. Perolehan dalam pasaran telco oleh CelcomDigi dianggarkan kira-kira 50% diikuti Maxis 37%, dan U Mobile 13%.

U Mobile rangkaian 5G kedua: Ini respons CelcomDigi, Maxis, dan Telekom Malaysia

Kenali pihak berkepentingan dalam U Mobile

Berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pemegang saham terbesar U Mobile adalah Straits Mobile Investments Pte. Ltd. (syarikat ini ada kaitan dengan Temasek Holdings dari Singapura).

Entiti ini memegang sebanyak 48.26% kepentingan dalam U Mobile Sdn. Bhd. Lain-lain pemegang saham yang mungkin anda ingin tahu adalah seperti:

  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim: 22.31%
  • Magnum Berhad: 7.84%
  • Singer (Malaysia) Sdn Bhd: 6.10%
  • U Telemedia Sdn Bhd: 5.59%
  • Tan Sri Dato Koon Poh Keong: 2.35%

Untuk pengetahuan anda, sejurus pengumuman SKMM tentang rangkaian 5G kedua Malaysia, U Mobile terus mengumumkan rancangan mereka untuk mengurangkan pemilikan luar kepada 20%. Mereka menjemput lebih ramai rakyat Malaysia untuk melabur dalam syarikat mereka.

Tindakan yang sama boleh anda lihat dalam tahun 2007 apabila Digi mengurangkan pemilikan luar dalam syarikat bagi memenuhi syarat-syarat kerajaan sewaktu mereka ingin membangunkan rangkaian 3G mereka.

Pemilihan U Mobile jadi tanda tanya

Langkah SKMM memilih U Mobile sebenarnya menimbulkan tanda tanya kerana U Mobile berada di kedudukan ketiga dalam kalangan telco daripada segi infrastruktur, pelanggan, dan perolehan. Ia masih dibelakang CelcomDigi dan Maxis yang secara konsisten memodenkan rangkaian 4G dan mempersiapkan diri untuk melancarkan 5G jika berpeluang.

Satu perkara yang menarik dalam pengumuman SKMM adalah tentang keterbukaan pihaknya untuk U Mobile menjalinkan kerjasama dengan operator lain bagi membangunkan 5G adalah isyarat yang U Mobile memang perlukan bantuan untuk menyaingi pencapaian DNB yang sudahpun sedia dibelengu isu lain.

U Mobile U Family: Data 1,000GB untuk 4 talian pada RM128

Cabaran yang bakal dihadapi rangkaian kedua 5G Malaysia

Cabaran seturusnya yang dihadapi SKMM adalah memastikan kedua-dua rangkaian 5G Malaysia kekal mampan. Sekiranya U Mobile memilih untuk berkerjasama dengan CelcomDigi dan Maxis, yang tinggal di kem DNB tentunya Maxis YTL. Dijangkakan keseimbangan pada segi persaingan akan terjejas. Tiga telco utama negara sudahpun memberikan respons terhadap pengumuman SKMM tempoh hari.

Respons CelcomDigi

CelcomDigi memaklumkan telah menghantar kertas cadangan yang meyakinkan atas sebab mereka ada tunjang telekomunikasi kukuh serta pengalaman yang meluas untukmembangunkan 5G.

Walaupun tidak dipilih, CelcomDigi bersama-sama pemegang taruhnya akan terus menerokai potensi-potensi lain untuk memastikan pelanggan mereka terus menikmati capaian 5G yang berkualiti tinggi.

CelcomDigi akan kekal menambah baik dan menyudahkan integrasi rangkaian pasca penggabungan bagi mempertingkat mutu kepada pelanggan 5G mereka.

Respons Maxis

Maxis akan bertemu dengan pihak SKMM untuk mendapatkan penjelasan berkenaan penganugerahan tender itu kepada U Mobile. Maxis menekankan yang mereka adalah syarikat tempatan yang 77% dimiliki orang tempatan.

Dalam kenyataannya, Maxis mengatakan yang mereka sentiasa mendepankan keperluan rakyat Malaysia disebabkan tunjang mereka yang kukuh di dalam negara ini. Menerusi kertas kerja yang dihantar, mereka turut memasukkan pengalaman 30 tahun mereka dalam pembangunan telekomunikasi yang pastinya menjadikan mereka salah satu daripada calon yang lebih sesuai.

Respons TM

TM menyokong sepenuhnya inisiatif rangkaian 5G kedua negara. Oleh sebab itu, mereka berhasrat untuk menyumbang menerusi rangkaian meluas fiber mereka yang sedia ada, selari dengan aspirasi negara untuk jadi “Digital Powerhouse” menjelang 2030.

Posisi TM agak menarik kerana mereka masih belum menyudahkan proses pembelian pegangan dalam DNB hal ini bermakna secara teknikalnya, mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam DNB lantas membolehkan TM mewujudkan kerjasama bersama-sama U Mobile dalam kadar segera.

Tags: CelcomDigimaxisu mobile
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Siapa pemilik U Mobile, macam mana ia “tapau” CelcomDigi dan Maxis untuk 5G kedua?

Siapa pemilik U Mobile, macam mana ia “tapau” CelcomDigi dan Maxis untuk 5G kedua?

4 November 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER