• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon Snapdragon 8 Elite pertama tiba di Malaysia 18 November

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:59 pm
  • 04/11/2024
  • Komen
Telefon Snapdragon 8 Elite pertama tiba di Malaysia 18 November
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan pengumuman Realme sebelum ini, kini Realme telah mengesahkan bahawa flagship mereka seterusnya, Realme GT 7 Pro akan dilancarkan pada 18 November 2024. Pelancarannya akan berlangsung jam 6 petang di Piazza, Pavilion Bukit Jalil dan menyaksikan kemunculan telefon pintar pertama dengan Snapdragon 8 Elite di Malaysia.

Kali terakhir telefon GT Pro yang diperkenal adalah GT 2 Pro yang dilancar pada Mac 2022. Kini, selepas hampir tiga tahun, Realme mengembalikan semula penawaran telefon GT Pro mereka, dengan Realme memaklumkan ia adalah usaha mereka untuk merombak pasaran flagship di Malaysia.



Prestasi tertinggi daripada Snapdragon 8 Elite

Menurut Realme, GT 7 Pro akan membawakan tema ‘Explore the Unexplored’ dan menampilkan lima inovasi terbaharu yang pertama seumpamanya, termasuk penggunaan cip Snapdragon 8 Elite. Cip tersebut memiliki prestasi tertinggi dengan memiliki dua teras utama berkelajuan 4.32GHz, dan dikatakan ada prestasi CPU dan GPU 40% lebih baik berbanding Snapdragon 8 Gen 3.

Di AnTutu, ia juga peroleh markah lebih daripada 3 juta, melangkaui markah tertinggi yang dicatatkan sebelum ini oleh ROG 8 Pro dengan Snapdragon 8 Gen 3 pada 2,067,307.



Menggunakan skrin OLED RealWorld Eco² dibangunkan dengan Samsung

Yang keduanya, GT 7 Pro akan menggunakan skrin OLED RealWorld Eco² yang dibangunkan bersama Samsung yang ada cakupan warna gamut DCI-P3 seluas 120%. Ketiga, ia dilengkapi bateri anod silikon paling besar dengan hayat bateri yang dikatakan terbaik.

Keempat adalah pengimejan GT 7 Pro akan tampil dengan sistem kamera AI Ultra-clear yang didatangkan dengan kamera telefoto periskop dan mod fotografi dalam air pertama dalam industri.

Didatangkan dengan pelbagai fungsi AI

Akhir sekali, GT 7 Pro akan menawarkan pelbagai fungsi AI dan antaranya adalah AI Motion Deblur, AI Gaming Super Resolution dan AI Sketch to Image. Fungsi AI Sketch to Image akan membolehkan lakaran atau lukisan tangan diubah kepada imej lebih menarik dengan terdapat gaya berbeza yang boleh dipilih pengguna.

Berdasarkan imej yang diberikan, dilihat GT 7 Pro juga akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu merah dan hitam. Buat masa ini, itu sahaja yang didedahkan oleh Realme berkenaan telefon GT 7 Pro yang akan dilancarkan. Lebihan maklumat pastinya akan diketahui apabila pelancarannya berlangsung tidak lama lagi.

Berkenaan harga, untuk prespektif anda, Realme GT 6 terdahulu dilancarkan pada harga bermula RM2,799. Disebabkan ia bukan versi Pro dan menggunakan cip Snapdragon 8S Gen 3, maka anda boleh jangkakan harga GT 7 Pro akan lebih daripada itu, mungkin diletakkan sekitar RM3,300.

Tags: Realmerealme gt 7 proRealme Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Telefon Snapdragon 8 Elite pertama tiba di Malaysia 18 November

Telefon Snapdragon 8 Elite pertama tiba di Malaysia 18 November

4 November 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER