• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X9c 5G: Telefon kukuh dengan jaminan perlindungan menyeluruh

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:57 pm
  • 05/11/2024
  • Komen
Honor X9c 5G: Telefon kukuh dengan jaminan perlindungan menyeluruh
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas beberapa ketika diwar-warkan, hari ini Honor X9c 5G selamat dilancarkan di Malaysia. Walaupun spesifikasi teknikal seperti SoC, RAM dan paparan didapati sama, Honor telah naik taraf di banyak tempat lain. Ia kini ada speaker stereo dan naik taraf yang dibawakan kali ini jadikannya lebih tegap daripada biasa.

Harga Honor X9c 5G di Malaysia

Honor X9c 5G ditawarkan dalam pasaran Malaysia pada harga RM1,499 (12+256) dan RM1,699 (12+512). Harga jualan X9c 5G didapati sama dengan generasi sebelumnya dengan pertambahan varian berstoran lebih besar pada generasi kali ini.



Tempahan awal untuk memiliki Honor X9c telah bermula hingga 14 November 2024 ini dengan hadiah bernilai RM1,486 menanti.

Anda boleh dapatkan Honor X9c 5G di laman-laman rasmi mereka.



Beli Honor X9c 5G di Shopee
Beli Honor X9c 5G di Lazada
Beli Honor X9c di Honor

Honor X9c 5G dilindungi jaminan menyeluruh

Honor X9c 5G di Malaysia dilindungi jaminan penggantian panel depan dan belakang 365-hari. Jika terdapat masalah dalam tempoh 180 hari selepas pembelian, Honor juga akan tukar telefon secara 1-dengan-1. Berdasarkan T&C, ia hanya sah untuk unit yang dibeli sehingga 15 Disember 2024.

Selain itu, bahagian bateri juga dilindungi jaminannya yang tersendiri. Bateri Honor X9c 5G dilindungi program penggantian bateri 36 bulan. Sekiranya bateri telefon itu didapati bermasalah dalam tempoh 3 tahun, Honor akan gantikan bateri telefon tersebut secara percuma.

Honor X9c 5G dilenyek lori 80 tan dan jatuh 65 meter

Ciri utama yang ingin diketengahkan Honor pada model kali ini adalah perlindungan yang ditambah baik iaitu Ultra-tough Triple Defense. Ia dilenyek lori 80 tan, dijatuhkan pada ketinggian 65 meter, dan dimasukkan dalam lori konkrit selama 20 minit dan masih berfungsi.

Honor katakan yang mereka telah tambah materi penyerap hentak sebanyak 90% dan materi penyerap hentak itu sendiri kini 67% lebih baik. Kemudian, rekaan badan yang unik terutamanya di bahagian penjuru mengurangkan tekanan sewaktu jatuh sebanyak 52% dan mengurangkan badan daripada lentur sebanyak 79%. Bahagian muka Honor X9c dilapisi kaca yang 35% tahan calar dan 60% lebih kalis jatuhan. Akhir sekali, dikatakan yang Honor X9c 5G ada penarafan IP pada paras IP65.

Honor X9c 5G dengan SoC Snapdragon 6 Gen 1 dan bateri 6,600mAh

SoC Snapdaragon 6 Gen 1 menjadi tunjang kepada Honor X9c 5G. Ia adalah SoC yang sama boleh anda temukan pada X9b 5G. Panel paparan juga masih sama iaitu panel LCD sebesar 6.78” OLED dengan resolusi FHD+. Kecerahan telefon ini boleh mencapai 4,000nits dalam keadaan tertentu dan kadar segar semula paras 120Hz.

Berbanding Honor X9b, model kali ini ada kapasiti bateri yang lebih besar. Honor X9c diberikan sistem bateri berkapasiti 6,600mAh. Ini adalah sistem bateri silikon karbon terbesar dalam indsutri setakat ini. Apabila perlu diisi ia menyokong Honor Super Charge 66W.

Sejurus keluar kotak, Honor X9c 5G menjalankan sistem operasi MagicOS 8.0 berasaskan Android 14. Anda boleh gunakan ciri-ciri macam Magic Portal, AI Eraser, Magic Capsul, AI Privacy, dan banyak lagi untuk mudahkan rusan anda seharian.

Sistem dwikamera 108MP di Honor X9c 5G

Honor X9c 5G ada sistem dwikamera belakang seperti generasi sebelumnya. Anda dapat kamera utama 108MP dan satu kamera ultralebar 5MP. Di bahagian depan, kamera 16MP boleh digunakan untuk mengambil gambar selfie. Honor katakan yang telefon ini ada Honor Image Engine untuk pastikan gambar yang anda ambil dioptimumkan pada segi kecerahan dan kejituan.

Anda boleh layari laman rasmi Honor X9c 5G untuk maklumat lanjut.

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor X9c 5G: Telefon kukuh dengan jaminan perlindungan menyeluruh

Honor X9c 5G: Telefon kukuh dengan jaminan perlindungan menyeluruh

5 November 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER