• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile U Family: Data 1,000GB untuk 4 talian pada RM128

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:09 am
  • 05/11/2024
  • Komen
U Mobile U Family: Data 1,000GB untuk 4 talian pada RM128
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile telah umumkan pelan pascabayar keluarga terbaharu mereka iaitu U Family 128. Di bawah pelani ni, pelanggan akan terima 4 talian pada komitmen bulanan RM128. Setiap ahli dalam pelan tersebut berkongsi sejumlah data 1,000GB, panggilan tanpa had, dan juga akses data perayauan percuma. Kalau bersetuju untuk ditambat pada kontrak, pelanggan juga boleh terima telefon 5G percuma.

Perkara menarik U Mobile U Family 128

Untuk bulanan RM128/bulan dan 4 talian, ia memang berbaloi kerana kos untuk setiap talian jatuh kepada RM32/talian dan sekiranya pembahagian kuota Internet dibahagi sama rata, setiap talian menikmati 250GB kuota bulanan. Kemudian, tiada halangan untuk hotspot dikenakan dan data akan diambil daripada kuota utama.



Selain itu, pelanggan juga menikmati kuota panggilan tanpa had ke semua rangkaian disamping kuota perayauan 15GB setiap bulan yang dikongsikan dalam kalangan ahli. Sekiranya kuota perayauan tak cukup, prinsipal akaun boleh melanggan pas tamabahan:

  • RM15 untuk 2GB (sah 1 hari)
  • RM35 untuk 5GB (sah 7 hari)

Melalui aplikasi MyUMobile



U Mobile U Family 128 beri telefon 5G percuma

Lagi benda menarik tentang U Mobile U Family 128 adalah pelanggan boleh tebus telefon percuma, sekiranya bersetuju untuk ditambat pada kontrak.

Berikut adalah senarai telefon percuma yang ditawarkan:

  • Oppo Reno 12 F 5G
  • Realme 13+ 5G
  • Vivo V40 Lite 5G
  • Honor 200 Smart 5G
  • Oppo A3 Pro 5G
  • Realme 12x 5G
  • Honor X9b 5G

Anda boleh layari laman rasmi U Mobile U Family 128 untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

Siapa pemilik U Mobile, macam mana ia “tapau” CelcomDigi dan Maxis untuk 5G kedua?

U Mobile rangkaian 5G kedua: Ini respons CelcomDigi, Maxis, dan Telekom Malaysia

U Mobile menang tender rangkaian kedua 5G Malaysia

Tags: pascabayartelcou mobile
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

U Mobile U Family: Data 1,000GB untuk 4 talian pada RM128

U Mobile U Family: Data 1,000GB untuk 4 talian pada RM128

5 November 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN