• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RedMagic 10 Pro, telefon gaming berkuasa Snapdragon 8 Elite & bateri 7,050mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:01 pm
  • 14/11/2024
  • Komen
RedMagic 10 Pro, telefon gaming berkuasa Snapdragon 8 Elite & bateri 7,050mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Nubia telah mengumumkan sekuel telefon gaming terbaru mereka, siri RedMagic 10 Pro. Seperti sebelum ini, ia menampilkan dua model yang serupa, RedMagic 10 Pro dan RedMagic 10 Pro+, dengan pelancarannya dilakukan di China. Kedua-duanya berkongsi banyak perkakasan sama, dengan perbezaan hanya pada bahagian bateri dan kuasa mengecas.

Harga dan ketersediaan RedMagic 10 Pro

Untuk pasaran China, RedMagic 10 Pro dan 10 Pro+ telah boleh mula dipra tempah sekarang dan jualannya akan bermula pada 18 November 2024. Terdapat beberapa varian yang diperkenal bagi RedMagic 10 Pro dan berikut adalah harganya di China:



RedMagic 10 Pro

  • RedMagic 10 Pro (RAM 12GB dan storan 256GB) – CNY 5,299 (~RM3,284)
  • RedMagic 10 Pro (RAM 12GB dan storan 512GB) – CNY 5,799 (~RM3,594)

RedMagic 10 Pro+

  • RedMagic 10 Pro+ Dark Night (RAM 16GB dan storan 512GB) – CNY 5,999 (~RM3,718)
  • RedMagic 10 Pro+ Silver Wing (RAM 16GB dan storan 512GB) – CNY 6,299 (~RM3,904)
  • RedMagic 10 Pro+ (RAM 24GB dan storan 1TB) – CNY 7,499 (~RM4,649)
  • RedMagic 10 Pro+ Golden Saga (RAM 24GB dan storan 1TB) – CNY 9,499 (~RM5,889)

Tarikh pelancaran dan ketersediaan global RedMagic 10 Pro

Sementara ia dilancarkan di China sahaja setakat ini, RedMagic juga sudah mendedahkan tarikh ketibaan RedMagic 10 Pro ke pasaran antarabangsa tidak lama lagi. Berdasarkan hantaran RedMagic di Facebook, mereka memaklumkan RedMagic 10 Pro akan dilancar pada 3 Disember 2024 dengan majlisnya berlangsung pada jam 8 malam waktu Malaysia.

Disebabkan RedMagic 9 Pro ada dilancarkan di Malaysia, kita boleh jangkakan yang RedMagic 10 Pro turut akan membuat kemunculannya di pasaran tempatan, tetapi mungkin sedikit lewat selepas pelancaran globalnya dilakukan. Untuk rujukan anda, RedMagic 9 Pro dilancar di peringkat global pada 18 Disember 2023, kemudian tiba di Malaysia pada 9 Januari 2024.



Melihat pada generasi sebelumnya, berkemungkinan hannya varian RedMagic 10 Pro sahaja yang pasaran Malaysia akan terima, tiada model 10 Pro +.

Spesifikasi RedMagic 10 Pro dan 10 Pro+

Sebagai telefon gaming terhebat RedMagic pada masa kini, barisan RedMagic 10 Pro dilengkapi dengan cip Qualcomm terbaru, iaitu Snapdragon 8 Elite yang dikatakan versi ‘Extreme Edition’. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 12GB dan storan UFS 4.1 Pro seluas 512GB untuk model 10 Pro, manakala model 10 Pro+ ada RAM lagi besar sehingga 24GB dan storan sehingga 1TB.

Sistem penyejukan RedMagic 10 Pro kini telah dinaik taraf untuk lebih baik. Ia menggunakan penyejuk kebuk wap bersaiz 12,000mm2, 18% lagi besar daripada RedMagic 9 Pro. Terdapat juga lapisan kuprum sebesar 5,200mm2, graphene serta sebatian penyejuk berasaskan logam pada cipnya untuk mengurangkan haba dengan lagi optimum pada telefon.

RedMagic 10 Pro ini turut memiliki kipas penyejuk terbina dalam telefon yang mampu berputar selaju 23,000rpm, lebih pantas berbanding di RedMagic 9 Pro pada 22,000rpm.

Lebih menarik, RedMagic turut melengkapkan barisan telefon terbaru mereka dengan cip gaming Red Core R3 yang dikatakan membenarkan sokongan gaming pada 120fps dengan resolusi setinggi 2K. Bahagian skrin kedua-dua model adalah sama sahaja, sebesar 6.85-inci menggunakan panel paparan AMOLED keluaran BOE. Skrinnya ada resolusi FHD+ (2688×1216), kadar penyegaran 144Hz dan kecerahan puncak 2,000 nits.

Pada segi pengimejan, kelihatan tidak banyak perubahan berbanding generasi sebelumnya. Kamera hadapannya yang tersorok di dalam skrin ada sensor 16MP, manakala di belakang pula ada dua kamera 50MP. Ia adalah kamera utama dan kamera ultralebar, dan kamera ketiga adalah kamera makro 2MP.

Kapasiti bateri RedMagic 10 Pro kini lebih besar, dengan model 10 Pro+ ada tangki sebesar 7,050mAh dengan sokongan pengecasan 120W, sementara 10 Pro ada bateri kecil sedikit 6,500mAh dengan kuasa mengecas 80W.

Sebagai telefon gaming RedMagic, model terbaharu ini juga masih dimuatkan dengan butang bahu pada sisi telefon dan memiliki jek audio 3.5mm sekiranya anda perlukan sambungan audio berwayar. Lagi ciri lain yang disokong termasuk WiFi 7, Bluetooth 5.4 dan NFC.

Tags: NubiaRedMagicredmagic 10 proredmagic 10 pro+
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

RedMagic 10 Pro, telefon gaming berkuasa Snapdragon 8 Elite & bateri 7,050mAh

RedMagic 10 Pro, telefon gaming berkuasa Snapdragon 8 Elite & bateri 7,050mAh

14 November 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER