• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy A16 5G dilancar, ada kemas kini OS 6 tahun dan skrin lebih besar

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:16 pm
  • 15/11/2024
  • Komen
Samsung Galaxy A16 5G dilancar, ada kemas kini OS 6 tahun dan skrin lebih besar
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia telah melancarkan Galaxy A16 5G, telefon berkelas pertengahan terbaru mereka bagi menggantikan Galaxy A15 5G terdahulu. Ia membawakan beberapa naik taraf termasuk menggunakan skrin AMOLED lebih besar serta menerima kemas kini OS jauh lebih panjang.

Harga dan promosi Galaxy A16 5G di Malaysia

Sejurus pengumumannya dibuat, Galaxy A16 5G terus boleh didapatkan oleh mereka yang berminat mulai hari ini, 15 November 2024. Ia ditawarkan dalam satu varian dengan saiz RAM dan storan sama seperti sebelum ini, tetapi menariknya ada tanda harga RM300 lebih murah berbanding Galaxy A15 5G yang dilancar pada harga RM1,199.



Berikut adalah harga Galaxy A16 5G di Malaysia:

  • Samsung Galaxy A16 5G (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM899

Untuk waktu terhad, pembeli juga akan terima hadiah seperti kepala pengecas 25W, kad mikroSD 128GB dan lanjutan waranti satu tahun, yang kesemuanya bernilai RM267. Promosi akan sah sehingga 31 Disember 2024, selagi stok masih ada. Jadi, Jika berminat, setakat ini ia boleh didapatkan melalui stor online Samsung.



Spesifikasi Samsung Galaxy A16 5G

Samsung masih mengekalkan rekaan yang sama untuk Galaxy A16 5G, dengan menampilkan susunan kamera menegak serta memiliki takuk pada skrin. Tetapi, skrin Galaxy A16 5G kini lebih besar berukuran 6.7-inci berbanding 6.5-inci di Galaxy A15 5G. Panel paparannya masih jenis Super AMOLED dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran 90Hz.

Walaupun rekaan sama, badan Galaxy A16 5G kini berukuran 7.9mm, sedikit lebih nipis berbanding 8.4mm di generasi sebelumnya. Ia juga ditawarkan dengan pilihan warna baharu seperti emas, hijau terang dan biru gelap.

Atas papan utama, telefon ini diperkasa cip 5G yang mempunyai lapan teras dengan kelajuan maksimum 2.4GHz, tetapi Samsung tidak pula mendedahkan secara spesifik jenis cip yang digunakan. Berkmungkinan ia adalah Exynos 1330 atau MediaTek Dimensity 6300 berdasarkan bilangan teras dan kelajuan yang dimiliki. Cipnya digandingkan dengan RAM 8GB dan storan 256GB, serta menerima slot kad mikroSD untuk perluasan storan.

Sejurus keluar kotak, ia menjalankan sistem operasi One UI 6.1 berasaskan Android 14. Yang menariknya, Samsung menjanjikan sokongan perisian lebih panjang untuk Galaxy A16 5G, dengan ia terima kemas kini OS sebanyak 6 kali dan keselamatan selama 6 tahun. Ini lebih panjang daripada model terdahulu yang terima kemas kini OS 4 kali dan keselamatan 5 tahun.

Bahagian pengimejannya dilihat tiada perubahan. Galaxy A16 5G masih didatangkan dengan tiga kamera di belakang, terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultralebar 5MP dan kamera makro 2MP. Di hadapan, takuk di atas skrin pula menempatkan kamera 13MP.

Bateri berkapasiti 5,000mAh dimuatkan di dalamnya dan ia menyokong pengecasan 25W melalui USB-C. Selain itu, telefon juga ada pengimbas cap jari di butang kuasa, speaker mono dan diiktiraf kalis percikan air dan debu IP54. Lagi ciri lain yang disokong termasuk NFC, 5G, Bluetooth 5.3 dan WiFi 5.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh dapatkan di laman produk Galaxy A16 5G.

[Sumber: Samsung]

Tags: Galaxy A16Galaxy A16 5GsamsungSamsung Galaxy A16 5Gsamsung malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Samsung Galaxy A16 5G dilancar, ada kemas kini OS 6 tahun dan skrin lebih besar

Samsung Galaxy A16 5G dilancar, ada kemas kini OS 6 tahun dan skrin lebih besar

15 November 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER