• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama vivo

Siri Vivo X200 akan dilancar di Malaysia, hadiah RM1,787 menanti penempah awal

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:28 pm
  • 18/11/2024
  • Komen
Siri Vivo X200 akan dilancar di Malaysia, hadiah RM1,787 menanti penempah awal
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas sebulan diumumkan di China, kini Vivo Malaysia memaklumkan flagship mereka, siri Vivo X200 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Majlis pelancarannya telah ditetapkan berlangsung pada 19 November 2024 pada jam 4 petang dan orang ramai boleh menontonnya secara langsung melalui laman media sosial Vivo di Facebook, YouTube dan TikTok.

Di China, terdapat tiga model yang diperkenal, iaitu Vivo X200, X200 Pro dan X200 Pro Mini. Bagaimanapun, tidaklah pasti sama ada Vivo akan membawa ketiga-tiga model ke pasaran Malaysia. Memandangkan hanya model Vivo X200 dan X200 Pro yang dilaporkan telah muncul di pengkalan data SIRIM, berkemungkinan X200 Pro Mini tidak akan dilancarkan di pasaran Malaysia.



Tempahan awal Vivo X200 telah dibuka di Malaysia

Semakin mendekati pelancarannya, Vivo Malaysia juga telah membuka tempahan awal untuk siri Vivo X200, mulai sekarang dan akan berakhir pada 22 November 2024. Tempahan awal boleh dilakukan melalui kedai fizikal Vivo Concept Store dan mereka yang menempah awal akan menerima hadiah bernilai sehingga RM1,787.

Hadiah tersebut termasuk beg laptop, lanjutan waranti satu tahun, satu tahun jaminan skrin serta pilihan sama ada pengecas wayarles 50W atau fon putik Vivo TWS 3e. Selain itu, tempahan awal dalam talian juga ada, dan ia akan dibuka selepas pelancarannya.



Walaupun belum dilancarkan, Vivo X200 dan X200 Pro telah pun tersenarai di laman web Vivo Malaysia dan kelihatan ia ditawarkan dengan konfigurasi RAM 16GB dan storan 512GB. Terdapat dua pilihan warna untuk setiap model, dengan Vivo X200 tersedia dalam pilihan warna hitam dan hijau, manakala X200 Pro pula berwarna hitam dan kelabu.

Spesifikasi Vivo X200 dan Vivo X200 Pro

Vivo X200 dan X200 Pro berkongsi spesifikasi dan rupa seakan sama, tampil dengan bada bersisi rata dan modul kamera bulat. Di China, kedua-duanya dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9400, dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman UFS 4.0 seluas 1TB. Vivo juga memuatkan cip pengimejan V3+ ke dalam dua model ini.

Vivo X200 menggunakan panel paparan 6.67-inci beresolusi FHD+ jenis AMOLED, sokong kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 4,500nits. Manakala, X200 Pro didatangkan dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.78-inci, sokong kadar penyegaran adaptif 1-120Hz dan kecerahan puncak sama 4,500nits.

Bercakap mengenai kamera, siri Vivo 200 ini dipacu tiga buah kamera ditala ZEISS di belakang. Vivo X200 memiliki kamera utama 50MP dengan sensor 1/1.56″, kamera telefoto APO 50MP dan juga kamera ultralebar 50MP. Tangkapan selfie boleh dilakukan dengan kamera depan 32MP pada kedua-dua model X200 dan X200 Pro.

Sementara itu, model X200 Pro ada kamera utama 50MP OIS menggunakan sensor lebih besar 1/1.28-inci, kamera ultralebar 50MP dan kamera telefoto APO 200MP OIS yang berkemampuan zum optikal sehingga 3.7x.

Untuk tenaga, bateri berkapasiti 6,000mAh dimuatkan dalam X200 Pro, manakala model X200 mempunyai bateri sebesar 5,800mAh. Kedua-dua model turut menyokong pengecasan 90W, tetapi model Pro ada kelebihan pengecasan wayarles 30W. Siri Vivo X200 juga ada tahap kekalisan air IP68/IP69 dan menggunakan pengimbas cap jari jenis optikal.

Harga siri Vivo X200 di China

Berkenaan harga, siri Vivo X200 dilancarkan di China dalam beberapa varian dan berikut adalah harga permulaannya untuk konfigurasi RAM12GB dan storan 256GB:

  • Vivo X200 Pro (RAM12GB dan storan 256GB) – bermula CNY5,299 (~RM3,209)
  • Vivo X200 Pro mini (RAM12GB dan storan 256GB) – bermula CNY4,699 (~RM2,846)
  • Vivo X200 (RAM 12GB dan storan 256GB) – bermula CNY4,299 (~RM2,603)

Sebagai perbandingan, ini adalah harga pelancaran siri Vivo X100 di Malaysia:

  • Vivo X100 Pro (16GB + 512GB) – RM4,599
  • Vivo X100 (16GB + 512GB) – RM3,499

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: vivovivo MalaysiaVivo X200Vivo X200 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Vivo X200 akan dilancar di Malaysia, hadiah RM1,787 menanti penempah awal

Siri Vivo X200 akan dilancar di Malaysia, hadiah RM1,787 menanti penempah awal

18 November 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER