• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Oppo Find X8 Malaysia: Telefon dwitelefoto periskop pertama luar China

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:08 am
  • 22/11/2024
  • Komen
Siri Oppo Find X8 Malaysia: Telefon dwitelefoto periskop pertama luar China
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Oppo Find X terakhir yang masuk Malaysia adalah Find X5 tahun 2022. Lepas dua generasi kena skip, akhirnya siri Oppo Find X8 masuk Malaysia juga dan berdasarkan spesifikasi, flagship ini tak main-main. Ia adalah telefon pertama di luar China yang ada dwitelefo persikop.

Harga siri Oppo Find X8 Pro

Tempahan untuk memiliki siri Oppo Find X8 sudahpun dibuka. Harganya adalah seperti berikut:



  • Oppo Find X8 (16+512) – RM3,699
  • Oppo Find X8 Pro (16+512) – RM4,999

Siri Oppo Find X8 akan mula dijual 30 November 2024 ini. Kalau anda tempah sebelum tarikh tersebut, anda dapat harga istimewa seperti berikut:

  • Oppo Find X8 (16+512) – RM3,599
  • Oppo Find X8 Pro (16+512) – RM4,699

Selain harga promo, ada juga hadiah pembelian awal bernilai sehingga RM3,214. Antaranya adalah seperti:



  • Jaminan OPPO Care bernilai RM1,049
  • Vakum robot Lefant bernilai RM799
  • Powerbank magnetik bernilai RM399

Beli siri Oppo Find X8 di Lazada
Beli siri Oppo Find X8 di Shopee

Spesifikasi Oppo Find X8 Pro

Oppo Find X8 Pro adalah varian paling premium dalam saudaranya. Ia ada skrin sebensar 6.78” OLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan berkecerahan puncak sehingga 4,500nits.

Atas papan utama, telefon ini ditunjangi SoC Mediatek Dimensity 9400 yang bergandingan bersama-sama RAM 16GB serta storan 512GB.

Di bahagian pengimejan, telefon ini ada satu perakra yang unik. Ia ada dua kamera telefoto yang kedua-duanya menggunakan konsep persikop. Oppo katakan ini telefon pertama di luar China seumpamanya. Kamera telefoto pertama ada zum 3x optikal sementara kamera telefoto kedua ada zum 6x optikal.

Dua lagi kamera adalah masing-masing kamera utama dan kamera ultralebar. Kesemua kamera belakang Oppo FInd X8 Pro mengguna pakai sensor 50MP, cuma berlainan pengeluar. Selfie pula diambil menggunakan kamera 32MP.

Oppo Find X8 Pro ada tangki bateri sebesar 5,910mAH dan ia dicas menggunakan blok pengecas SuperVOOC 80W.

Spesifikasi Oppo Find X8

Ini adalah varian yang lebih mampu milik dalam sirinya. Skrinnya lebih kecil pada 6.59” tapi masih menggunakan panel OLED FHD+ 120Hz dengna kecerahan puncak 4,500mAh.

Papan utamanya juga mengguna pakai Mediatek Dimensity 9400 bersama-sama RAM 16GB dan storan 512GB.

Bezanya adalah, ia tiada kamera telefoto kedua. Oppo FInd X8 ada tiga buah kamera belakang dengan semuanya menggunakan sensor 50MP. Ia ada kamera utama, ultralebar, dan telefoto 3x zum optikal. Selfie pun gunakan sensor 32MP yang sama seprti varian Pro.

Badan lebih kecil bermakna kapasiti bateri lebih rendah. Ia ada bateri 5,630mAh tapi dianggap besar dalam standar Android. Telfon ini dicas mengugnakan blok mengecas SuperVOOC 80W.

Tags: oppooppo find x8oppo find x8 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Siri Oppo Find X8 Malaysia: Telefon dwitelefoto periskop pertama luar China

Siri Oppo Find X8 Malaysia: Telefon dwitelefoto periskop pertama luar China

22 November 2024
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN